Persidangan Umum
Korban Tebusan Yesus Kristus Menyediakan Penyelamatan Muktamad
Persidangan umum April 2025


14:16

Korban Tebusan Yesus Kristus Menyediakan Penyelamatan Muktamad

Apabila kita berpaling kepada Yesus Kristus, Juruselamat dunia, Dia menyelamatkan kita dari ribut kehidupan melalui Korban Tebusan-Nya.

Korban Tebusan Yesus Kristus menyediakan penyelamatan muktamad dari cabaran hidup kita. Presiden Russell M. Nelson menugaskan saya untuk membaktikan Bait Suci Casper Wyoming tahun lepas. Ia adalah pengalaman mendalam, beremosi dan kudus. Ia berikan fokus jelas tentang peranan bait suci dalam penyelamatan anak Tuhan melalui Korban tebusan Juruselamat.

Pancang dalam Daerah Bait Suci Casper Wyoming mempunyai laluan yang dilalui perintis Orang Suci Zaman Akhir dari tahun 1847 dan 1868. Dalam persediaan pembaktian bait suci, saya baca semula beberapa sejarah tentang laluan Sungai Platte berdekatan Casper yang berhubung ke Salt Lake City. Ia telah jadi laluan bagi ratusan ribu pendatang barat. Fokus utama saya adalah lebih 60,000 perintis Orang Suci Zaman Akhir telah melaluinya.

Kebanyakan perintis menggunakan gerabak, tetapi 3,000 orang menggunakan 10 gerabak tangan. Lapan dari kumpulan gerabak tangan ini berjaya melakukan perjalanan dan ada sedikit kematian. Kecuali kumpulan gerabak tangan Willie dan Martin pada tahun 1856.

Saya baca laporan kumpulan gerabak tangan Willie dan Martin sejak cuaca buruk bermula. Saya menyedari cabaran yang mereka hadapi ketika merentasi Sungai Sweetwater, Martin’s Cove, Rocky Ridge, dan Rock Creek Hollow.

Perintis gerabak tangan dalam salji.

Between Storms [Di Antara Ribut], by Albin Veselka

Saya belum pernah masuk dalam Bait Suci Casper sebelum pembaktian. Apabila saya memasuki ruang masuk, saya tertumpu kepada lukisan asli gerabak tangan bertajuk Between Storms [Di Antara Ribut]. Lukisan itu jelas tidak bertujuan untuk menggambarkan tragedi yang berlaku. Saya fikir “Lukisan ini betul; sebahagian besar perintis gerabak tangan tidak mengalami tragedi.” Saya rasa bahawa ini seperti kehidupan secara umum. Ada kalanya kita berada di antara cabaran dan ketenangan.

Sungai Sweetwater.

Heaven’s Portal [Portal Syurga], oleh Jim Wilcox

Apabila saya lihat lukisan asal di sebelah, bertajuk Heaven’s Portal [Pintu Syurga], saya menyedari lukisan “Devil’s Gate,” dengan aliran Sungai Sweetwater menggambarkan keindahan ciptaan Tuhan, bukan hanya cabaran yang dihadapi oleh perintis.

Dan di belakang meja kad rekomen, saya nampak lukisan cantik mengenai Juruselamat. Ini terus menimbulkan perasan kesyukuran. Dalam dunia indah ini, terdapat juga cabaran besar. Apabila kita berpaling kepada Yesus Kristus, Juruselamat dunia, Dia selamatkan kita dari cabaran hidup melalui Korban Tebusan-Nya, selaras dengan rancangan Bapa.

Bagi saya, ruang masuk itu adalah persediaan sempurna untuk menerima tatacara permuliaan, membuat perjanjian kudus, dan menerima berkat Korban Tebusan Juruselamat. Rancangan kebahagiaan Bapa adalah berdasarkan penyelamatan penebusan Juruselamat.

