Cerita-cerita Kitab Suci
Keluarga Martins


“Keluarga Martins,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian (2024)

“Keluarga Martins,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian

April 1972–November 1978

4:16

Keluarga Martins

Menunggu berkat-berkat Tuhan

Helvécio Martins memandu pulang dari tempat kerja.

Helvécio Martins sedang memandu pulang dari tempat kerja di Rio de Janeiro, Brazil. Jalan itu penuh dengan kereta sehingga kereta tidak boleh bergerak. Helvécio memikirkan hidupnya. Dia mempunyai pekerjaan yang baik. Dia mengasihi isterinya, Rudá, dan dua anaknya, Marcus dan Marisa. Tetapi dia rasa seperti ada sesuatu yang kurang.

Saints, 4:229–30

Helvécio berlutut berdoa.

Helvécio keluar dari kereta dan mula berdoa. “Ya Tuhan,” katanya, “Saya tahu engkau ada di sana, tetapi saya tidak tahu di mana.” Dia memberitahu Bapa Syurgawi keluarganya sedang mencari sesuatu, dan mereka perlu bantuan-Nya. Kemudian Helvécio kembali ke dalam kereta dan pulang.

Saints, 4:230

Keluarga Martins menyambut para misionari Orang Suci Zaman Akhir.

Kemudian, Tuhan menghantar para misionari dari Amerika Syarikat. Mereka melawat keluarga Martins. Helvécio menyedari bahawa mereka membawa kedamaian ke rumahnya. Dia tahu pada masa itu, orang berkulit gelap sering tidak dilayan dengan baik di Amerika Syarikat. Dia bertanya, “Bagaimana agama kamu melayan orang kulit hitam?”

Saints, 4:230–31

Para misionari menjelaskan sekatan bait suci dan imamat kepada keluarga Martins.

Para misionari menjelaskan semua anak Tuhan boleh dibaptiskan. Tetapi pada masa itu, orang kulit hitam dengan nenek moyang dari Afrika tidak boleh memegang imamat atau menerima kebanyakan berkat bait suci. Helvécio dan Rudá mempunyai banyak lagi soalan. Para misionari cuba menjawab dengan terbaik.

Saints, 4:231

Presiden Gereja David O. McKay berlutut berdoa.

Selama bertahun-tahun, para nabi berdoa untuk tahu bila imamat dan berkat bait suci boleh diberikan kepada semua orang.

Saints, 4:71

Keluarga Martins menyambut orang ramai di pertemuan Gereja.

Helvécio dan Rudá memutuskan untuk cuba pergi ke gereja. Orang Suci di sana sangat mengasihi dan baik hati. Keluarga Martins menyukai apa yang mereka pelajari di gereja.

Saints, 4:231–32

Keluarga Martins memutuskan untuk dibaptiskan.

Suatu hari, semasa pulang dari gereja, Marcus memberitahu keluarganya bahawa mereka kelihatan lebih bahagia. “Saya tahu kenapa,” kata Marcus. “Injil Yesus Kristus.” Ahli keluarga yang lain tahu Marcus betul. Mereka memilih untuk dibaptis dan ditetapkan.

Saints, 4:232

Helvécio dan Rudá melawat tapak Bait Suci São Paulo Brazil.

Bertahun-tahun kemudian, Orang Suci di Brazil sibuk membina sebuah bait suci. Keluarga Martins teruja, tetapi mereka juga sedih. Mereka tidak akan dapat memasuki bait suci selepas ia dibaktikan. “Jangan risau,” kata Helvécio kepada Rudá. “Tuhan tahu semua perkara.”

Saints, 4:293–94

Keluarga Martins bercakap dengan seorang rakan.

Tidak mudah untuk tetap beriman. Orang ramai mengejek keluarga Martins. Malah rakan-rakan mereka tidak faham mengapa mereka kekal di Gereja. Tetapi Helvécio dan keluarganya tahu bahawa ia adalah Gereja Yesus Kristus.

Saints, 4:251–52

Rudá bercakap dengan Helvécio tentang pengakhiran sekatan bait suci dan imamat.

Pada suatu hari, apabila Helvécio pulang dari kerja, Rudá berkata, “Saya ada berita, berita yang menakjubkan!” Selepas banyak berpuasa dan berdoa, nabi, Presiden Spencer W. Kimball, telah menerima wahyu. Tuhan memberitahu bahawa sesiapa sahaja, tidak kira warna kulit mereka, boleh mendapat setiap berkat imamat dan bait suci.

Pengisytiharan Rasmi 2; Saints, 4:318–19

Keluarga Martins menyembah di bait suci.

Keluarga Martins dan ramai lagi telah menunggu begitu lama. Sekarang penantian telah berakhir! Helvécio dan Marcus menerima imamat. Helvécio, Rudá, dan anak-anak mereka dimeteraikan sebagai sebuah keluarga di bait suci. Mereka kini boleh menerima semua berkat injil.

Saints, 4:319–21