Persidangan Umum
Bantuan Ilahi untuk Kefanaan
Persidangan umum April 2025


14:41

Bantuan Ilahi untuk Kefanaan

Rancangan Bapa Syurgawi menyediakan bantuan untuk membimbing kita di perjalanan fana kita.

I.

Melalui Nabi Joseph Smith, Tuhan mengungkapkan beberapa hal tentang hidup pra-bumi kita. Di sana, kita wujud sebagai anak-anak roh Tuhan. Kerana Tuhan ingin anak-anak-Nya maju, Dia memutuskan untuk mencipta bumi di mana kita boleh terima tubuh, belajar dengan pengalaman, kembangkan sifat ilahi, dan dibuktikan jika kita akan mematuhi perintah Tuhan. Mereka yang layak akan “mendapat kemuliaan yang ditambahkan ke atas kepala mereka untuk selama-lamanya” (Abraham 3:26).

Untuk menegakkan syarat rancangan ilahi ini, Tuhan memilih Putera Tunggal-Nya untuk jadi Juruselamat kita. Lusifer, yang mencadang alternatif untuk musnahkan hak pilihan manusia, menjadi Setan dan “disingkirkan.” Dibuang ke bumi dan dinafikan keistimewaan kehidupan fana, Setan dibenarkan untuk cuba “menipu dan membutakan manusia, dan untuk menuntun mereka tertawan pada kehendaknya, bahkan sebanyak mana yang tidak mahu mendengarkan suara [Tuhan]” (Musa 4:4).

Kepentingan kepada rancangan besar Tuhan untuk perkembangan fana anak-Nya adalah untuk alami “pertentangan dalam segala perkara.” (2 Nefi 2:11). Sama seperti otot fizikal kita tidak boleh berkembang atau dijaga tanpa menentang undang-undang graviti, begitu juga perkembangan fana memerlukan kita untuk menentang godaan Setan dan pertentangan fana. Paling penting untuk perkembangan rohani ialah keperluan untuk memilih antara kebaikan dan kejahatan. Mereka yang pilih kebaikan akan maju ke arah takdir abadi mereka. Mereka yang pilih kejahatan—seperti yang dilakukan oleh semua dalam pelbagai godaan kefanaan—akan perlukan bantuan penyelamatan, yang dirancang Tuhan yang penuh kasih.

II.

Setakat ini, bantuan fana Tuhan yang terkuat adalah Juruselamat, Yesus Kristus, yang akan menderita untuk membayar harga dan berikan pengampunan untuk dosa yang bertaubat. Korban tebusan penuh belas kasihan dan mulia itu menjelaskan mengapa iman kepada Yesus Kristus adalah asas pertama injil. Korban tebusan-Nya “mendatangkan kebangkitan orang mati” (Alma 42:23) dan ia “menebuskan dosa-dosa dunia” (Alma 34:8), menghapus semua dosa kita setelah bertaubat dan beri kuasa kepada Juruselamat untuk menolong kita dalam kelemahan fana kita.

Juruselamat Yesus Kristus.

Di sebalik penghapusan dosa itu, rancangan Bapa menyediakan banyak kurnia lain untuk lindungi kita, termasuk melindungi kita daripada berdosa di tempat pertama. Kehidupan fana kita sentiasa bermula dengan bapa dan ibu. Kedua-duanya hadir dengan kurnia yang berbeza untuk membimbing perkembangan kita. Jika tidak, ketiadaan mereka adalah sebahagian daripada pertentangan yang mesti kita atasi.

III.

Rancangan Bapa Syurgawi menyediakan bantuan lain untuk membimbing kita di perjalanan fana kita. Saya akan bercakap tentang empat daripadanya. Tolong jangan harapkan tepat empat, perkara, kerana bantuan ini bertindih. Lebih-lebih lagi, terdapat perlindungan belas kasihan lain sebagai tambahan.

