Cerita-cerita Kitab Suci
Penjara Liberty


“Penjara Liberty,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian (2024)

“Penjara Liberty,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian

Oktober 1838–Mac 1839

2:36

Penjara Liberty

Mencari Tuhan pada masa yang sukar

Askar menghalau Orang Suci di Missouri dari rumah mereka.

Ramai orang yang tinggal di Missouri tidak menyukai Orang Suci. Gabenor menghantar askar untuk menghalau mereka. Askar menghalau Orang Suci dari rumah mereka, mencuri barang-barang, dan mencederakan ramai orang.

Saints, 1:355–56, 362, 364

Askar menangkap Joseph Smith dan pemimpin Gereja yang lain.

Askar menangkap Joseph Smith dan pemimpin Gereja yang lain.

Saints, 1:357–58

Anak lelaki Joseph Smith menangis ketika Joseph dibawa sebagai tahanan.

Joseph bertanya jika dia boleh meluangkan masa bersendirian dengan keluarganya. Askar berkata tidak. Mereka membawa Joseph dan tahanan lain pergi.

Saints, 1:366

Joseph memberitahu pengawal untuk berhenti bercakap.

Pada suatu malam, Joseph dan tahanan lain mendengar para pengawal mereka ketawa tentang perkara buruk yang telah mereka lakukan kepada Orang Suci. Joseph tidak tahan untuk mendengarnya lagi. Dia berdiri dan menjerit, “Senyap!” Dia bercakap dengan kuasa Tuhan. Para pengawal itu takut. Mereka minta maaf dan berhenti bercakap.

Saints, 1:367–68

Joseph dan kawan-kawannya di Penjara Liberty.

Kemudian, Joseph dan kawan-kawannya dimasukkan ke dalam penjara di bandar Liberty. Penjara itu sangat sejuk, kecil, dan gelap. Mereka hanya mempunyai beberapa jerami kotor untuk tidur. Hanya ada sedikit makanan, dan ia membuat mereka sakit.

Saints, 1:369–70, 374, 384–85

Joseph bimbang tentang Orang Suci.

Joseph banyak berfikir tentang Orang Suci. Dia mengasihi mereka. Dia bimbang tentang mereka. Tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu mereka.

Saints, 1:385–86

Joseph berdoa di Penjara Liberty

Joseph banyak berdoa. Dia bertanya kepada Tuhan di mana Dia berada dan mengapa Dia tidak membantu Orang Suci. Adakah Tuhan telah melupakan dia dan Gereja?

Ajaran dan Perjanjian 121:1–6

Joseph menerima jawapan kepada doanya.

Tuhan menjawab doa Joseph. Dia berkata, “Anak-Ku, damai sejahteralah bagi jiwamu.” Dia memberitahu Joseph bahawa cabarannya tidak akan kekal selamanya, dan itu akan menjadi kebaikannya. Tuhan mengingatkan Joseph bahawa Yesus Kristus telah melalui perkara yang lebih susah. Dia berjanji bahawa Dia akan bersama Joseph “selama-lamanya.”

Ajaran dan Perjanjian 121:7; 122:5–9