Persidangan Umum
Seperti seorang Anak Kecil
Persidangan umum April 2025


15:10

Seperti seorang Anak Kecil

Saya bersaksi bahawa bayi, kanak-kanak dan remaja adalah imej kerajaan Tuhan yang berkembang di bumi dalam semua kekuatan dan keindahannya.

Yesus mulakan tahun terakhir hidup fana-Nya dengan memperhebatkan latihan para Rasul-Nya. Jika pesanan dan Gereja-Nya perlu berkekalan, maka banyak lagi perlu diajar ke dalam hati 12 orang biasa yang mengenali-Nya hampir 24 bulan.

Suatu hari Yesus menyaksikan pertengkaran antara Dua Belas dan kemudian bertanya, “Apakah yang kamu persoalkan?” Berasa malu, mereka “mereka tidak menjawab,” ini dinyatakan dalam catatan. Tetapi guru yang hebat ini tahu pemikiran hati mereka dan rasa kebanggaan peribadi yang pertama. Oleh itu Dia “Yesus memanggil seorang kanak-kanak, …

“Lalu Yesus berkata, ‘Ketahuilah! Kecuali kamu mengubah sikap, dan menjadi seperti kanak-kanak, kamu tidak dapat menikmati Pemerintahan Tuhan.

“Orang yang dianggap terbesar antara mereka yang menikmati Pemerintahan Tuhan adalah orang yang merendahkan diri dan menjadi seperti kanak-kanak.”

Ingatlah bahawa sebelum kelahiran Kristus, khutbah perpisahan Raja Benyamin termasuk komen kerendahan hati seorang kanak-kanak. Ia menyatakan, “ manusia alamiah adalah musuh kepada Tuhan, … akan demikian, selama-lamanya, kecuali dia … menjadi orang suci melalui korban tebusan Kristus Tuhan, dan menjadi seperti seorang anak kecil, peserah, … rendah hati, … penuh dengan kasih, … bahkan seperti anak kecil [bertindak balas] kepada ayahnya.”

Namun, terdapat beberapa sifat kebudak-budakan yang kami tidak galakkan. Dua puluh lima tahun lalu, cucu lelaki saya yang berusia tiga tahun gigit lengan kakaknya yang berusia lima tahun. Menantu saya, menjaga anak-anak pada malam itu, dengan panik ajar anak perempuannya semua pelajaran tentang pengampunan, menyimpulkan bahawa adik lelakinya mungkin tidak tahu bagaimana rasa gigitan itu. Usaha bapa itu berkesan selama seminit atau beberapa minit, sehinggalah tangisan kuat dari bilik tidur terdengar di mana cucu perempuan saya menjerit, “Kini dia tahu.”

Jadi apakah kebaikan untuk melihat cara kanak-kanak belajar? Apakah yang menyebabkan Kristus menangis dalam peristiwa yang paling menyentuh dalam Kitab Mormon? Apakah yang Yesus ajarkan bila Dia memanggil api syurga dan malaikat pelindung mengelilingi kanak-kanak itu, memerintahkan orang dewasa untuk “lihatlah anak-anak kecil [mereka]”?

Kita tidak tahu apa yang mendorong semua itu, tetapi saya rasa ia ada kaitan dengan kesucian, kemurnian dan kerendahan hati semula jadi mereka, dan apa yang ia boleh bawa ke dalam hidup kita jika kita mengekalkannya.

Mengapakah hari-hari putus asa kita dilabelkan sebagai “Semuanya sia-sia”? Bagaimanakah “khayalan sombong dan keangkuhan anak-anak manusia” adalah kata-kata yang mencirikan bangunan yang besar dan luas, yang begitu mati secara rohani dalam penglihatan Lehi? Dan orang Zoram, yang berdoa dengan kesombongan? Dan Alma berkata, “Ya Tuhan, mereka [berdoa] kepada-Mu dengan mulut mereka, sementara mereka bongkak … dengan apa yang sia-sia di dunia.”

Sebaliknya, adakah sesuatu yang lebih manis, lebih murni, atau lebih rendah hati daripada kanak-kanak yang berdoa? Seolah-olah syurga ada di dalam bilik. Tuhan dan Kristus sangat nyata, tetapi bagi orang lain kemudian, pengalaman itu boleh menjadi lebih cetek.

Seperti Elder Richard L. Evans pernah katakan 60 tahun lalu: “Ramai di antara kita mengaku sebagai orang Kristian, namun kita … tidak mengambil serius terhadap-Nya. … Kita hormati-Nya, tetapi kita tidak ikuti-Nya. … Kami memetik firman-Nya, tetapi kami tidak menjalaninya.” “Kami mengagumi Dia, tetapi kami tidak menyembah-Nya.”

Betapa berbezanya kehidupan jika dunia menghargai Yesus melebihi tahap coretan sumpah tidak senonoh dari semasa ke semasa.

Tetapi kanak-kanak benar-benar mengasihi Dia, dan kasih itu boleh dibawa ke dalam hubungan mereka yang lain di taman permainan kehidupan. Bahkan pada waktu muda, kanak-kanak senang mengasihi, mereka memaafkan, dan ketawa sehingga hati yang paling sejuk dan paling keras pun boleh cair.

Senarainya sangat panjang. Kesucian? Kepercayaan? Keberanian? Perwatakan?

Marilah kita lihat kerendahan hati di hadapan Tuhan, seorang rakan muda terkasih saya.

