Sistem Bimbingan Syurgawi Kita
Apabila kita berfokus kepada Yesus Kristus, kita akan temui jalan pulang, bertahan dan bersukacita sampai akhir.
Yesus Kristus mengubah hidup saya semasa saya dibaptiskan pada umur 26 di Frutillar, Chile. Pada masa itu, saya mengembara di Patagonia Chile yang indah untuk pekerjaan saya. Selepas pembaptisan, saya melihat hidup saya dengan cara baharu, menyedari bahawa “segala sesuatu menunjukkan adanya seorang Tuhan.”
Secara semula jadi, salmon dilahirkan di sumber sungai. Pada satu masa dalam hidup, mereka perlu berenang ke lautan, untuk perkembangan penting mereka.
Tetapi laut juga adalah tempat berbahaya dengan pemangsa, dan nelayan cuba menangkap mereka dengan cangkuk yang mengumpan mereka. Jika salmon mampu mengatasi ancaman ini, mereka sedia menggunakan sistem bimbingan berkuasa untuk kembali ke tempat asal, menghadapi cabaran baharu dan serupa. Kajian saintis tentang tingkah laku migrasi ini menemui penggunaan peta magnetik serupa GPS, yang membimbing mereka ke destinasi dengan tepat.
Kita semua dapat kembali ke rumah syurgawi, tempat asal kita. Seperti salmon, kita ada peta magnetik, atau Cahaya Kristus, untuk membimbing kita pulang. Yesus mengajar pengikut-Nya, “Akulah jalan untuk mengenal Tuhan dan untuk mendapat hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku.”
Apabila kita berfokus kepada Yesus Kristus, kita akan temui jalan pulang, bertahan dan bersukacita sampai akhir. Presiden Russell M. Nelson ajarkan “kebahagiaan yang kita rasai tidak berkait dengan situasi hidup kita tetapi berkait dengan fokus hidup kita.”
Sifat dan Takdir Ilahi Kita
Perisytiharan keluarga berkata “setiap [daripada kita] adalah anak rohani lelaki atau anak rohani perempuan kepada ibu bapa syurgawi, dan, oleh demikian, masing-masing mempunyai sifat dan takdir ilahi. … Di alam prafana, anak-anak rohani lelaki dan perempuan mengenali dan menyembah Tuhan sebagai Bapa Abadi mereka dan menerima rancangan-Nya di mana melalui mereka dapat memperolehi tubuh fizikal serta mendapat pengalaman duniawi untuk maju menuju kesempurnaan dan pada akhirnya mencapai takdir mereka sebagai waris kepada kehidupan abadi.”
Sebelum kelahiran fana-Nya, Yesus Kristus muncul dan berbicara kepada Musa bagi pihak Bapa. Dia memberitahu Musa ada pekerjaan hebat untuk dilakukan. Dan Tuhan memanggilnya “anak-Ku” beberapa kali.
Selepas itu, Setan menggodanya, berkata “Musa, anak manusia, sembahlah aku.”
Musa membalasnya dengan mengingati sifat ilahinya, “Siapakah engkau?” Kerana lihatlah, aku ialah seorang anak Tuhan.” Kebenaran membebaskan Musa daripada serangan musuh.
Saudara dan saudari, cangkuk kefanaan adalah benar. Ia sering memikat dengan satu sasaran: menjauhkan kita daripada pengaruh Juruselamat menuju Bapa dan kehidupan abadi.
Saya tahu betapa nyatanya cangkuk kefanaan. Satu Ahad, sebagai penganut baru, saya mengajar kelas imamat dan timbul perbualan yang meresahkan. Saya bergelut menghabiskan pelajaran. Saya tersinggung dan rasa saya adalah mangsa. Tanpa berkata apa-apa, saya keluar dan rasa tidak mahu ke gereja untuk seketika.
Pada masa itu, seorang pemegang imamat yang risau berdiri depan saya. Dengan penuh kasih dia jemput saya berfokus kepada Kristus dan bukan situasi tersebut. Apabila saya mengimbas kembali, dia kongsi bahawa dia dengar suara, “Pergi kepadanya, dia penting untuk saya.”
Sahabat dikasihi, kita semua penting bagi-Nya. Presiden Nelson ajarkan, bahawa, “kerana perjanjian kita dengan Tuhan, Dia tidak akan pernah hentikan usaha-Nya untuk membantu kita, dan kita tidak akan menghabiskan kesabaran-Nya terhadap kita.” Sifat ilahi dan hubungan perjanjian dengan Tuhan membolehkan kita menerima bantuan ilahi.
