“Mutiara yang Sangat Berharga,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian (2024)
“Mutiara yang Sangat Berharga,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian
Julai 1835–Mac 1842
Mutiara yang Sangat Berharga
Lebih banyak kitab suci daripada Tuhan
Suatu hari, seorang lelaki datang ke Kirtland dengan mumia dari Mesir. Mumia itu disertai beberapa skrol, atau gulungan kertas kuno. Skrol itu mengandungi tulisan orang Mesir. Lelaki itu menunjukkannya kepada Nabi Joseph Smith. Joseph amat berminat dengan tulisan itu.
Saints, 1:219–20
Beberapa rakan membantu Joseph membeli mumia dan skrol itu. Semasa Joseph mengkaji tulisan itu, Tuhan ungkapkan tulisan kuno daripada Abraham, seorang nabi dalam Alkitab. Dengan bantuan rakan-rakan seperti Oliver Cowdery, Joseph menulis apa yang Tuhan ajarkan kepadanya tentang ajaran Abraham.
Saints, 1:220
Abraham dapat penglihatan tentang kehidupan kita bersama Bapa Syurgawi sebelum kita dilahirkan. Dia melihat Yesus telah dipilih untuk menjadi Juruselamat kita. Abraham juga belajar tentang penciptaan dunia. Orang Suci teruja mendapat ajaran Abraham ini. Mereka gembira Tuhan mahu mengajar mereka lebih banyak.
Abraham 2:6–11; 3–5; Saints, 1:220
Tulisan Abraham menjadi sebahagian daripada kitab suci yang dipanggil Mutiara yang Sangat Berharga. Kitab ini juga mengandungi tulisan Musa, nabi lain dalam Alkitab. Ia mengajar kebenaran yang hilang daripada Alkitab. Tuhan mahu orang ramai mengetahui kebenaran ini, jadi Dia kongsinya dengan Joseph Smith.
Mutiara yang Sangat Berharga juga mengandungi kesaksian Joseph Smith dan 13 Fasal-Fasal Kepercayaan. Joseph Smith menulis hal-hal ini untuk memberitahu dunia tentang kepercayaan Orang Suci Zaman Akhir. Mutiara yang Sangat Berharga adalah sebuah kitab yang kecil, seperti mutiara yang kecil, tetapi sangat berharga.