“Elijah Able,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian (2024)
“Elijah Able,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian
1838
Elijah Able
Misi iman dan keberanian
Tuhan memanggil lelaki bernama Elijah Able sebagai misionari. Elijah mengajar Eunice dan Charles Franklin tentang injil Yesus Kristus. Dia beritahu mereka tentang Kitab Mormon dan Nabi Joseph Smith. Eunice dan Charles percaya dan mahu menyertai Gereja. Elijah membaptiskan mereka.
Saints, 1:316
Elijah pergi untuk berkongsi injil di bandar lain. Suatu malam, berbulan kemudian, dia bermimpi tentang rakannya Eunice. Dalam mimpi itu, Eunice mula ragu Kitab Mormon adalah benar atau Joseph Smith adalah seorang nabi. Apabila Elijah bangun, dia segera kembali mengunjungi Eunice.
Ajaran dan Perjanjian 75:27; Saints, 1:315–16
Eunice terkejut melihat Elijah di pintunya! Mimpi Elijah betul: Eunice tidak lagi percaya kepada Kitab Mormon atau Joseph Smith.
Saints, 1:317
Elijah minta Eunice untuk mendengar khutbahnya di sekolah. Semasa dia dengar kata-kata Elijah, dia rasa Roh Kudus lagi. Dia tahu injil itu benar!
Saints, 1:317
Elijah berjanji kepada Eunice dia akan kembali berkhutbah dalam dua minggu. Tetapi sesetengah orang di bandar itu tidak mahu dia kembali. Selepas Elijah pergi, mereka mula beritahu semua orang Elijah telah membunuh orang. Mereka tawarkan ganjaran kepada siapa sahaja yang menemuinya.
Saints, 1:318
Eunice tahu orang tersebut berbohong tentang Elijah. Dia tidak bunuh sesiapa. Dia lelaki yang baik dan hamba Tuhan. Dia tahu pembohongan mereka tidak akan halang Elijah untuk berkhutbah. Eunice beritahu orang ramai bahawa Elijah akan kembali. “Tuhan akan melindunginya,” katanya.
Saints, 1:318
Elijah kembali. Dia datang ke sekolah tempat dia berkhutbah sebelum ini. Ia sesak dengan orang yang mahu dia ditangkap. Elijah berdiri di hadapan orang ramai. Dia kata jika mereka mahu menangkapnya, mereka harus lakukan sebelum dia mula mengajar. Jika tidak, mereka harus biarkan dia mengajar.
Saints, 1:318
Tidak seorang pun bergerak. Elijah menunggu, tetapi orang ramai duduk dalam diam. Elijah menyanyikan lagu rohani, berdoa, dan mengajar injil Yesus Kristus. Kuasa Tuhan bersama dia. Selepas selesai mengajar, dia bercakap kepada Eunice dan Charles dan teruskan misinya dengan aman.
Saints, 1:319