Cerita-cerita Kitab Suci
Lembaga Pertolongan


“Lembaga Pertolongan,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian (2024)

“Lembaga Pertolongan,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian

Mac 1842

3:38

Lembaga Pertolongan

Wanita Nauvoo melayani Tuhan

Margaret Cook dan Sarah Kimball bercakap tentang bait suci baharu yang sedang dibina di Nauvoo.

Margaret Cook tinggal di Nauvoo. Dia bekerja untuk Sarah Kimball, membantunya menjahit. Semasa dia bekerja, mereka suka bercakap tentang bait suci baharu yang sedang dibina di Nauvoo. Mereka teruja untuk bait suci.

Saints, 1:447

Margaret menyedari bahawa pekerja bait suci memakai pakaian lama.

Suatu hari, Margaret menyedari bahawa ramai lelaki yang membina bait suci itu memakai pakaian yang lama dan lusuh. Dia berfikir sama ada dia dan Sarah boleh bekerjasama untuk menjahit baju baharu untuk para lelaki. Sarah suka idea itu. Dia dan Margaret bercakap dengan wanita lain tentang membentuk kumpulan untuk membantu para pekerja.

Saints, 1:447–48

Joseph Smith bertemu dengan Margaret, Sarah, dan yang lain untuk membentuk Lembaga Pertolongan Gereja.

Nabi Joseph berkata Tuhan gembira dengan idea mereka, dan Dia mempunyai sesuatu yang lebih baik untuk mereka. Joseph menjemput para wanita itu untuk bertemu dengannya pada 17 Mac 1842. Dengan menggunakan wewenang imamat, dia mengorganisasikan wanita Gereja. Mereka memutuskan untuk memanggil kumpulan mereka sebagai Lembaga Pertolongan Wanita Nauvoo.

Saints, 1:448, 450–51

Margaret bercakap dengan dua wanita.

Joseph meminta Lembaga Pertolongan untuk membantu orang ramai bersedia untuk berkat-berkat bait suci dan kehidupan abadi. Mereka harus menjadi teladan dalam mengikut Yesus.

Saints, 1:451

Ahli-ahli Lembaga Pertolongan membawa makanan kepada keluarga yang memerlukan.

Joseph juga berkata bahawa Lembaga Pertolongan harus mencari orang yang miskin dan membantu mereka. Malah, wanita yang miskin mahu membantu orang yang memerlukan.

Saints, 1:449

Lembaga Pertolongan diorganisasikan.

Lembaga Pertolongan diorganisasikan. Emma Smith telah dipanggil untuk menjadi presiden. Dia memanggil dua penasihat, Sarah Cleveland dan Ann Whitney. Dia juga memanggil setiausaha, Eliza R. Snow.

Saints, 1:450

Emma mengajar para wanita dalam Lembaga Pertolongan.

Tuhan membantu Emma memenuhi panggilannya. Emma mengajar para wanita bahawa mereka boleh melakukan perkara yang besar dalam pelayanan Tuhan. Dia mahu setiap daripada mereka mencari cara untuk melakukan kebaikan. Yang paling penting, dia beritahu mereka, untuk mengasihi orang lain seperti yang Yesus lakukan. Ramai wanita di Nauvoo menyertai Lembaga Pertolongan.

Ajaran dan Perjanjian 25:3, 7; Saints, 1:451

Ilustrasi montaj yang menggambarkan bagaimana wanita dalam Gereja telah membantu orang ramai di seluruh dunia.

Mereka membantu orang ramai bersedia untuk berkat bait suci dan membantu ramai keluarga yang memerlukan di Nauvoo. Sejak itu, wanita di seluruh dunia telah menyertai Lembaga Pertolongan. Mereka terus melayani orang ramai dan membantu mereka menerima berkat bait suci.

Saints, 1:451