Cerita-cerita Kitab Suci
Perkahwinan Jamak


“Perkahwinan Jamak,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian (2024)

“Perkahwinan Jamak,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian

1831–1890

1:50

Perkahwinan Jamak

Satu perintah untuk suatu masa

Joseph Smith mengkaji tulisan suci dan berfikir tentang perkahwinan jamak.

Semasa Nabi Joseph mengkaji Alkitab, dia membaca tentang nabi seperti Abraham dan Musa yang telah berkahwin dengan lebih daripada seorang isteri. Joseph mempunyai banyak soalan. Jadi dia memutuskan untuk berdoa dan bertanya kepada Tuhan.

Ajaran dan Perjanjian 132:1; Saints, 1:121, 503

Joseph belajar bahawa perkahwinan jamak hanya dibenarkan apabila diperintahkan oleh Tuhan.

Tuhan berkata bahawa biasanya seorang lelaki hanya mempunyai seorang isteri. Tetapi kadang-kadang Tuhan memerintahkan seorang lelaki untuk berkahwin dengan lebih daripada seorang isteri. Ini dipanggil perkahwinan jamak. Tuhan memberitahu Joseph bahawa umat-Nya hanya boleh berada dalam perkahwinan jamak jika Dia memerintahkannya.

Yakub 2:27–30; Ajaran dan Perjanjian 132:34–39; Saints, 1:121, 290–91, 489–90, 503

Joseph berdoa tentang perintah itu.

Beberapa tahun kemudian, Tuhan memberitahu Joseph dan beberapa Orang Suci yang lain untuk berada dalam perkahwinan jamak. Ia tidak mudah untuk menjalani perintah ini.

Saints, 1:290–91, 444–46

Seorang ahli Gereja berdiri di hadapan hakim kerana dia berada dalam perkahwinan jamak.

Kerajaan membuat undang-undang menentang perkahwinan jamak. Beberapa Orang Suci, termasuk pemimpin Gereja, telah dimasukkan ke dalam penjara.

Saints, 2:501–4

Ahli-ahli Gereja menerima perintah bahawa mereka tidak boleh lagi mengamalkan perkahwinan jamak.

Pada tahun 1890, Tuhan memberitahu Wilford Woodruff, Presiden Gereja, bahawa lelaki tidak boleh berkahwin lebih daripada seorang isteri lagi. Para pemimpin Gereja berkongsi perintah ini dengan Orang Suci. Ini masih merupakan perintah Tuhan hari ini—seorang lelaki harus berkahwin dengan seorang isteri sahaja.

Pengisytiharan Rasmi 1; Saints, 2:598–601, 607–9