Cerita-cerita Kitab Suci
Keluarga Yanagida


“Keluarga Yanagida,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian (2024)

“Keluarga Yanagida,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian

1950–1951

2:30

Keluarga Yanagida

Persepuluhan dan iman kepada Yesus Kristus

Toshiko dan Tokichi Yanagida bersama keluarga mereka.

Toshiko dan Tokichi Yanagida tinggal di Jepun. Mereka percaya kepada Yesus Kristus dan telah menyertai Gereja-Nya. Tetapi kehidupan di Jepun sukar pada masa itu. Peperangan telah musnahkan banyak rumah dan bangunan. Toshiko dan Tokichi mahu membina rumah untuk keluarga mereka, tetapi mereka sangat miskin.

Saints, 3:543

Keluarga Yanagida bercakap dengan misionari dari Gereja.

Keluarga Yanagida tahu Tuhan mahu mereka membayar persepuluhan, tetapi mereka tidak pasti mereka boleh. Toshiko bertanya kepada seorang misionari apa yang perlu mereka lakukan. “Persepuluhan sangat sukar bagi kami,” katanya. Misionari itu berjanji bahawa jika mereka membayar persepuluhan mereka, Tuhan akan membantu mereka mencapai matlamat mereka untuk memiliki rumah.

Ajaran dan Perjanjian 119; Saints, 3:543–44

Toshiko dan Tokichi memutuskan bahawa mereka akan terus membayar persepuluhan.

Toshiko dan Tokichi tidak pasti. Mereka hampir tidak cukup wang untuk membeli makanan tengah hari di sekolah untuk anak lelaki mereka. Tetapi mereka memutuskan untuk mempercayai Tuhan dan membayar persepuluhan.

Saints, 3:543–44

Keluarga Yanagida berdiri berhampiran tapak rumah masa depan mereka.

Tuhan memberkati keluarga Yanagida. Tidak lama kemudian mereka dapat membeli tanah dan mula membina rumah.

Saints, 3:544

Seorang pekerja pembinaan beritahu keluarga Yanagida bahawa rumah mereka tidak boleh dibina.

Suatu hari seorang pemeriksa datang. Dia berkata terdapat masalah dengan tanah mereka, dan mereka tidak dapat membina rumah di sana. Dia beritahu pekerja untuk berhenti.

Saints, 3:544

Salah seorang misionari bercakap dengan keluarga.

Keluarga Yanagida sangat sedih. Mereka beritahu para misionari apa yang berlaku. Para misionari berkata mereka akan berpuasa dan berdoa dengan Keluarga Yanagida.

Saints, 3:545

Pembinaan rumah keluarga tersebut disambung semula.

Kemudian, seorang lagi pemeriksa datang. Dia berkata masalah tanah mereka boleh diperbaiki. Keluarga Yanagida boleh membina rumah mereka. “Kamu berdua mesti sudah melakukan sesuatu yang baik,” kata pemeriksa itu kepada Toshiko dan Tokichi. Mereka tahu Tuhan telah memberkati mereka. Mereka gembira kerana mereka telah mempercayai-Nya dan membayar persepuluhan.

Saints, 3:545