Cerita-cerita Kitab Suci
Mimpi Desideria


“Mimpi Desideria,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian (2024)

“Mimpi Desideria,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian

1880–1886

3:7

Mimpi Desideria

Dipimpin oleh Tuhan di Mexico

Desideria Yáñez mempunyai sebuah mimpi.

Desideria Yáñez tinggal di Nopala, Mexico. Pada suatu malam, Desideria bermimpi tentang sebuah buku kecil yang dibuat di Mexico City. Ia dipanggil Voz de amonestación, atau Suara Amaran. Apabila Desideria bangun, dia tahu dia perlu mencari buku itu.

Saints, 2:477

Desideria memberitahu anak lelakinya tentang mimpi itu.

Tetapi Mexico City jauh, dan Desideria terlalu tua untuk melakukan perjalanan yang jauh. Dia merasakan Tuhan mahu dia mencari buku itu. Jadi dia memberitahu anak lelakinya, José, tentang mimpi itu. Dia percaya buku itu juga penting. Dia memberitahu ibunya bahawa dia akan mencari buku itu untuknya.

Saints, 2:478

José tiba di Mexico City.

Apabila José tiba di Mexico City, jalan raya sibuk, riuh, dan penuh dengan orang ramai. Bagaimana dia boleh menemui buku itu di tempat yang sesak?

Saints, 2:478

José bertemu James Stewart.

Selepas beberapa hari, José bertemu dengan seorang misionari bernama James Stewart. James berkata dia sedang berusaha mencetak sebuah buku bertajuk Voz de amonestación.

Saints, 2:478

James bercakap tentang Kitab Mormon.

José sangat teruja! Dia memberitahu James tentang mimpi ibunya. James menjelaskan bahawa misionari akan menggunakan Voz de amonestación untuk mengajar orang ramai tentang Yesus Kristus dan kitab suci baharu, Kitab Mormon.

Saints, 2:478

James memberi buku kepada José untuk membantunya belajar tentang injil.

Voz de amonestación belum selesai lagi, dan Kitab Mormon belum diterjemahkan dalam bahasa Sepanyol. Tetapi James memberi José buku-buku dan kertas lain untuk membantu dia dan ibunya belajar tentang Yesus Kristus, Kitab Mormon, dan Gereja yang dipulihkan.

Ajaran dan Perjanjian 90:11; Saints, 2:478–79

José dan ibunya mempelajari injil bersama-sama.

José bergegas pulang ke rumah kepada ibunya. Mereka mengkaji injil bersama-sama, dan mereka tahu ia benar. Desideria meminta misionari untuk membaptisnya.

Saints, 2:479

Desideria, José, dan anak perempuan José, Carmen dibaptiskan.

Desideria adalah salah seorang wanita pertama yang dibaptiskan di Mexico. José dan anak perempuannya juga dibaptiskan.

Saints, 2:479

Desideria menerima satu salinan Kitab Mormon.

Apabila Voz de amonestación selesai, José mendapat 10 salinan untuk ibunya berkongsi dengan orang lain di Nopala. Beberapa tahun kemudian, apabila Kitab Mormon akhirnya dicetak dalam bahasa Sepanyol, Desideria adalah orang pertama di Mexico yang menerima salinan. Dia tahu Tuhan telah membimbingnya ke Gereja-Nya yang dipulihkan.

Ajaran dan Perjanjian 88:81; Saints, 2:479