“Malaikat Moroni Kunjungi Joseph Smith,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian (2024)
“Malaikat Moroni Kunjungi Joseph Smith,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian
1823
Malaikat Moroni Kunjungi Joseph Smith
Belajar tentang kitab kudus
Tiga tahun berlalu sejak Penglihatan Pertama Joseph Smith. Joseph berasa sedih tentang beberapa kesilapan yang telah dia lakukan sejak itu. Dia tertanya-tanya bagaimana perasaan Tuhan terhadapnya.
Joseph Smith—Sejarah 1:28–29; Saints, 1:20
Suatu malam, selepas semua orang telah tidur, Joseph memutuskan untuk berdoa. Tuhan telah menjawab doanya sebelum ini, dan Joseph tahu Dia akan menjawabnya lagi.
Joseph Smith—Sejarah 1:29; Saints, 1:21–22
Semasa Joseph berdoa, cahaya memenuhi bilik. Joseph melihat seorang malaikat berdiri di udara di sebelah katilnya. Malaikat itu berkata namanya adalah Moroni. Tuhan telah menghantarnya. Dia berkata Tuhan telah mengampuni Joseph dan ada pekerjaan untuk dia lakukan. Orang di seluruh dunia akan tahu tentang Joseph dan pekerjaan yang Tuhan berikan kepadanya.
Moroni berkata ada sebuah kitab yang diperbuat daripada kepingan-kepingan emas. Ia ditanam di sebuah bukit berdekatan rumah Joseph. Kitab ini adalah tentang orang-orang yang hidup di benua Amerika lama dahulu. Mereka tahu tentang Yesus Kristus dan injil-Nya. Moroni berkata Tuhan akan bantu Joseph menterjemahkan kitab itu supaya orang ramai boleh membacanya.
Moroni mengunjungi sebanyak tiga kali pada malam itu dan sekali lagi pada hari seterusnya. Joseph memberitahu bapanya apa yang telah dia lihat. Bapa Joseph gembira. “Ia adalah penglihatan daripada Tuhan,” katanya kepada Joseph.
Joseph Smith—Sejarah 1:35–50; Saints, 1:22–25
Joseph pergi ke bukit dan menemui kepingan-kepingan emas di bawah batu yang berat. Semasa dia mencapainya, dia fikirkan berapa banyak nilainya. Moroni datang dan beritahu Joseph bahawa dia tidak bersedia untuk mengambil kepingan-kepingan itu. Dia beritahu Joseph untuk kembali ke tempat ini setiap tahun sehingga dia bersedia.
Joseph Smith—Sejarah 1:51–54; Saints, 1:25–27