Cerita-cerita Kitab Suci
Perkahwinan dan Keluarga Abadi


“Perkahwinan dan Keluarga Abadi,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian (2024)

“Perkahwinan dan Keluarga Abadi,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian

1843–1846

2:9

Perkahwinan dan Keluarga Abadi

Dimeteraikan oleh kuasa Yesus Kristus

Emma dan Joseph Smith bersama anak-anak mereka.

Apabila Emma dan Joseph berkahwin, mereka percaya perkahwinan mereka akan berakhir apabila mereka meninggal dunia. Beginilah semua perkahwinan. Tetapi kemudian Tuhan beritahu Joseph bahawa perkahwinan dan keluarga boleh kekal selamanya.

Saints, 1:413

Emma dan Joseph dimeteraikan untuk keabadian.

Tuhan mengajar Joseph tentang perkahwinan abadi. Melalui kuasa imamat, seorang lelaki dan seorang wanita boleh membuat perjanjian dengan Tuhan. Jika mereka mentaati perjanjian mereka, Tuhan berjanji bahawa perkahwinan mereka akan kekal selamanya. Ini dipanggil dimeteraikan. Tidak lama kemudian, Joseph dan Emma dimeteraikan untuk keabadian.

Ajaran dan Perjanjian 132:7, 19–24; Saints, 1:413, 432–33, 481–82, 492, 502–3

Joseph mengajar Orang Suci tentang berkat perkahwinan abadi.

Joseph juga belajar bahawa apabila seorang lelaki dan wanita dimeteraikan, anak-anak mereka akan dimeteraikan kepada mereka. Kerana kuasa Yesus Kristus, keluarga mereka boleh kekal selamanya. Apabila Joseph beritahu Orang Suci tentang berkat ini, mereka sangat gembira! Mereka tidak sabar untuk dimeteraikan bersama.

Ajaran dan Perjanjian 131:2; 132:6–7; Saints, 1:492–93, 580

Sebuah keluarga bersama di hadapan Bait Suci Nauvoo.

Tuhan kemudiannya mengajar bahawa pemeteraian hendaklah dilakukan di dalam bait suci. Orang Suci bekerja keras untuk menyiapkan bait suci di Nauvoo supaya mereka boleh dimeteraikan bersama. Apabila bait suci siap, ramai keluarga dimeteraikan. Mereka juga dimeteraikan kepada ahli keluarga yang telah mati. Mereka bersyukur atas berkat ini!

Saints, 1:579–80