Pengalaman perintis beri Orang Suci Zaman Akhir tradisi sejarah unik dan warisan rohani yang kuat. Bagi segelintir, penghijrahan ini telah lama dibuat selepas dihalau dari Missouri dan Nauvoo. Bagi yang lain, ia bermula selepas Presiden Brigham Young mengumumkan rancangan gerabak tangan untuk penghijrahan yang lebih murah. Gerabak tangan adalah lebih murah berbanding gerabak dan lembu.

Seorang misionari di England, Millen Atwood, berkata, apabila rancangan itu diumumkan, “berita itu disebarkan cepat, dan hati Orang Suci berbahagia.” Ramai yang terus “berdoa dan berpuasa setiap hari agar mereka berpeluang untuk bersatu dengan yang lain.”

Banyak kumpulan gerabak tangan mengalami kesusahan tetapi mengelak kejadian buruk. Tetapi kumpulan Willie dan Martin, mengalami kebuluran, terdedah kepada cuaca sejuk, dan kematian.

Kebanyakan mereka belayar dari Liverpool, England, pada Mei 1856 menaiki dua kapal. Mereka tiba di di Iowa City pada bulan Jun dan Julai. Walaupun diberi amaran, kedua-dua kumpulan berlepas ke Lembah Salt Lake terlalu lewat pada musim itu.

Presiden Brigham Young menyedari keadaan berbahaya kumpulan ini pada 4 Oktober 1856. Keesokan harinya dia berkata kepada Orang Suci di Salt Lake City, “Ramai Orang Suci berada di dataran dengan gerabak tangan, … dan kita mesti membantu mereka … sebelum musim sejuk.

Dia meminta para uskup menyediakan 60 pasukan keldai, 12 atau lebih gerabak, dan 12 tan (10,886 kg) tepung dan berkata, “Pergi dan bawa mereka pulang.”

Jumlah perintis dari kumpulan Willie dan Martin adalah lebih kurang 1,100. Lebih kurang 200 Orang Suci mati sepanjang laluan. Tanpa penyelamatan yang tepat masa, ramai lagi yang mungkin mati.

Ribut salji bermula dua minggu selepas kumpulan penyelamat pertama pergi. Laporan ahli kumpulan Willie dan Martin menggambarkan cabaran dahsyat sejak ribut bermula. Kisah ini juga menggambarkan kebahagiaan besar bila penyelamat tiba.

Menggambarkan ketibaan, Mary Hurren berkata, “Air mata mengalir, dan kanak-kanak menari kegembiraan. Sebaik saja mereka dapat kawal perasaan, mereka semua berlutut dan bersyukur kepada Tuhan.”

Dua hari kemudian, kumpulan Willie mengharungi laluan paling sukar, iaitu Rocky Ridge, dalam ribut salji. Yang terakhir daripada mereka tidak sampai ke kem sehingga 5:00 pagi esok hari. Tiga belas orang mati dan dikuburkan sekali.

Pada 7 November, kumpulan Willie menghampiri Lembah Salt Lake, tetapi ada tiga kematian pagi itu. Dua hari kemudian kumpulan Willie akhirnya tiba di Salt Lake, mereka disambut dan dialu-alukan ke rumah Orang Suci.

Pada hari sama, kumpulan Martin masih jauh 325 batu (523 km) di belakang, terus menderita kesejukan dan kekurangan makanan. Beberapa hari sebelumnya, mereka menyeberangi Sungai Sweetwater untuk ke Martin’s Cove, mengharapkan perlindungan. Seorang perintis berkata, “Ia penyeberangan terburuk dalam ekspedisi itu.” Beberapa penyelamat—seperti datuk moyang saya, David Patten Kimball, berusia 17 tahun, bersama rakannya, “George W. Grant, Allen Huntington, Stephen Taylor, dan Ira Nebeker, menghabiskan berjam-jam dalam air yang sejuk,” membantu kumpulan menyeberangi Sweetwater.

