Cerita-cerita Kitab Suci
Gereja Yesus Kristus Ditubuhkan


“Gereja Yesus Kristus Ditubuhkan,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian (2024)

“Gereja Yesus Kristus Ditubuhkan,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian

April 1830

2:37

Gereja Yesus Kristus Ditubuhkan

Pertemuan Gereja yang menggembirakan

Joseph Smith mengalu-alukan orang ramai ke rumah Whitmer untuk pertemuan pertama Gereja.

Kitab Mormon kini telah dicetak, dan kuasa imamat Tuhan berada di bumi lagi. Tuhan beritahu Joseph Smith sudah tiba masanya untuk menubuhkan Gereja Yesus Kristus.

Saints, 1:84

Orang ramai mengangkat tangan untuk menyokong Joseph dan Oliver sebagai pemimpin Gereja.

Pada 6 April 1830, kira-kira 40 wanita dan lelaki datang ke rumah keluarga Whitmer untuk menubuhkan Gereja. Tuhan telah memanggil Joseph dan Oliver untuk memimpin Gereja-Nya. Joseph dan Oliver meminta orang ramai mengangkat tangan untuk menunjukkan sokongan mereka sebagai pemimpin mereka.

Ajaran dan Perjanjian 20:1–3; Saints, 1:84

Ahli baharu Gereja gembira untuk mengambil sakramen.

Seterusnya, Joseph dan Oliver memberkati sakramen. Mereka berikannya kepada orang ramai untuk membantu mereka mengingati Yesus Kristus. Joseph dan Oliver kemudian meletakkan tangan di atas kepala orang yang telah dibaptiskan. Mereka menetapkan mereka sebagai ahli Gereja dan memberi mereka kurnia Roh Kudus.

Ajaran dan Perjanjian 20:75–79; Saints, 1:85

Joseph mengajar ahli baharu Gereja.

Tuhan memberi Joseph satu pesanan untuk Gereja baharu. Dia meminta mereka untuk menulis apa yang berlaku dalam Gereja. Dia berkata Joseph Smith ialah nabi-Nya. Dia berjanji kepada ahli Gereja jika mereka ikuti perintah-perintah yang Dia berikan kepada Joseph, Dia akan memberkati mereka. Setan tidak memiliki kuasa ke atas mereka.

Ajaran dan Perjanjian 21:1–6; Saints, 1:85

Joseph Smith dan bapanya berpelukan.

Orang ramai sangat gembira adanya Gereja Yesus Kristus! Selepas pertemuan, banyak orang dibaptiskan, termasuk ibu dan bapa Joseph Smith. Apabila bapanya keluar dari air, Joseph memeluknya dengan erat. “Saya telah hidup untuk melihat bapa saya dibaptiskan dalam gereja Yesus Kristus yang benar!” katanya.

Saints, 1:86

Joseph sangat bersyukur untuk membantu memulihkan Gereja.

Lewat malam itu, Joseph pergi ke hutan untuk bersendirian. Hatinya dipenuhi kegembiraan. Sudah 10 tahun sejak dia pertama kali melihat Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Begitu banyak yang telah berlaku sejak itu. Joseph sangat bersyukur kerana dia dapat bantu memulihkan, atau bawa kembali, Gereja Yesus Kristus!

Saints, 1:86