Pertama, saya berucap tentang Cahaya atau Roh Kristus. Dalam pengajaran hebat dia dalam kitab Moroni, Moroni memetik bapanya bahawa “Roh Kristus diberikan kepada setiap orang, agar dia boleh mengetahui kebaikan daripada kejahatan” (Moroni 7:16). Kita baca ajaran yang sama ini dalam wahyu moden:

“Dan Roh memberikan cahaya kepada setiap orang yang datang ke dunia; dan Roh menerangi setiap orang di seluruh dunia, yang mendengar suara Roh” (Ajaran dan Perjanjian 84:46).

Sekali lagi: “Kerana Roh-Ku diutuskan ke dalam dunia untuk mengajarkan yang rendah hati dan menyesal, dan untuk penghukuman bagi orang yang fasiq” (Ajaran dan Perjanjian 136:33).

Presiden Joseph Fielding Smith menjelaskan tulisan suci ini: “Tuhan tidak tinggalkan manusia (bila mereka dilahirkan ke dunia ini) tidak berdaya, berusaha mencari cahaya dan kebenaran, tapi setiap orang … dilahirkan dengan hak untuk terima bimbingan, arahan, nasihat Roh Kristus atau Cahaya Kebenaran.“

Mengkaji tulisan suci

Bantuan besar kedua yang Tuhan sediakan untuk membantu kita pilih yang betul adalah arahan ilahi dalam tulisan suci sebagai sebahagian rancangan keselamatan (rancangan kebahagiaan). Arahan ini adalah perintah, tatacara, dan perjanjian.

Perintah menentukan jalan yang telah ditandakan Bapa Syurgawi untuk kita maju ke kehidupan abadi. Orang yang memikirkan perintah sebagai cara Tuhan untuk menghukum tidak fahami tujuan rancangan kebahagiaan Tuhan penuh kasih ini. Di jalan itu, kita boleh beransur-ansur mencapai hubungan diperlukan dengan Juruselamat kita dan layak untuk peningkatan kuasa-Nya untuk membantu perjalanan kita ke tempat yang Dia inginkan untuk kita. Bapa Syurgawi ingin semua anak-Nya kembali ke kerajaan selestial, tempat Tuhan dan Juruselamat tinggal, dan untuk mempunyai jenis kehidupan mereka yang tinggal dalam kemuliaan selestial itu.

Tatacara dan perjanjian adalah sebahagian daripada undang-undang yang menentukan jalan menuju kehidupan abadi. Tatacara, dan perjanjian kudus yang kita buat dengan Tuhan melaluinya, adalah langkah yang diperlukan dan pagar perlindungan penting di sepanjang jalan. Saya suka fikirkan peranan perjanjian sebagai menunjukkan bahawa dalam rancangan Tuhan, berkat tertinggi diberi kepada mereka yang berjanji terlebih dahulu untuk mematuhi perintah tertentu dan yang menepati janji itu.

Bantuan lain diberikan Tuhan untuk membuat pilihan yang betul adalah pernyataan Roh Kudus. Roh Kudus adalah ahli ketiga dalam Kesatuan Ketuhanan. Fungsi-Nya, dinyatakan dalam kitab suci, adalah bersaksi tentang Bapa dan Putera, untuk mengingatkan kita tentang semua perkara, dan membimbing kita dalam semua kebenaran. Tulisan suci banyak mengisahkan tentang pernyataan Roh Kudus, seperti kesaksian rohani sebagai tindak balas kepada pertanyaan tentang kebenaran Kitab Mormon. Pernyataan tidak harus dikelirukan dengan kurnia Roh Kudus, yang dianugerahkan selepas pembaptisan.

Salah satu bantuan Tuhan yang paling penting untuk anak-Nya yang beriman adalah kurnia Roh Kudus. Kepentingan kurnia ini terbukti dalam fakta bahawa ia dianugerahkan selepas pertaubatan dan pembaptisan melalui air, “dan pada waktu itu [tulisan suci menjelaskan] datanglah pengampunan dosa-dosamu dengan api dan dengan Roh Kudus” (2 Nefi 31:17). Orang yang ada pengampunan dosa ini—dan kemudian kerap memperbaharui pembersihan mereka dengan pertaubatan harian dan mentaati perjanjian yang mereka buat melalui tatacara sakramen—layak untuk janji bahawa Roh Kudus, Roh Tuhan, “boleh selalu … bersama mereka“ (Ajaran dan Perjanjian 20:77).

