Cerita-cerita Kitab Suci
Martin Harris Membantu Joseph


“Martin Harris Membantu Joseph,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian (2024)

“Martin Harris Membantu Joseph,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian

1828–1829

4:38

Martin Harris Membantu Joseph

Belajar untuk mempercayai Tuhan

Martin Harris dan isterinya menyambut Joseph dan Emma Smith.

Suatu hari, semasa Joseph dan Emma tinggal di Pennsylvania, seorang kawan bernama Martin Harris datang melawat mereka. Martin memiliki sebuah ladang besar di New York. Dia tahu tentang pekerjaan kepingan-kepingan emas Joseph. Dia telah membantu Joseph sebelum ini, dan sekarang dia ingin tahu jika dia boleh bantu lebih banyak lagi.

Saints, 1:49

Sebuah lukisan Martin Harris. Dia berdiri di dapur rumah Joseph dan Emma Smith.

Joseph dan Emma bersyukur. Ramai orang menyangka Joseph menipu. Betapa baik adanya seorang kawan seperti Martin yang percaya kepingan-kepingan emas itu benar.

Saints, 1:49

Joseph dan Emma Smith berdiri di dalam rumah mereka bersama Martin Harris. Joseph dan Martin memegang halaman manuskrip.

Semasa Joseph menterjemah kepingan-kepingan itu, Martin menulis apa yang dia katakan. Martin teruja untuk membantu pekerjaan hebat Tuhan ini.

Saints, 1:50

Martin dan Lucy Harris bertengkar di hadapan kereta kuda mereka.

Isteri Martin, Lucy, tidak gembira. Dia tidak percaya bahawa Joseph benar-benar mempunyai kepingan-kepingan emas. Dia rasa Joseph telah menipu Martin. Dia mahu Martin kembali ke New York dan berhenti membantu Joseph.

Saints, 1:49–50

Joseph Smith memegang halaman manuskrip. Martin Harris meminta Joseph untuk pinjamkan manuskrip itu untuk ditunjukkan kepada isterinya.

Tetapi Martin terus bekerja dengan Joseph. Dia berfikir jika Lucy boleh baca apa yang sedang mereka lakukan, dia juga akan percaya. Dia tanya Joseph jika dia boleh bawa halaman yang telah mereka terjemahkan ke New York untuk ditunjukkan kepada isterinya. Joseph berkata dia akan berdoa dan tanya Tuhan.

Saints, 1:50–51

Joseph Smith berdoa dan tanya Tuhan jika Martin Harris boleh pinjam manuskrip itu.

Tuhan beritahu Joseph untuk tidak membiarkan Martin membawa halaman itu. Martin meminta Joseph berdoa lagi. Joseph berdoa dan mendapat jawapan yang sama. Tetapi Martin benar-benar mahu tunjukkan halaman itu kepada isterinya, dan Joseph mahu membantu kawannya. Joseph berdoa untuk kali ketiga. Kali ini Tuhan beritahu Joseph bahawa dia boleh tentukan apa yang perlu dilakukan.

Saints, 1:51

Martin Harris memegang halaman manuskrip itu. Joseph Smith di latar belakang, kelihatan bimbang.

Joseph beritahu Martin bahawa dia boleh bawa halaman itu ke New York, tetapi dia hanya boleh tunjukkan kepada ahli keluarga tertentu. Dan dia perlu kembalikan halaman itu dalam masa dua minggu. Martin bersetuju dan pergi dengan halaman itu.

Saints, 1:51

Joseph Smith berlutut di kubur bayinya yang telah meninggal dunia.

Semasa Martin tiada, bayi Joseph dan Emma lahir. Tetapi bayi itu mati, dan Emma jatuh sakit. Emma dan Joseph sangat sedih.

Saints, 1:51–52

Joseph Smith memeluk Emma.

Joseph bimbang tentang Emma. Dia juga bimbang tentang Martin. Dua minggu telah berlalu, dan Martin tidak kembali. Emma juga bimbang.

Saints, 1:52

Martin Harris duduk di meja, bercakap dengan Joseph Smith dan ibu bapanya.

Emma beritahu Joseph untuk pergi ke New York untuk mencari Martin. Joseph bertemu Martin di rumah ibu bapanya. Apabila Joseph tanya Martin tentang halaman itu, Martin sangat sedih. Dia berkata halaman itu telah hilang. Dia telah mencari di seluruh tempat tetapi tidak menjumpainya.

Saints, 1:52–53

Emma Smith memeluk Joseph Smith.

Joseph sangat sedih dan takut. Dia tahu dia salah kerana membiarkan Martin membawa halaman itu. Dia pulang ke rumah dan memberitahu Emma apa yang berlaku. Malaikat Moroni datang dan mengambil kembali kepingan-kepingan emas. Dia berkata jika Joseph rendah hati dan bertaubat, dia boleh dapat semula kepingan-kepingan itu dan menterjemah semula.

Ajaran dan Perjanjian 3:5–11; 10:1–3; Saints, 1:53–54

Joseph Smith berlutut di sisi katilnya, meminta pengampunan Tuhan.

Selama berminggu, Joseph fikirkan kesalahannya. Dia berdoa dan meminta pengampunan. Tuhan mengampuninya. Dia beritahu Joseph halaman itu telah dicuri oleh orang yang cuba hentikan pekerjaan Tuhan. Tetapi tiada siapa yang boleh hentikan pekerjaan Tuhan. Tuhan ada rancangan untuk teruskan pekerjaan-Nya.

Ajaran dan Perjanjian 3:1–10; Saints, 1:54–55

Joseph dan Emma Smith bercakap dengan Martin Harris. Joseph menjabat tangan Martin Harris.

Moroni kembalikan kepingan-kepingan itu kepada Joseph. Tuhan beritahu Joseph dan Martin jika mereka rendah hati dan mempercayai-Nya, mereka boleh terus membantu pekerjaan-Nya dalam pelbagai cara. Mereka boleh bantu membawa Kitab Mormon kepada dunia. Kitab ini akan bantu orang di mana-mana sahaja untuk bertaubat dan percaya kepada Yesus Kristus.

Ajaran dan Perjanjian 3:16–20; 5:21–35; Saints, 1:56–57