Keperluan Khasiat
Seperti salmon memerlukan khasiat, kita juga memerlukan khasiat rohani untuk mengelakkan kematian rohani. Doa, tulisan suci, bait suci, dan kehadiran pertemuan Ahad adalah penting dalam menu rohani.
Pada November 1956, Ricardo García memasuki air pembaptisan di Chile, menjadi ahli Gereja pertama di negara saya. Sehari sebelum dia meninggal, dia berkata, “Dulu, misionari menjemput saya untuk bergembira dengan keluarga saya. Saya seorang lelaki yang gembira. Beritahu semua orang di Chile bahawa injil adalah kebahagiaan.”
Selepas menerima khasiat injil Yesus Kristus, Ricardo melayani Tuhan dan jiran dengan kasih sepanjang hidupnya. Teladannya telah memberkati ramai, termasuk saya. Nabi Joseph Smith ajarkan bahawa “manusia yang dipenuhi kasih Tuhan, tidak berpuas hati dengan memberkati keluarganya sahaja, tetapi ingin memberkati seluruh umat manusia.”
Kembali ke Rumah Syurgawi Kita
Semua kita ingin kembali ke rumah syurgawi, dan Yesus Kristus adalah sistem bimbingan syurgawi kita. Dialah jalan. Korban tebusan-Nya membolehkan kita membuat perjanjian kudus dengan Tuhan. Setelah kita membuat perjanjian, ada masanya kita berenang melawan arus. Bahaya, kecewa, godaan, dan sengsara akan menguji iman dan kekuatan rohani kita. Minta bantuan. Yesus Kristus faham dan ingin berkongsi beban dengan kita.
Ingat bahawa Dia telah “menderita kesengsaraan dan kesakitan.” Juruselamat ajarkan, “Di dunia kamu akan menderita, tetapi tabahkanlah hati kamu, kerana Aku sudah mengalahkan dunia!” Korban tebusan-Nya membolehkan kita diampuni sehingga Dia tidak ingat lagi dosa itu.
Kita mungkin tidak lupa sepenuhnya dosa kita sebagai sebahagian dari pelajaran fana, agar kita tidak mengulanginya. Malah, kita akan ingat Dia semasa mengambil sakramen di gereja. Tatacara ini penting dalam penyembahan dan perkembangan rohani. Kebahagiaan ada bila kita faham ini bukan hanya hari yang lain. “Hari sabat ditetapkan untuk kepentingan manusia,” bertujuan untuk memberi rehat kepada badan dan roh kita.
Kita juga mengingati Dia semasa pergi ke bait suci—rumah Tuhan. Bait suci memberi pengetahuan mendalam tentang Yesus Kristus sebagai pusat perjanjian yang memberi kehidupan abadi, “kurnia terbesar … Tuhan.”
Hadir ke bait suci memberi saya penghiburan dan harapan tentang takdir abadi. Saya telah mengalami hubungan syurgawi dengan orang di kedua-dua belah tirai. Saya pernah lihat mukjizat penyembuhan di kehidupan anak-anak saya, dua daripadanya tidak sihat dan perlu jagaan sepanjang hidup mereka.
Keluarga kami bersukacita semasa berkongsi rancangan kebahagiaan. Anak-anak saya gembira bila dengar kerana Yesus Kristus, “kesengsaraan [mereka] akan menjadi bahkan suatu saat yang kecil.” Kami mengasihi anak-anak kami, dan seperti President Jeffrey R. Holland ajarkan, mereka “akan berdiri di hadapan kita, dimuliakan dan sempurna dalam tubuh dan fikiran.” Perjanjian mendekatkan kita dengan Tuhan sehingga tiada hal mustahil, mengisi keraguan dengan kedamaian.
Kerana Yesus Kristus, adanya harapan untuk terus mengasihi, berdoa, dan menyokong orang kita kasihi.
Saya tahu Dia hidup. Dia kenal kita dan kasihi kita. Dialah jalan, kebenaran, dan kehidupan dunia.
Saya jemput kita semua untuk berfokus kepada Yesus Kristus dan ajaran-Nya. Dengan itu, kita akan dapat elak cangkuk godaan, kejahatan, dan kesedihan. Kita akan seperti bait suci—kudus, teguh dan setia. Kita akan dapat menempuhi cabaran, bertahan dan bersukacita sampai akhir. Dalam nama Yesus Kristus, amin.