Semasa mempelajari tentang penyelamat, saya menyedari mereka semua mengikuti nabi dan memainkan peranan penting dalam menyelamatkan Orang Suci. Semua penyelamat merupakan hero, termasuk pendatang juga.

Mengkaji cerita mereka, saya hargai hubungan mereka dan penglihatan abadi di kalangan pendatang. John, Maria Linford dan tiga anak lelaki mereka adalah ahli kumpulan Willie. John mati beberapa jam sebelum penyelamat tiba. Dia beritahu Maria yang dia gembira mereka telah lakukan perjalanan itu. “Saya takkan hidup sehingga sampai ke Salt Lake,” katanya, “tapi kamu dan anak-anak kita akan sampai, dan saya tidak akan menyesal jika mereka boleh berkeluarga di Sion.”

Presiden James E. Faust memberikan ringkasan yang mengagumkan ini: “Dalam usaha berani perintis gerabak tangan, kita belajar kebenaran hebat. Semua mesti lalui api si penyempurna, dan hal yang tidak penting dalam hidup boleh cair seperti kotoran dan menguatkan iman kita. Nampaknya terdapat banyak kesedihan untuk semua orang, termasuklah yang berusaha melakukan kebenaran dan kekal beriman. Namun ini adalah sebahagian daripadanya untuk menjadi seperti Tuhan.”

Dalam Korban tebusan dan Kebangkitan Dia yang membentuk keabadian, Juruselamat memutuskan “ikatan kematian, setelah memperoleh kemenangan atas kematian” bagi semua. Bagi yang telah bertaubat, Dia telah “mengambil ke atas diri-Nya kederhakaan mereka dan pelanggaran mereka, setelah menebus mereka, dan memuaskan tuntutan keadilan.”

Tanpa Korban Tebusan, kita tidak boleh diselamatkan dari dosa dan kematian. Walaupun dosa berperanan penting dalam cubaan kita, ia diburukkan lagi oleh kesilapan, keputusan buruk, kejahatan orang lain, dan hal di luar kawalan kita.

Mengkhutbahkan Injil-Ku ajarkan “Apabila kita bergantung kepada Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya, Dia boleh membantu kita menahan percubaan, penyakit dan kesakitan kita. Kita boleh dipenuhi dengan kebahagiaan, kedamaian dan kesenangan hati. Segala yang tidak adil dalam kehidupan boleh dibetulkan melalui Korban tebusan Yesus Kristus.”

Musim Easter ini, kita berfokus kepada Juruselamat dan korban tebusan-Nya. Korban Tebusan beri harapan dan cahaya pada masa gelap dan suram. President Gordon B. Hinckley berkata, “Apabila semua sejarah diperiksa, … [tiada] … yang begitu indah, megah, luar biasa seperti tindakan rahmat ini.”

Saya berkongsi tiga cadangan yang saya rasa relevan untuk zaman kita.

Pertama, jangan meragukan kepentingan untuk menyelamatkan orang lain daripada cabaran fizikal dan terutamanya rohani.

Kedua, terima dengan penuh syukur Korban Tebusan Juruselamat. Kita harus berusaha untuk berbahagia dan tunjukkannya walaupun menghadapi cabaran hidup. Matlamat kita adalah hidup secara positif dalam apa jua keadaan. Saya perhatikan yang pasangan terkasih saya, Mary, lakukannya sepanjang hidup. Saya hargai semangatnya walaupun kami hadapi masalah sepanjang bertahun-tahun.

Nasihat ketiga adalah ketepikan masa konsisten untuk merenungkan Korban Tebusan dengan penuh iman. Banyak cara untuk lakukan ini dalam amalan agama peribadi kita. Namun demikian, menghadiri dan mengambil sakramen adalah amat penting.

