“Samuel Smith Berkongsi Kitab Mormon,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian (2024)
“Samuel Smith Berkongsi Kitab Mormon,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian
1830–1832
Samuel Smith Berkongsi Kitab Mormon
Satu buku memberkati banyak nyawa
Tuhan memanggil Samuel Smith, adik lelaki Joseph, dalam misi untuk berkongsi injil. Samuel bertemu John dan Rhoda Greene dan beritahu mereka tentang Kitab Mormon. John adalah seorang pengkhutbah di gereja lain. Dia berkata dia akan mengambil salinan kitab itu dan lihat jika ada sesiapa di gerejanya mahu membacanya.
Saints, 1:99
Selepas beberapa bulan, Samuel kembali. Rhoda berkata suaminya tidak temui sesiapa yang ingin membaca Kitab Mormon. Dia kembalikannya kepada Samuel.
Saints, 1:99
Samuel sedih. Dia berpaling untuk pergi, tetapi Rhoda hentikannya. Dia berkata dia telah membaca Kitab Mormon, dan menyukainya.
Saints, 1:99
Roh Kudus beritahu Samuel untuk kembalikan kitab itu kepada Rhoda. “Minta Tuhan berikan anda kesaksian,” Samuel memberitahunya. Dia mengajar Rhoda tentang Roh Kudus dan bagaimana dia tahu bahawa Kitab Mormon adalah benar.
Moroni 10:3–5; Saints, 1:99–100
Samuel pulang dari misinya. Dia tidak membaptiskan sesiapa, dan hanya sedikit orang berminat dengan Kitab Mormon.
Rhoda dan John berdoa, dan Roh Kudus beritahu mereka Kitab Mormon adalah benar. Kemudian Rhoda berkongsi kitab itu dengan adiknya, Brigham Young.
Saints, 1:100
Brigham dan kawannya, Heber Kimball, telah mencari Gereja sejati Yesus. Mereka membaca Kitab Mormon. Mereka belajar dan berdoa tentang injil Yesus Kristus selama hampir dua tahun.
Masa ini, Brigham dan Heber pergi ke pertemuan Gereja bersama keluarga mereka. Dalam salah satu pertemuan, Brigham mendengar seorang misionari berkongsi kesaksiannya. Misionari itu bukanlah pembicara yang hebat, tetapi Brigham merasakan Roh Kudus semasa dia bercakap. Brigham tahu dia bercakap benar.
Brigham, Heber, dan isteri mereka, Miriam dan Vilate, telah dibaptiskan. Mereka mengasihi Juruselamat dan injil-Nya. Bertahun-tahun kemudian, Tuhan memanggil Brigham dan Heber untuk menjadi Rasul-Nya dan melayani misi. Kerana Samuel berkongsi Kitab Mormon, ramai orang menyertai Gereja Juruselamat.
Ajaran dan Perjanjian 124:127–29; 126; Saints, 1:215–16