Presiden Joseph F. Smith.

Oleh itu, Presiden Joseph F. Smith ajarkan bahawa Roh Kudus akan “menerangi fikiran orang ramai mengenai hal-hal Tuhan, untuk meyakinkan mereka pada masa penukaran hati bahawa mereka telah lakukan kehendak Bapa, dan untuk menjadi kesaksian yang kekal sepanjang kehidupan, bertindak sebagai pembimbing pasti dan selamat dalam semua kebenaran dan sentiasa penuhi mereka dengan kebahagiaan dan kegembiraan, dengan keinginan untuk saling berbuat baik, untuk menderita salah daripada lakukan kesalahan, untuk menjadi baik hati dan penuh belas kasihan, panjang sabar dan penuh kasih ihsan. Semua yang memiliki kurnia tidak ternilai ini, mutiara yang sangat berharga ini, haus akan kebenaran yang berterusan. Tanpa bantuan Roh Kudus,” Presiden Smith menyimpulkan, “tiada manusia yang boleh berjalan di jalan yang lurus dan sempit.”

IV.

Dengan banyak bantuan kuat untuk bimbing kita dalam perjalanan fana, adalah mengecewakan bahawa ramai yang masih tidak bersedia untuk pertemuan yang ditetapkan dengan Juruselamat kita, Yesus Kristus. Perumpamaannya tentang sepuluh gadis, yang sering dibicarakan dalam persidangan ini, menunjukkan bahawa daripada mereka yang dijemput untuk bertemu dengan-Nya, hanya separuh yang akan bersedia.

Sepuluh gadis.

Kita semua tahu contoh mereka yang tidak bersedia: perkembangan rohani misionari terbantut kerana tidak aktif setelah kembali, remaja menjejaskan perkembangan rohani mereka dengan tidak menyertai pengajaran dan aktiviti Gereja, lelaki yang menangguhkan pentahbisan kepada Imamat Melkisedek, lelaki dan wanita—kadang-kadang keturunan perintis mulia atau ibu bapa yang layak—yang telah meninggalkan jalan perjanjian tanpa membuat dan menepati perjanjian di bait suci yang kudus.

Doa peribadi.

Banyak penyimpangan berlaku apabila ahli tidak ikut pelan penyelenggaraan rohani asas doa peribadi, kajian tulisan suci yang kerap, dan pertaubatan harian. Sebaliknya, ada yang abaikan pembaharuan perjanjian mingguan dengan tidak mengambil sakramen. Ada yang kata Gereja tidak penuhi keperluan mereka; menggantikan apa yang dianggap sebagai keperluan masa depan daripada apa yang telah Tuhan sediakan dalam banyak ajaran dan peluang-Nya untuk pelayanan penting kita kepada orang lain.

Kerendahan hati dan kepercayaan kepada Tuhan adalah ubat untuk penyimpangan tersebut. Seperti yang Kitab Mormon ajarkan, Tuhan “memberkati dan memakmurkan mereka yang meletakkan kepercayaan mereka kepada-Nya” (Helaman 12:1). Percaya kepada Tuhan adalah keperluan khusus bagi semua yang salah ukur perintah Tuhan dan ajaran nabi-Nya terhadap penemuan dan kebijaksanaan terkini manusia.

Saya telah bercakap tentang banyak bantuan fana yang telah Bapa kita di Syurga yang penuh kasih berikan untuk membantu anak-anak-Nya kembali kepada-Nya. Peranan kita dalam rancangan ilahi ini adalah untuk mempercayai Tuhan dan mencari serta menggunakan pertolongan ilahi ini, terutamanya Korban Tebusan Putera Terkasih-Nya, Juruselamat dan Penebus kita, Yesus Kristus. Saya berdoa kita akan mengajar dan menjalani asas ini, dalam nama Yesus Kristus, amin.