Cerita-cerita Kitab Suci
Hawn’s Mill


“Hawn’s Mill,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian (2024)

“Hawn’s Mill,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian

Oktober 1838–Februari 1839

3:28

Hawn’s Mill

Satu serangan dan sebuah mukjizat

Willard Smith dan keluarganya di Hawn’s Mill.

Willard Smith berumur 11 tahun. Keluarganya tinggal di Hawn’s Mill, Missouri, bersama Orang Suci yang lain. Mereka mahu berkumpul tidak lama lagi dengan Orang Suci di Far West.

Ajaran dan Perjanjian 115:7–8; Saints, 1:347–48

Orang ramai datang untuk menyerang Orang Suci di Hawn’s Mill.

Suatu hari, Willard bersama bapa dan adik-beradiknya, Sardius dan Alma. Tiba-tiba, mereka mendengar tembakan dan jeritan. Orang ramai datang untuk menyerang Orang Suci.

Saints, 1:348–49

Orang suci bersembunyi daripada penyerang di Hawn’s Mill.

Semua orang berlari untuk mencari keselamatan. Ramai lelaki dan kanak-kanak bersembunyi di kedai tukang besi. Bapa dan adik-beradik Willard juga masuk, tetapi Willard terpisah daripada mereka. Dia sembunyi di belakang timbunan kayu. Dia mendengar tembakan di sekelilingnya.

Saints, 1:349, 353

Willard berlari.

Willard berlari dari satu tempat ke tempat lain untuk bersembunyi. Akhirnya, tembakan berhenti. Penyerang telah meninggalkan Hawn’s Mill.

Saints, 1:353

Willard di kedai tukang besi.

Willard datang ke kedai tukang besi untuk mencari keluarganya. Bapanya dan Sardius terbunuh. Tetapi adik lelaki Willard, Alma masih hidup.

Saints, 1:353

Willard membawa adik lelakinya Alma.

Alma telah ditembak di pinggulnya. Dia cedera teruk. Willard mengangkat Alma dan membawanya ke khemah keluarga mereka.

Saints, 1:353–54

Amanda Smith berdoa untuk anak lelakinya Alma.

Ibu Willard, Amanda, tidak tahu bagaimana untuk membantu pinggul Alma. Tetapi dia tahu Tuhan akan membantunya. Dia berdoa, dan dia mendengar suara memberitahu apa yang perlu dilakukan.

Saints, 1:354

Amanda merawat luka Alma.

Amanda membasuh luka Alma dengan abu. Kemudian dia mengisar akar pokok dan meletakkannya pada lukanya. Dia membalut pinggulnya dengan kain. “Baringlah, dan jangan bergerak,” katanya, “dan Tuhan akan menyembuhkan pinggul kamu.”

Saints, 1:354–55

Amanda berdoa untuk bantuan.

Kemudian, gabenor Missouri berkata bahawa Orang Suci mesti meninggalkan negeri itu atau mereka akan dibunuh. Tetapi pinggul Alma masih belum sembuh. Amanda berdoa dan meminta bantuan Tuhan. Satu suara memberitahunya bahawa Yesus tidak akan meninggalkan keluarganya. Amanda berasa seperti tiada apa yang boleh menyakitinya.

Ajaran dan Perjanjian 88:83; Saints, 1:372, 378–79

Alma berjalan selepas pinggulnya telah sembuh.

Tidak lama selepas dia berdoa, Amanda mendengar anak-anaknya menjerit. Dia berlari mencari mereka, dan melihat Alma berlari-lari. “Saya sembuh, Mak, saya sembuh!” katanya. Pinggulnya telah sembuh! Ia adalah sebuah mukjizat daripada Tuhan. Amanda dan anak-anaknya meninggalkan Missouri untuk mencari tempat yang selamat bersama Orang Suci yang lain.

Saints, 1:379