Cerita-cerita Kitab Suci
Joseph dan Hyrum Memberikan Nyawa Mereka untuk Injil


“Joseph dan Hyrum Memberikan Nyawa Mereka untuk Injil,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian (2024)

“Joseph dan Hyrum Memberikan Nyawa Mereka untuk Injil,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian

Mac–Jun 1844

3:22

Joseph dan Hyrum Memberikan Nyawa Mereka untuk Injil

Nabi mati, tetapi pekerjaan Tuhan diteruskan

Joseph Smith memberi kunci-kunci imamat kepada para Rasul Gereja.

Joseph Smith risau. Apa yang akan berlaku kepada Gereja jika dia mati? Dia mahu memastikan pekerjaan Tuhan akan diteruskan. Jadi dia kumpulkan para Rasul dan memberi mereka kunci-kunci imamat yang telah diberikan Yesus Kristus kepadanya. Ini bermakna bahawa para Rasul boleh memimpin Gereja Tuhan dan melakukan pekerjaan-Nya. Ini membantu Joseph berasa lebih baik.

Saints, 1:519–20

Satu adegan di Nauvoo menunjukkan beberapa orang yang marah kepada Joseph.

Tetapi terdapat ramai orang yang marah kepada Joseph. Malah ada yang mahu membunuhnya. Mereka tidak suka apa yang dia ajarkan. Mereka menulis tentang dia dalam surat khabar untuk membuat lebih ramai orang marah kepada Joseph dan Gereja. Sebahagian daripada mereka mahu menyerang Nauvoo.

Saints, 1:526–28, 530–32, 533–34

Joseph bersama keluarganya.

Joseph dan pemimpin lain di Nauvoo telah memusnahkan mesin cetak untuk menghentikan kebencian daripada merebak. Ini membuatkan orang ramai lebih marah. Gabenor beritahu Joseph untuk pergi ke bandar Carthage supaya hakim boleh memutuskan sama ada dia telah melanggar undang-undang. Joseph tahu jika dia pergi ke Carthage, orang akan membunuhnya.

Ajaran dan Perjanjian 135:4; Saints, 1:533–37, 539–41

Joseph mengucapkan selamat tinggal kepada keluarganya dan berlepas ke Carthage.

Tetapi Joseph juga mahu Orang Suci selamat. Jika dia pergi ke Carthage, mungkin orang akan biarkan Orang Suci di Nauvoo sendirian. Joseph memutuskan untuk pergi. Dia memberkati Emma dan anak-anaknya, mencium mereka selamat tinggal, dan pergi ke Carthage.

Saints, 1:542–44

Joseph dan Hyrum meninggalkan Nauvoo.

Hyrum, saudara lelaki Joseph, pergi bersamanya. Begitu juga John Taylor, Willard Richards, dan rakan-rakan lain. Semasa mereka pergi, Joseph memberhentikan kudanya dan memandang kembali ke arah Nauvoo. “Ini adalah tempat yang paling indah dan orang terbaik di bawah langit,” katanya.

Saints, 1:543–45

Sebuah adegan dari Penjara Carthage: Hyrum membaca Kitab Mormon dan Joseph berkongsi injil kepada pengawal.

Apabila mereka tiba di Carthage, mereka dimasukkan ke dalam penjara. Semasa mereka berada di penjara, Hyrum membacakan Kitab Mormon kepada mereka. Hyrum beritahu para pengawal bahawa Kitab Mormon adalah benar.

Saints, 1:546

John Taylor menyanyikan lagu rohani.

Untuk menghiburkan rakan-rakannya, John Taylor menyanyikan lagu rohani tentang Yesus. Ia indah, dan Hyrum memintanya untuk menyanyikannya lagi.

Saints, 1:549

Perusuh memecah masuk penjara.

Kemudian pada hari itu, lelaki yang marah dan bersenjata, bergegas masuk ke penjara. Mereka menolak pintu dan mula menembak ke dalam bilik di mana Joseph dan rakan-rakannya berada. John Taylor cedera teruk. Hyrum dan Joseph terbunuh.

Ajaran dan Perjanjian 135:1–2; Saints, 1:550–52

Orang Suci berduka atas kematian Joseph dan Hyrum.

Orang Suci sangat sedih apabila mereka mengetahui bahawa Joseph dan Hyrum telah mati. Tetapi mereka tahu bahawa membunuh Nabi tidak akan menghentikan Gereja. Ia adalah Gereja Juruselamat, dan Dia akan terus memimpinnya. Gereja akan terus berkembang dan memberkati anak-anak Tuhan di seluruh dunia.

Saints, 1:553–59