“Membina Nauvoo,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian (2024)
“Membina Nauvoo,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian
1840–1842
Membina Nauvoo
Rancangan Tuhan untuk sebuah bandar yang indah
Tuhan beritahu Orang Suci untuk berkumpul di tempat baharu. Ia terletak berhampiran sungai besar yang dipanggil Mississippi. Tanah itu basah dan berlumpur. Bagi sesetengah orang, ia tidak kelihatan seperti tempat yang baik untuk membina sebuah bandar. Tetapi Nabi Joseph Smith tahu bahawa dengan bantuan Tuhan, mereka boleh menjadikannya indah.
Ajaran dan Perjanjian 124:25; Saints, 1:417
Orang Suci mula bekerja keras untuk menjadikannya tempat tinggal yang baik. Nabi Joseph memanggil bandar itu Nauvoo, yang bermaksud “tempat yang indah.”
Saints, 1:417
Tuhan beritahu Orang Suci untuk membina sebuah rumah di Nauvoo di mana para pengembara boleh datang dan berehat. Dia mahu Nauvoo menjadi tempat di mana semua orang berasa dialu-alukan.
Ajaran dan Perjanjian 124:22–24, 60; Saints, 1:426
Tuhan beritahu Nabi Joseph bahawa Dia mempunyai rancangan besar untuk Nauvoo. Dia mahu Orang Suci-Nya berkumpul di sini supaya mereka boleh membina sebuah bait suci. Dia minta mereka bekerja keras untuk membina rumah-Nya. Orang Suci dengan cepat mula bekerja.
Ajaran dan Perjanjian 124:25–28, 44, 55; Saints, 1:420–21, 425–27
Tuhan mahu Orang Suci membina sebuah bait suci kerana Dia mempunyai berkat besar untuk diberikan kepada mereka. Di bait suci, mereka akan membuat perjanjian, atau janji-janji istimewa, dengan Tuhan. Mereka juga akan belajar tentang rancangan kebahagiaan Bapa Syurgawi untuk semua anak-Nya.
Ajaran dan Perjanjian 124:29–41; Saints, 1:453–55
Orang Suci bekerja keras untuk membina bait suci, sama seperti yang Tuhan telah perintahkan. Ia mengambil masa yang lama, tetapi mereka teruja tentang hari apabila mereka masing-masing dapat belajar tentang janji-janji istimewa yang Tuhan ada untuk mereka di bait suci-Nya.
Saints, 1:453–55