“Keluarga Jackson,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian (2024)
“Keluarga Jackson,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian
Mei–November 1856
Keluarga Jackson
Perjalanan iman dan penyelamatan
Selepas kumpulan pertama Orang Suci pergi ke Lembah Salt Lake, beribu-ribu Orang Suci lain juga pergi. Mereka mengembara jauh, dan Tuhan menolong mereka. Salah satu keluarga yang berjaya dalam perjalanan itu ialah keluarga Jackson. Mereka meninggalkan rumah mereka di England dan teruja untuk membantu Orang Suci membina Sion.
Ajaran dan Perjanjian 136:1–11; Saints, 2:222–23
Keluarga Jackson menyeberangi lautan dengan sebuah kapal. Kemudian mereka menaiki kereta api ke Lembah Salt Lake. Mereka perlu meneruskan baki perjalanan dengan berjalan kaki.
Saints, 2:222–23
Mereka membuat gerabak tangan kecil untuk membawa makanan, pakaian, dan barang-barang lain. Ramai Orang Suci selamat tiba di lembah dengan cara ini.
Saints, 2:223–26
Elizabeth dan Aaron Jackson menarik gerabak tangan mereka yang berat. Anak-anak mereka, Martha, Mary, dan Aaron Jr., berjalan kaki. Ia adalah kerja yang sukar. Mereka berharap untuk sampai ke lembah sebelum musim sejuk. Tetapi bila musim luruh tiba, perjalanan mereka masih panjang. Cuaca mula sejuk, dan mereka kehabisan makanan.
Saints, 2:223–26, 229, 231–32
Di Salt Lake City, Brigham Young mengetahui tentang Orang Suci yang dalam perjalanan ke lembah itu. Dia risau akan mereka. Keesokan harinya di gereja, dia memberitahu semua orang bahawa Orang Suci ini sedang menghadapi masalah. Dia meminta mereka mengisi gerabak dengan keperluan untuk Orang Suci. “Pergilah dan bawa mereka masuk,” katanya.
Saints, 2:229–30
Para wanita dalam pertemuan itu menanggalkan stoking tebal mereka dan memasukkannya ke dalam gerabak. Yang lain memberikan makanan, selimut, kasut, dan pakaian mereka. Dua hari kemudian, lebih daripada 50 lelaki dan 20 gerabak meninggalkan lembah untuk membantu.
Saints, 2:230
Semasa keluarga Jackson terus berjalan, salji mula turun. Aaron jatuh sakit. Ia sukar baginya untuk berjalan. Orang Suci perlu menyeberangi sungai yang membeku, dan ini menjadikan Aaron lebih lemah. Malam itu, Aaron mati. Malangnya, keluarganya terpaksa meneruskan perjalanan tanpa dia.
Saints, 2:232–34
Keesokan paginya, lebih banyak salji berada di atas tanah. Keluarga Jackson dan Orang Suci lain menolak dan menarik gerabak tangan mereka melalui salji. Mereka berdoa setiap hari agar Tuhan akan membantu mereka.
Ajaran dan Perjanjian 136:29; Saints, 2:234–35
Suatu malam, Elizabeth risau tentang anak-anaknya. Mereka lapar dan sejuk. Adakah mereka akan sampai ke Lembah Salt Lake? Dia tertidur dan bermimpi bahawa dia melihat Aaron. Dia berkata, “Bergembiralah, Elizabeth.” Dia memberitahunya bahawa bantuan akan datang.
Saints, 2:235–36
Aaron betul sekali. Tidak lama kemudian, para lelaki dari Salt Lake tiba dengan gerabak mereka. Mereka memberi Orang Suci makanan dan pakaian. Orang Suci bersorak dan ketawa dan memeluk para lelaki itu. Mereka menyanyikan lagu rohani dan berterima kasih kepada Bapa Syurgawi kerana menjawab doa mereka.
Ajaran dan Perjanjian 136:28; Saints, 2:236
Apabila mereka sampai ke lembah, ia adalah hari Ahad. Brigham Young memberitahu ahli-ahli Gereja di Salt Lake City bahawa mereka tidak perlu ke gereja tetapi pergi menyambut Orang Suci yang tiba. Mereka menyambut Orang Suci yang sejuk dan letih dan menjemput mereka untuk tinggal di rumah mereka.
Saints, 2:239–40