Cerita-cerita Kitab Suci
Berkumpul ke Ohio


“Berkumpul ke Ohio,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian (2024)

“Berkumpul ke Ohio,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian

Disember 1830–Mei 1831

2:55

Berkumpul ke Ohio

Iman Lucy Smith dan mukjizat

Lucy Smith dan ahli keluarga bersedia untuk pindah ke Ohio.

Di Ohio, semakin ramai orang menyertai Gereja. Tuhan beritahu Joseph Smith bahawa Orang Suci yang tinggal di tempat lain harus berkumpul di Ohio. Ia perjalanan yang panjang. Tetapi Tuhan berjanji selepas mereka berkumpul, Dia akan mengajar Orang Suci hukum-Nya dan berkati mereka dengan kuasa untuk melakukan pekerjaan-Nya.

Ajaran dan Perjanjian 37; 38:32; Saints, 1:109–110

Lucy dan pengembara lain menaiki bot ke Ohio.

Ibu Joseph, Lucy, dan sekumpulan kira-kira 80 ahli Gereja tinggalkan rumah mereka di New York dan pindah ke Ohio. Mereka menaiki bot yang membawa mereka sebahagian dari perjalanan itu. Selepas beberapa hari mengembara, bot itu terpaksa berhenti. Ais tebal di dalam air menghalang laluan mereka.

Saints, 1:121–22

Bot itu dihalang oleh ais di pelabuhan.

Orang Suci terpaksa menunggu ais pecah. Mereka letih, lapar, basah, dan sejuk.

Saints, 1:122

Sesetengah Orang Suci hilang sabar dan mula bertengkar.

Menunggu tidak mudah. Sesetengah Orang Suci mula saling bertengkar.

Saints, 1:122

Lucy beritahu Orang Suci untuk berdoa kepada Tuhan untuk pecahkan ais di pelabuhan.

Lucy tidak suka dengar Orang Suci bertengkar. Dia tahu dia perlu katakan sesuatu. “Di manakah iman kamu?” dia bertanya. Lucy beritahu Orang Suci jika mereka berdoa kepada Tuhan, Dia akan pecahkan ais supaya mereka boleh teruskan perjalanan mereka.

Saints, 1:122–23

Satu laluan terbuka pada ais.

Tiba-tiba, mereka terdengar bunyi seperti guruh semasa ais pecah. Laluan terbuka pada ais, cukup luas untuk bot melaluinya.

Saints, 1:123

Orang Suci berkumpul untuk berterima kasih kepada Bapa Syurgawi.

Orang Suci terkejut dan bersyukur. Mereka berkumpul untuk berdoa dan berterima kasih kepada Bapa Syurgawi. Bot mereka bergerak dengan selamat menuju Ohio.

Saints, 1:123

Orang Suci dialu-alukan di Ohio.

Apabila Orang Suci tiba di Ohio, ahli-ahli Gereja di sana menyambut mereka dan bantu mereka cari tempat tinggal. Tuhan tepati janji-Nya untuk mengajar mereka hukum-Nya dan beri mereka kuasa untuk melakukan pekerjaan-Nya.

Ajaran dan Perjanjian 42; Saints, 1:126