“Para Malaikat Memulihkan Imamat,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian (2024)
“Para Malaikat Memulihkan Imamat,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian
1829
Para Malaikat Memulihkan Imamat
Kuasa untuk melakukan pekerjaan Tuhan
Semasa Joseph dan Oliver menterjemahkan kepingan-kepingan emas, mereka tahu Yesus mahu semua orang dibaptiskan. Dia juga berikan kuasa untuk membaptiskan orang lain. Joseph belum dibaptiskan. Dia ingin tahu lebih lanjut tentang pembaptisan.
Joseph Smith—Sejarah 1:68; Saints, 1:65–66
Joseph dan Oliver tertanya-tanya siapa yang ada kuasa untuk membaptis orang sekarang. Mereka memutuskan untuk tanya Tuhan. Mereka pergi ke hutan dan berlutut untuk berdoa.
Joseph Smith—Sejarah 1:68; Saints, 1:66
Semasa mereka berdoa, seorang malaikat muncul. Dia berkata dia adalah Yohanes Pembaptis, yang membaptiskan Yesus Kristus dahulu. Dia berikan Joseph dan Oliver Imamat Harun. Imamat adalah kuasa Tuhan. Ia digunakan untuk memberkati anak-anak Tuhan.
Ajaran dan Perjanjian 13; Joseph Smith—Sejarah 1:69, 72; Saints, 1:66–67
Yohanes Pembaptis berkata seseorang yang ada Imamat Harun boleh mengajar orang untuk bertaubat dan membaptis mereka. Yohanes beritahu Joseph dan Oliver untuk baptis. Mereka pergi ke sungai dan membaptiskan satu sama lain. Apabila mereka keluar dari air, mereka dipenuhi dengan Roh Kudus. Mereka sangat gembira!
Kemudian, malaikat lain datang. Tiga daripada Rasul Yesus—Petrus, Yakobus, dan Yohanes—berikan Joseph dan Oliver Imamat Melkisedek. Sekarang Joseph dan Oliver boleh memberikan kurnia Roh Kudus. Joseph dan Oliver juga menjadi Rasul. Mereka boleh memimpin Gereja dan menjadi saksi istimewa Yesus Kristus.
Ajaran dan Perjanjian 27:12; Saints, 1:84