“Bait Suci Kirtland Dibaktikan,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian (2024)
“Bait Suci Kirtland Dibaktikan,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian
Mac 1836
Bait Suci Kirtland Dibaktikan
Merasakan Roh Tuhan di rumah-Nya
Selepas kerja keras hampir tiga tahun, Bait Suci Kirtland akhirnya siap. Nabi Joseph menjemput Orang Suci ke pertemuan istimewa pembaktian bait suci. Dia akan ucap doa istimewa dan berikan bait suci kepada Tuhan. Ia akan menjadi rumah kudus Tuhan.
Saints, 1:235
Pada awal pagi pertemuan, ratusan Orang Suci memenuhi bait suci. Apabila semua tempat duduk penuh, orang ramai berdiri di pintu dan di luar, melihat melalui tingkap. Semua orang teruja melihat bait suci itu dibaktikan.
Saints, 1:235–36
Joseph membaca doa untuk membaktikan bait suci. Dia memberitahu Tuhan bahawa Orang Suci telah mematuhi Dia. Dia meminta Tuhan untuk menerima bait suci sebagai rumah-Nya.
Joseph doakan setiap orang yang datang ke bait suci akan rasa kuasa Tuhan dan tahu itu adalah rumah-Nya.
Joseph juga doakan apabila Orang Suci berbuat dosa, mereka boleh segera bertaubat. Dia meminta Tuhan untuk beri mereka kuasa untuk berkongsi injil-Nya di seluruh dunia. Selepas doa, koir menyanyikan lagu baharu yang bertajuk “Roh Tuhan.” Orang ramai dipenuhi dengan kebahagiaan. Mereka berdiri dan memuji Tuhan.
Ajaran dan Perjanjian 109:21–32; Nyanyian Rohani, no. 2; Saints, 1:237
Hari itu, ramai orang melihat malaikat di dalam bait suci. Mereka melihat cahaya terang turun dari syurga ke bait suci. Sesetengah orang berkata ia seperti awan; yang lain berkata ia seperti api. Mereka semua rasa bait suci adalah tempat kudus. Kini ia benar-benar adalah rumah Tuhan.
Saints, 1:237