“Susa Young Gates dan Joseph F. Smith,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian (2024)
“Susa Young Gates dan Joseph F. Smith,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian
1902–1918
Susa Young Gates dan Joseph F. Smith
Wahyu tentang dunia roh
Susa Young Gates ialah anak perempuan Brigham Young. Dia dilahirkan dan dibesarkan di Utah. Dia suka menulis dan melayani di Gereja Tuhan.
Saints, 3:9–10, 64
Apabila Susa dewasa, dia jatuh sakit. Dia meminta berkat imamat. Dalam berkat itu, Tuhan memberitahu bahawa Dia mahu Susa melakukan kerja bait suci.
Saints, 3:193–94
Setelah berkat itu, Susa sembuh. Dia menghabiskan masanya belajar tentang sejarah keluarganya. Apabila dia menemui ahli keluarga yang mati tanpa dibaptiskan, dia pergi ke bait suci untuk dibaptiskan bagi mereka. Dia suka memberitahu orang ramai tentang kerja sejarah keluarga. Malangnya, ramai orang tidak berminat.
Saints, 3:194–95, 206
Suatu hari, Susa melawat kawannya Joseph F. Smith, Presiden Gereja. Presiden Smith telah sakit selama berminggu-minggu. Susa tahu bahawa dia juga sangat sedih kerana anaknya telah mati. Dia sedih dengan perkara lain yang berlaku di dunia juga, seperti peperangan dan penyakit.
Saints, 3:197–99, 205–6
Tetapi apabila Susa duduk bersama Presiden Smith, dia begitu teruja untuk bercakap dengannya. Dia memberitahu Susa bahawa Tuhan telah memberinya penglihatan istimewa. Ia tentang dunia roh, tempat orang pergi selepas mereka mati. Penglihatannya ditulis di atas kertas. Presiden Smith memberikannya kepada Susa dan memintanya membaca.
Saints, 3:206–7
Susa membaca kertas itu. Ia mengatakan bahawa Yesus Kristus melawat dunia roh. Dia menghantar Adam, Hawa, dan lelaki dan wanita lain yang beriman untuk mengajar roh-roh yang tidak menerima injil semasa mereka masih hidup. Mereka membantu roh-roh ini bersedia supaya orang boleh dibaptiskan untuk mereka di bait suci.
Ajaran dan Perjanjian 138:11–19, 29–48; Saints, 3:206–7
Susa kagum apabila dia membaca penglihatan Presiden Smith. Presiden Smith senyum kepadanya. “Susa,” katanya, “kamu melakukan kerja yang hebat.” Dia memberitahu bahawa dia mengasihinya kerana imannya kepada Tuhan.
Saints, 3:206
Susa menulis tentang penglihatan itu dalam jurnal. “Oh, ia menghiburkan saya!” katanya. Dia tidak sabar untuk memberitahu perkara itu kepada rakan-rakannya dan ahli Gereja yang lain. Dia tahu penglihatan Presiden Smith akan membantu Orang Suci teruja untuk melakukan kerja bait suci bagi orang di dunia roh.
Saints, 3:207