“Saksi-Saksi Melihat Kepingan-kepingan Kitab Mormon,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian (2024)
“Saksi-Saksi Melihat Kepingan-kepingan Kitab Mormon,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian
Mac–September 1829
Saksi-Saksi Melihat Kepingan-kepingan Kitab Mormon
Bersaksi kepada dunia
Joseph, Emma, dan Oliver terus menterjemahkan kepingan-kepingan emas di rumah Smith di Pennsylvania. Tetapi penduduk bandar mereka mahu menghalang mereka. Oliver ada seorang kawan bernama David Whitmer yang tinggal di New York. Oliver tanya David jika mereka boleh tinggal bersama keluarga Whitmer untuk menyelesaikan penterjemahan.
Saints, 1:68
David dan keluarganya bersetuju. Mereka mengalu-alukan Joseph, Emma, dan Oliver ke rumah mereka. Kini mereka boleh menterjemah dengan aman. Ramai orang tinggal di rumah Whitmer. Ini bermakna ada banyak kerja perlu dilakukan, terutamanya untuk ibu David, Mary.
Saints, 1:68–70
Suatu hari, semasa Mary bekerja, malaikat Moroni mengunjunginya. Dia berkata dia tahu semua kerja tambahan itu meletihkannya. Dia mahu menguatkan imannya. Dia membuka beg dan keluarkan kepingan-kepingan emas. Dia membelek-belek halaman dan tunjukkan Mary penulisan itu. Dia menjanjikan Mary bahawa dia akan diberkati.
Saints, 1:70–71
Sesetengah orang tidak percaya kepingan-kepingan itu benar. Joseph mematuhi perintah Tuhan untuk tidak tunjukkan kepingan-kepingan itu kepada sesiapa. Tuhan berkata Dia akan benarkan tiga lagi saksi melihat kepingan-kepingan itu. David Whitmer, Martin Harris, dan Oliver Cowdery tanya jika mereka boleh menjadi saksi-saksi. Tuhan berkata mereka boleh.
Ajaran dan Perjanjian 5:11–12; 17; Saints, 1:73
Joseph, Martin, Oliver, dan David pergi ke hutan. Mereka berlutut dan bergilir-gilir bertanya kepada Tuhan jika mereka boleh melihat kepingan-kepingan itu, tetapi tiada apa yang berlaku.
Saints, 1:73
Martin Harris rasa dia adalah sebab doa mereka tidak dijawab. Martin pergi, dan yang lain terus berdoa.
Saints, 1:73
Kemudian seorang malaikat muncul dalam cahaya terang. Dia tunjukkan Oliver dan David kepingan-kepingan emas dan penulisan padanya. Mereka dengar suara Tuhan berkata Joseph telah menterjemahkan kepingan-kepingan itu dengan kuasa Tuhan dan terjemahan itu betul. Tuhan juga berkata mereka harus beritahu semua orang apa yang telah mereka lihat dan dengar.
“Kesaksian Tiga Saksi”; Saints, 1:73–74
Joseph pergi mencari Martin. Dia masih berdoa. Joseph berdoa bersamanya. Kemudian malaikat muncul dan tunjukkan kepingan-kepingan itu kepada Martin, sama seperti dia lakukan kepada Oliver dan David.
Saints, 1:74
Joseph pergi mencari ibu bapanya, yang mengunjungi Mary Whitmer. Dia beritahu mereka dia gembira kerana orang lain telah melihat kepingan-kepingan itu. Kini saksi-saksi itu boleh beritahu orang ramai bahawa Joseph bercakap benar. Martin beritahu semua orang dia gembira kerana Tuhan benarkan dia menjadi salah seorang saksi.
Saints, 1:74–75
Beberapa hari kemudian, Tuhan beritahu Joseph untuk tunjukkan kepingan-kepingan emas kepada lapan orang lagi—bapanya, dua adik-beradik lelakinya, empat adik-beradik lelaki David, dan abang ipar David. Mereka berpeluang pegang kepingan-kepingan itu dan membelek halamannya. Mereka tahu kepingan-kepingan itu benar.
“Kesaksian Lapan Saksi”; Saints, 1:75
Penterjemahan Kitab Mormon kini telah selesai. Joseph kembalikan kepingan-kepingan emas kepada malaikat Moroni. Kini tiba masanya untuk mencetak salinan kitab itu supaya semua orang boleh membaca dan belajar lebih banyak tentang Yesus Kristus.
Saints, 1:75–76
Ia perlu banyak wang untuk mencetak Kitab Mormon. Martin Harris serahkan sebahagian ladangnya untuk membayarnya. Dia lakukan ini kerana dia tahu Kitab Mormon adalah benar. Setiap salinan buku ada kesaksian Martin dan saksi-saksi lain untuk bacaan semua orang. Saksi-saksi tidak pernah menafikan kesaksian mereka.
Ajaran dan Perjanjian 19:26–27, 34–35; Saints, 1:76–78