Cerita-cerita Kitab Suci
Parley Meminta Pengampunan


“Parley Meminta Pengampunan,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian (2024)

“Parley Meminta Pengampunan,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian

Januari–Julai 1837

4:9

Parley Meminta Pengampunan

Kesaksian seorang rakan membina imannya

Thankful dan Parley Pratt mendukung bayi mereka yang baru lahir.

Apabila tiba masa Thankful dan Parley Pratt melahirkan bayi mereka, mereka pulang dari misi mereka di Kanada. Mereka ada bayi lelaki yang sihat seperti yang Tuhan janjikan.

Saints, 1:270

Parley mendukung bayi di kubur Thankful.

Malangnya, Thankful meninggal dunia beberapa jam selepas bayinya lahir. Parley tahu dia tidak akan dapat menjaga bayi itu tanpanya. Dia minta seorang wanita di Kirtland untuk menjaga bayi itu sementara dia kembali ke Kanada untuk habiskan misinya.

Saints, 1:270

Joseph Smith bercakap kepada orang tentang bank baharu.

Di Kirtland, Joseph Smith memulakan sebuah bank untuk mengumpul wang untuk pekerjaan Tuhan. Dia meminta orang ramai membenarkan bank menggunakan wang mereka supaya orang lain boleh meminjamnya. Tetapi, atas banyak sebab, bank itu tidak cukup wang dan terpaksa ditutup. Bank-bank lain di Amerika Syarikat turut gagal.

Saints, 1:260–61, 264–68

Orang Suci bertengkar tentang bank di dalam Bait Suci Kirtland.

Hidup Orang Suci menjadi sukar. Ada yang hilang pekerjaan dan tidak cukup wang untuk makanan atau pakaian. Sesetengah orang marah kepada Joseph, bahkan beberapa rakan rapatnya. Mereka fikir Joseph bukan nabi benar kerana bank itu gagal.

Saints, 1:264–68, 272275

Parley mendukung bayinya.

Semasa ini berlaku, Parley pulang dari misinya. Masalah dengan bank juga menyukarkan hidup Parley. Dia tidak cukup wang untuk bayar rumahnya, dan dia tidak akan ada tempat tinggal.

Saints, 1:270–71

Parley tulis surat kepada Joseph.

Parley turut marah kepada Joseph. Dia tulis surat kepada Joseph. Dia beritahu Joseph dia masih percaya Kitab Mormon. Tetapi dia juga katakan hal tidak baik tentang Nabi. Dia beritahu Joseph salah kerana memulakan bank dahulu.

Saints, 1:271

Parley menyambut rakan-rakan dari Kanada.

Kemudian, beberapa rakan Parley dari Kanada datang ke Kirtland. Parley telah mengajar mereka injil, dan mereka gembira bertemu lagi.

Saints, 1:279–80

Rakan-rakan Parley melihat Parley dan yang lain bertengkar dengan Joseph.

Tetapi mereka terkejut Parley dan ramai lagi telah hilang iman bahawa Joseph Smith adalah seorang nabi.

Saints, 1:279–80

Parley bercakap dengan John Taylor.

Salah seorang rakan Parley dari Kanada ialah John Taylor. Apabila Parley melihatnya, dia beritahu John betapa dia marah kepada Joseph Smith. Dia beritahu John untuk tidak ikut Joseph lagi.

Saints, 1:280

John berkongsi kesaksiannya dengan Parley.

John ingatkan Parley tentang masa mereka di Kanada, Parley berkongsi kesaksian bahawa Joseph Smith ialah seorang nabi benar. “Saya kini ada kesaksian yang sama,” kata John. “Jika pekerjaan itu benar enam bulan lalu, ia benar hari ini. Jika Joseph Smith ketika itu seorang nabi, kini dia masih seorang nabi.”

Saints, 1:280

Parley memerhati Joseph dan yang lain di dalam Bait Suci Kirtland.

Parley tahu rakannya John adalah betul. Dia rasa bersalah tentang suratnya kepada Joseph. Dia tahu Joseph buat yang terbaik untuk pekerjaan Tuhan. Masalah dengan bank tidak bermakna Joseph bukan nabi benar Yesus Kristus.

Saints, 1:283

Parley meminta maaf kepada Joseph.

Parley pergi ke rumah Joseph. Dia beritahu Joseph dia menyesal tentang hal tidak baik yang dia katakan. Joseph memaafkan Parley, berdoa untuknya, dan memberkatinya. Parley melayani lebih banyak lagi misi dan beritahu orang di seluruh dunia bahawa Joseph Smith adalah nabi Tuhan.

Ajaran dan Perjanjian 64:7–11; Saints, 1:283