Easton Darrin Jolley

Pada 5 Januari, 2025—91 hari lalu—Easton Darrin Jolley dianugerahkan Imamat Harun dan ditahbiskan sebagai diaken dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.

Easton sangat ingin untuk mengedarkan sakramen. Tetapi peluang kudus ini disertai dengan ketakutan bahawa dia akan gagal, akan jatuh, bahawa dia akan diejek atau memalukan diri dan keluarganya.

Easton mempunyai penyakit yang jarang berlaku dan sangat merosakkan.

Ini kerana, Easton mempunyai penyakit yang jarang berlaku dan sangat merosakkan, distrofi otot kongenital Ullrich. Ia telah memenuhi kehidupannya dengan cabaran yang susah sambil menghancurkan harapan dan impian untuk masa depan. Tidak lama lagi dia akan berada di kerusi roda secara kekal. Keluarganya tidak bercakap tentang apa yang menantinya selepas itu.

Ahad selepas pentahbisannya, Easton akan mengedar sakramen untuk kali pertama. Dan motivasi peribadinya adalah dia boleh mempersembahkan diri dan lambang kudus ini kepada bapanya, yang merupakan uskup bahagian itu. Dalam menjangkakan tugas itu, dia telah merayu dan memohon, menangis dan memohon, mendapatkan jaminan bahawa tiada sesiapa pun, akan cuba membantunya. Atas pelbagai sebab peribadinya, dia perlu melakukan ini sendiri dan tanpa bantuan.

Selepas imam bahagi roti dan berkatinya—lambang mewakili tubuh Kristus yang hancur—Easton, dengan tubuhnya yang patah, berjalan tempang untuk ambil dulangnya. Walau bagaimanapun, ada tiga tangga yang besar dari lantai bangunan pertemuan ke tempat berdiri. Jadi, selepas menerima dulang, dia meregang setinggi yang dia boleh dan meletak tangannya di atas susur tangan. Kemudian, sambil duduk di tangga yang lebih tinggi, dia menarik kaki kanannya ke anak tangga pertama dengan tangannya. Kemudian dia menarik kaki kirinya ke tangga yang sama, sehingga dia berada di puncak tiga tangga Gunung Everest peribadinya.

Kemudian dia menggerakkan dirinya ke tiang struktur di mana dia boleh memanjat ke kedudukan berdiri. Dia kembali ke dulang. Dalam beberapa langkah, dia berdiri depan uskup, bapanya, dengan titisan air mata, menahan diri daripada memeluk anak lelakinya yang berani dan setia ini. Dan Easton, lega dengan senyuman besar, bagaikan berkata, “Aku sudah memuliakan [bapa ku dan] dengan menyelesaikan tugas yang [dia] berikan kepadaku.”

Iman, kesetiaan, kesucian, kepercayaan, kemuliaan, dan, akhirnya, kasih kepada bapa yang dia ingin bahagiakan. Ini dan sedozen ciri lain menyebabkan kita juga berkata, “Orang yang merendahkan diri dan menjadi seperti kanak-kanak … mereka yang menikmati Pemerintahan Tuhan.”

Para saudara, saudari dan kawan, saya bersaksi bahawa bahagian atas senarai imej paling indah yang saya tahu adalah bayi, kanak-kanak dan remaja yang teliti dan tidak ternilai seperti yang dirujuk hari ini. Saya bersaksi mereka adalah imej kerajaan Tuhan yang berkembang di bumi dalam semua kekuatan dan keindahannya.

Dalam semangat kesaksian yang sama, saya beri kesaksian bahawa pada masa mudanya, Joseph Smith lihat dan bercakap dengan mereka yang muncul kepada dia. Saya bersaksi bahawa Russell M. Nelson yang rendah hati dan suci adalah nabi dan pelihat Tuhan yang ditahbiskan. Dengan pembacaan seumur hidup, saya beri kesaksian bahawa Kitab Mormon ialah buku yang paling bermanfaat yang saya pernah baca dan batu kunci kediaman kecil saya di kerajaan yang ada banyak rumah. Saya beri kesaksian bahawa imamat dan doa memulihkan hidup saya—imamat Kristus dan doa-doa anda. Saya tahu semua ini benar dan bersaksi dalam nama yang paling setia dan rendah hati di antara semua anak putera Tuhan—Pertama dan Yang Terakhir, Aku Yang Agung, yang disalibkan, saksi yang setia—bahkan Tuhan Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Markus 9:33.

  2. Markus 9:34.

  3. Lihat Lukas 9:47.

  4. Matius 18:2–4.

  5. Mosia 3:19.

  6. 3 Nefi 17:23; lihat juga ayat 11–24.

  7. Pengkhutbah 1:2.

  8. 1 Nefi 12:18.

  9. Alma 31:27.

  10. James W. Clarke, dipetik dalam Richard L. Evans, dalam Laporan Persidangan, Apr. 1965, 136. Elder Evans menyatakan bahawa petikan ini datang daripada khutbah radio yang diberikan oleh Dr. James W. Clarke, yang dipetik oleh William H. Danforth.

  11. Clarke, dalam Richard L. Evans, dalam Laporan Persidangan, Apr. 1965, 136.

  12. Yohanes 17:4. Cerita peribadi yang dikongsi oleh Brian dan Charisa Jolley dengan Jeffrey R. Holland, Jan. 2025.

  13. Matius 18:4.

  14. Lihat Wahyu 1:5.