“Tuhan Menghantar Oliver Cowdery,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian (2024)
“Tuhan Menghantar Oliver Cowdery,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian
1828–1829
Tuhan Menghantar Oliver Cowdery
Belajar bagaimana Tuhan bercakap kepada kita
Joseph dan Emma terus menterjemah Kitab Mormon. Pekerjaan itu sukar, dan mereka juga perlu bekerja di ladang mereka. Joseph berdoa agar Bapa Syurgawi akan hantar seseorang untuk bantunya menterjemahkan Kitab Mormon.
Saints, 1:56, 58
Jauh di New York, Oliver Cowdery, seorang guru muda, tinggal bersama ibu bapa Joseph Smith. Oliver mengajar adik-adik kecil Joseph.
Saints, 1:58–59
Oliver dengar tentang Joseph dan kepingan-kepingan emas itu. Dia ingin tahu. Dia bercakap dengan ibu bapa Joseph. Mereka beritahu Oliver bahawa Joseph sedang melakukan pekerjaan Tuhan.
Saints, 1:59
Kini Oliver semakin ingin tahu. Ibu bapa Joseph beritahu Oliver dia harus berdoa dan cari sendiri jika itu adalah pekerjaan Tuhan. Suatu malam, Oliver berdoa dengan sepenuh hatinya. Tuhan beri kedamaian dalam fikirannya. Oliver tahu Joseph Smith ialah hamba Tuhan. Dia rasa dia harus membantu Joseph.
Saints, 1:60
Apabila tahun persekolahan tamat, Oliver pergi menemui Joseph dan Emma. Joseph dan Oliver berjaga hingga lewat malam bercakap tentang kepingan-kepingan emas dan pekerjaan Tuhan.
Saints, 1:60
Oliver berkata dia akan menulis sementara Joseph menterjemah. Dia suka apa yang dia pelajari tentang Yesus. Dia juga ada soalan dan mahukan iman yang lebih kuat.
Saints, 1:61
Melalui Nabi Joseph, Tuhan memberi Oliver pesanan. Dia beritahu Oliver untuk ingat malam ketika dia berdoa. Tuhan telah berikannya kedamaian. Hanya Tuhan yang tahu tentang doa ini. Iman Oliver menjadi lebih kuat. Dia terus membantu Joseph, dan Tuhan mengajarnya banyak perkara tentang cara Tuhan bercakap kepada kita.
Ajaran dan Perjanjian 6:14–24; 8:1–3; 9:7–9; Saints, 1:62–64