Cerita-cerita Kitab Suci
Orang Suci Belajar tentang Pembaptisan untuk Orang Mati


“Orang Suci Belajar tentang Pembaptisan untuk Orang Mati,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian (2024)

“Orang Suci Belajar tentang Pembaptisan untuk Orang Mati,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian

Ogos–Oktober 1840

2:28

Orang Suci Belajar tentang Pembaptisan untuk Orang Mati

Harapan untuk ahli keluarga yang belum dibaptiskan

Jane Neyman di pengebumian di mana Joseph Smith berucap.

Jane Neyman tinggal di Nauvoo. Dia pergi ke pengebumian di mana Joseph Smith berucap. Pengebumian itu membuatkan Jane berfikir tentang anak lelakinya Cyrus. Dia telah mati dan belum dibaptiskan. Jane risau tentang Cyrus. Dia tahu bahawa kita perlu dibaptiskan untuk hidup bersama Bapa Syurgawi.

Saints, 1:421

Joseph berlutut di hadapan kubur Alvin Smith.

Joseph tahu bagaimana perasaan dia. Dia pernah berfikir akan perkara yang sama tentang abangnya Alvin, yang juga telah mati tanpa dibaptiskan.

Saints, 1:421

Joseph memperkenalkan ajaran tentang pembaptisan untuk orang mati.

Semasa di pengebumian itu, Joseph berkongsi sesuatu yang Tuhan telah ajarkan kepadanya. Dia berkata bahawa apabila seseorang telah mati tanpa dibaptiskan, kita boleh dibaptiskan bagi mereka.

Saints, 1:421

Jane dibaptiskan untuk anak lelakinya.

Jane sangat gembira mendengar ini! Tidak lama selepas pengebumian, dia pergi ke sungai bersama seorang penatua Gereja. Penatua membaptiskannya bagi Cyrus.

Saints, 1:421

Joseph mengajar lebih ramai Orang Suci tentang pembaptisan untuk orang mati.

Beberapa minggu kemudian, Joseph mengajar Orang Suci lebih banyak tentang pembaptisan untuk orang mati. Dia berkata bahawa ramai orang yang telah mati ingin dibaptiskan. Mereka ingin mengikuti Yesus. Mereka menunggu dan berharap ahli keluarga mereka yang masih hidup untuk dibaptiskan bagi mereka.

Ajaran dan Perjanjian 128:15–19; Saints, 1:423

Orang Suci dibaptiskan untuk orang mati.

Orang Suci berlari ke sungai dengan segera. Mereka dibaptiskan untuk orang yang mereka kasihi. Hyrum Smith telah dibaptiskan untuk Alvin. Kemudian, Tuhan mengajar bahawa pembaptisan untuk orang mati harus dilakukan di bait suci, seseorang harus menyimpan rekod setiap pembaptisan, dan lelaki harus dibaptiskan untuk lelaki dan wanita untuk wanita.

Ajaran dan Perjanjian 124:29–32; 127:5–12; 128:1–9; Saints, 1:424