Cerita-cerita Kitab Suci
Jane Manning Mengembara ke Nauvoo


“Jane Manning Mengembara ke Nauvoo,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian (2024)

“Jane Manning Mengembara ke Nauvoo,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian

1841–1843

2:58

Jane Manning Mengembara ke Nauvoo

Berjalan dengan iman dalam Tuhan

Jane Manning dibaptiskan.

Jane Manning dan keluarganya tinggal di tempat di mana ada sesetengah orang tidak suka mereka dan melayan mereka dengan buruk kerana warna kulit mereka. Suatu hari, Jane terdengar seorang misionari mengajar. Dia tahu pesanannya benar. Pada hari Ahad berikutnya, dia dibaptiskan.

Saints, 1:500–501

Jane dan keluarganya memulakan perjalanan mereka ke Nauvoo.

Keluarga Jane juga menyertai Gereja. Tuhan mahu Orang Suci berkumpul bersama di Nauvoo. Jane mengasihi Tuhan. Dia dan keluarganya mahu bersama Orang Suci yang lain. Jadi mereka memulakan perjalanan ke Nauvoo.

Ajaran dan Perjanjian 124:25; Saints, 1:501

Jane dan keluarganya tidak dibenarkan menaiki bot.

Untuk sebahagian perjalanan mereka, mereka mengembara dengan bot. Kebanyakan penumpang bot boleh membayar pada akhir perjalanan. Tetapi beberapa lelaki beritahu keluarga Jane bahawa mereka perlu membayar terlebih dahulu. Mereka tidak cukup wang. Para lelaki itu memaksa mereka turun dari bot, dan pergi tanpa mereka.

Saints, 1:501

Jane dan keluarganya berjalan ke Nauvoo.

Keluarga Jane masih perlu menempuh perjalanan sejauh 800 batu, atau 1,300 kilometer. Mereka terpaksa menyeberangi sungai yang dalam tanpa jambatan. Mereka terpaksa tidur di luar. Cuaca sangat sejuk. Tetapi keluarga Jane bertekad untuk sampai ke Nauvoo. Mereka menceriakan diri dengan menyanyi sambil berjalan.

Saints, 1:501, 505–6

Jane menjaga ahli keluarga.

Jane dan keluarganya terus berjalan sehingga kasut mereka haus dan kaki mereka terluka. Tetapi apabila mereka berdoa untuk bantuan Tuhan, Dia menyembuhkan kaki mereka.

Saints, 1:505

Jane dan keluarganya membantu seorang kanak-kanak yang sakit.

Mereka bantu orang yang mereka temui sepanjang perjalanan. Mereka juga bantu menyembuhkan kanak-kanak yang sakit kerana iman mereka.

Saints, 1:505–6

Emma dan Joseph menyambut Jane ke rumah mereka.

Akhirnya, Jane dan keluarganya tiba di Nauvoo! Mereka letih dan memerlukan tempat tinggal. Jadi mereka pergi ke rumah Emma dan Joseph. Apabila Joseph dengar semua yang mereka lalui, dia beritahu Jane, “Tuhan memberkati kamu. Kamu dikelilingi kawan sekarang.” Joseph dan Emma jemput Jane untuk tinggal bersama mereka.

Saints, 1:506