“Sebuah Wahyu untuk Emma,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian (2024)
“Sebuah Wahyu untuk Emma,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian
Julai 1830
Sebuah Wahyu untuk Emma
Dipilih oleh Tuhan untuk melakukan pekerjaan-Nya
Kehidupan berubah dengan cepat untuk Emma dan Joseph. Tuhan beritahu Joseph dia harus berhenti berfokus pada pertanian. Sebaliknya, Joseph harus meluangkan masanya mengajar orang ramai tentang Yesus Kristus dan bantu Gereja Tuhan berkembang.
Ajaran dan Perjanjian 24:7–9; Saints, 1:96
Emma ada banyak soalan tentang perubahan ini. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan semasa Joseph melayani Tuhan. Adakah dia juga akan membantu Tuhan dan Gereja-Nya?
Saints, 1:96
Tuhan bercakap kepada Emma melalui wahyu yang diberikan kepada Joseph. Dia memanggilnya “Emma Smith, puteri-Ku.” Dia beritahu Emma Dia memilih dan memanggilnya untuk melakukan pekerjaan-Nya. Dia seorang wanita istimewa, dan Tuhan ada perkara hebat untuk dia lakukan.
Tuhan meminta Emma mengembara bersama Joseph. Tuhan berkata Emma akan menerangkan tulisan suci dan mengajar ahli Gereja. Dia beritahu Emma untuk mengutamakan Dia dalam hidupnya dan mentaati perjanjiannya. Dia menjanjikan Emma bahawa dia akan memiliki Roh-Nya. Dia mahu Emma belajar, berkembang, dan menerima berkat-Nya.
Ajaran dan Perjanjian 25:2, 6–10, 15
Tuhan juga beritahu Emma Dia suka mendengar nyanyian anak-anak-Nya. Dia berkata nyanyian Orang Suci-Nya adalah seperti doa kepada-Nya. Dia minta Emma membuat sebuah buku nyanyian rohani untuk Orang Suci nyanyikan bersama-sama. Emma menemui banyak lagu indah tentang Tuhan dan injil-Nya dan memasukkannya ke dalam buku nyanyian rohani.
Ajaran dan Perjanjian 25:11–12; Saints, 1:221–22
Kehidupan Emma dan Joseph terus berubah, tetapi Emma tahu Tuhan mengasihinya dan ada tujuan untuknya. Dia melayani Tuhan dan orang-orang di sekelilingnya. Dia membantu Gereja Yesus berkembang.
Ajaran dan Perjanjian 25:13–15; Saints, 1:221–23