Cerita-cerita Kitab Suci
Misi kepada Orang Asli Amerika


“Misi kepada Orang Asli Amerika,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian (2024)

“Misi kepada Orang Asli Amerika,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian

Oktober 1830–Januari 1831

1:33

Misi kepada Orang Asli Amerika

Orang India Delaware mendengar injil

Parley Pratt, Oliver Cowdery, dan misionari lain mengunjungi rumah India Delaware.

Tidak lama selepas Parley Pratt dibaptiskan, Tuhan memanggilnya untuk menyertai Oliver Cowdery dan yang lain dalam misi. Dia mahu mereka mengkhutbahkan injil kepada Orang Asli Amerika. Misionari mengembara selama berminggu-minggu melalui salji yang tebal. Akhirnya, mereka bertemu Kikthawenund, ketua orang India Delaware.

Ajaran dan Perjanjian 28:14; 30:5–6; 32; Saints, 1:98, 115

Oliver dan Parley berkongsi pesanan Kitab Mormon.

Ketua itu mesra dengan misionari. Dia menjemput kawan-kawannya untuk mendengar pesanan mereka. Oliver berkata dia dan Parley mengembara jauh untuk membawakan mereka Kitab Mormon. Ia menceritakan tentang orang-orang yang hidup di Benua Amerika lama dahulu. Tuhan mahu mereka berkongsi kitab itu supaya semua orang tahu tentang Yesus Kristus.

Saints, 1:115–16

Oliver memberikan salinan Kitab Mormon kepada Kikthawenund.

Oliver memberi Kikthawenund satu salinan Kitab Mormon. Dia bersyukur kerana Oliver dan rakannya datang sejauh ini untuk berkongsi dengan bangsanya. Dia beritahu Oliver dan Parley bahawa dia mahu mereka kembali untuk membaca dan mengajar mereka lebih lanjut tentang Kitab Mormon.

Saints, 1:116–17