“Meninggalkan Nauvoo dan Pergi ke Barat,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian (2024)
“Meninggalkan Nauvoo dan Pergi ke Barat,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian
Jun 1844–Julai 1847
Meninggalkan Nauvoo dan Pergi ke Barat
Orang Suci membuat dan mematuhi janji mereka kepada Tuhan
Joseph Smith telah mati. Sekarang Brigham Young dan para Rasul yang lain memimpin Gereja. Brigham tahu bahawa Orang Suci tidak selamat lagi di Nauvoo. Mereka perlu pergi. Tetapi sebelum itu, Tuhan mahu mereka siap membina bait suci. Dia mahu mereka membuat perjanjian dengan-Nya dan dimeteraikan sebagai keluarga.
Saints, 1:571, 579–80
Selepas beberapa bulan, bait suci sedia untuk orang ramai membuat perjanjian di sana. Beribu-ribu Orang Suci datang ke bait suci. Brigham tinggal di bait suci sehingga larut malam untuk membantu mereka membuat perjanjian dengan Tuhan. Akhirnya, Brigham memberitahu semua orang bahawa mereka perlu meninggalkan Nauvoo.
Saints, 1:582
Apabila Brigham bangun pada keesokan paginya, lebih ramai Orang Suci menunggu di bait suci. Brigham memberitahu mereka bahawa tidak selamat untuk tinggal di Nauvoo. Mereka perlu mencari rumah baharu di Barat. Dia berjanji bahawa mereka boleh membina bait suci baharu apabila mereka tiba di sana.
Saints, 1:582–83; 2:13–14
Tetapi Orang Suci tidak pergi. Mereka mahu membuat perjanjian dengan Tuhan sebelum mereka memulakan perjalanan mereka ke rumah baharu.
Saints, 1:583
Brigham melihat wajah mereka dan mengubah fikirannya. Dia menghabiskan sepanjang hari dan keesokan harinya membantu Orang Suci membuat perjanjian di bait suci.
Saints, 1:583
Sekarang Orang Suci telah selesai membuat perjanjian dengan Tuhan, tiba masanya untuk meninggalkan Nauvoo. Brigham tahu Tuhan ada tempat yang disediakan untuk mereka. Dia telah melihatnya dalam penglihatan. Mereka memulakan perjalanan mereka. Cuaca sejuk, dan tanah berlumpur. Orang ramai jatuh sakit. Mereka kehabisan makanan.
Saints, 2:16–18, 20–21
Perjalanan Orang Suci masih panjang. Brigham berfikir bagaimana mereka boleh menempuh perjalanan yang begitu panjang dan sukar. Dia berdoa untuk bantuan Tuhan.
Saints, 2:46
Tuhan memberi Brigham wahyu. Dia mengajar Brigham cara memimpin Orang Suci. Dia berkata mereka harus saling membantu menjaga orang miskin.
Tuhan berkata Orang Suci harus mengingati perjanjian yang telah mereka buat dengan-Nya. Jika mereka melakukannya, Dia akan memberkati mereka dan membantu mereka dalam perjalanan mereka.
Ajaran dan Perjanjian 136:4, 11, 42; Saints, 2:47
Perjalanan masih sangat sukar. Beberapa orang mati. Tetapi kerana perjanjian bait suci mereka, Orang Suci tahu mereka akan bertemu ahli keluarga mereka lagi.
Beberapa bulan kemudian, Orang Suci pertama tiba di Lembah Salt Lake pada tahun 1847. Apabila Brigham Young melihat lembah itu, dia berkata, “Inilah tempat yang betul.” Ia adalah tempat yang sama yang dia lihat dalam penglihatan. Di sinilah Orang Suci akan selamat. Di sini mereka boleh menyembah Tuhan dan melakukan kerja-Nya dengan damai.
Saints, 2:17, 64–67
Selama bertahun-tahun, semakin ramai Orang Suci tiba. Mereka membina lebih banyak bait suci, di mana orang boleh membuat perjanjian dengan Tuhan. Mereka menghantar para misionari ke seluruh dunia untuk mengajar injil Yesus Kristus. Gereja Juruselamat terus berkembang, memberkati anak-anak Bapa Syurgawi di mana-mana sahaja.