“Hiram Page dan Wahyu,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian (2024)
“Hiram Page dan Wahyu,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian
September 1830
Hiram Page dan Wahyu
Orang Suci belajar bagaimana Tuhan membimbing Gereja-Nya
Hiram Page ialah kawan Joseph Smith dan Oliver Cowdery. Dia juga merupakan salah seorang daripada lapan saksi kepingan-kepingan emas. Hiram ada satu batu, dan dia percaya Tuhan gunakannya untuk memberinya pesanan, atau wahyu, untuk Gereja. Oliver dan Orang Suci lain percaya wahyu Hiram datang daripada Tuhan.
Ajaran dan Perjanjian 28, pengenalan bahagian; Saints, 1:97
Wahyu Hiram kedengaran seperti tulisan suci. Tetapi berbeza daripada apa yang Alkitab ajarkan. Ia juga berbeza daripada apa yang Tuhan katakan kepada Nabi Joseph. Joseph tidak pasti apa perlu dilakukan.
Saints, 1:97
Joseph berjaga hampir sepanjang malam meminta bantuan Tuhan. Dia bimbang melakukan perkara yang salah dan menyakiti perasaan kawannya.
Saints, 1:97
Joseph mahu orang mencari wahyu untuk kehidupan mereka sendiri. Tetapi ia akan mengelirukan jika semua orang cuba mendapatkan wahyu untuk seluruh Gereja.
Saints, 1:97
Akhirnya, Tuhan memberi Joseph wahyu untuk dikongsi dengan Oliver. Tuhan berkata hanya nabi yang boleh menerima wahyu dan perintah-perintah untuk seluruh Gereja. Dia berkata bahawa Oliver harus mengajar ini kepada Hiram.
Ajaran dan Perjanjian 28:2, 6–13
Tuhan mahu Hiram memahami bahawa dia boleh menerima wahyu untuk hidupnya sendiri. Tetapi wahyu untuk Gereja akan datang kepada nabi Tuhan. Hiram mendengar kata Oliver dan bertaubat. Orang Suci kini lebih memahami bagaimana Tuhan membimbing Gereja-Nya.
Saints, 1:98