Sama pentingnya ialah kehadiran kerap di bait suci jika boleh. Bait suci mengingati kita tentang Korban Tebusan Juruselamat dan apa yang diatasinya. Yang lebih penting lagi, di bait suci kita boleh secara rohani menyelamatkan orang tersayang yang telah mati dan nenek moyang.

President Russell M. Nelson, menekankan asas ini, “Berkat-berkat [Bait Suci] … membantu menyediakan umat yang akan membantu menyediakan dunia untuk Kedatangan Kedua Tuhan!”

Kita tidak boleh lupa pengorbanan generasi terdahulu, tapi penghargaan dan penyembahan kita haruslah tertumpu kepada Juruselamat dan korban tebusan-Nya. Saya bersaksi bahawa kunci kepada rancangan kebahagiaan Bapa ialah Korban Tebusan Juruselamat kita, Yesus Kristus. Dia hidup dan bimbing Gereja-Nya. Korban Tebusan Yesus Kristus menyediakan penyelamatan muktamad dari cabaran hidup kita. Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Bait Suci Casper Wyoming dibaktikan pada 24 November 2024.

  2. Saya menyedari kumpulan Willie dan Martin dan tragedi yang mereka hadapi semasa saya masih sangat muda. Datuk moyang saya, David Patten Kimball, adalah sebahagian daripada pasukan dari Lembah Salt Lake yang Presiden Brigham Young hantar untuk menyelamatkan Orang Suci ini. (Lihat Saints: The Story of the Church of Jesus Christ in the Latter Days, jilid 2, No Unhallowed Hand, 1846–1893 [2020], 237.)

  3. Albin Veselka, Between Storms [Di Antara Ribut], lukisan asli dalam Bait Suci Casper Wyoming (lihat “Casper Wyoming Temple Open House Commences,” Newsroom, 26 Ogos 2024, newsroom.ChurchofJesusChrist.org).

  4. “Bersinarkan t’rang, tinggal denganku” (“Ya, Tinggallah Besertaku!,” Nyanyian Rohani, no. 68).

  5. Jim Wilcox, Heaven’s Portal [Portal Syurga], lukisan asli dalam Bait Suci Casper Wyoming (lihat “Casper Wyoming Temple Open House Commences,” newsroom.ChurchofJesusChrist.org).

  6. Joseph Brickey, Risen Hope [Harapan yang Bangkit], giclée lukisan asli (lihat “Casper Wyoming Temple Open House Commences,” newsroom.ChurchofJesusChrist.org).

  7. Lihat William G. Hartley, “The Place of Mormon Handcart Companies in America’s Westward Migration Story,” The Annals of Iowa, jilid 65, no. 2, 3 (Spring/Summer 2006), 107–9.

  8. Millen Atwood, “Account of His Mission,” Deseret News, 26 Nov, 1856, 300; dipetik dalam Andrew D. Olsen and Jolene S. Allphin, Follow Me to Zion: Stories from the Willie Handcart Pioneers (2013), xi.

  9. Kumpulan gerabak Hodgetts dan Hunt berjalan berhampiran kumpulan gerabak tangan Martin dan juga perlu diselamatkan.

  10. Kebanyakan kumpulan Willie meninggalkan Liverpool, England, dengan kapal Thornton pada 4 Mei 1856. Kebanyakan kumpulan Martin meninggalkan Liverpool, England, dengan kapal Horizon pada 25 Mei 1856.

  11. Lihat “Handcart Camp Dedicated in Iowa as Historic Site,” Church News, 9 Ogos, 1980, 3, 5.

  12. Brigham Young, “Remarks,” Deseret News, 15 Okt. 1856, 252; tanda baca dimodenkan.

  13. Brigham Young, “Remarks,” 252.

  14. Lihat Olsen dan Allphin, Follow Me to Zion, 217.

  15. Mary Hurren, dalam Olsen dan Allphin, Follow Me to Zion, 131.

  16. Pada 23 Julai 1994, Presiden Gordon B. Hinckley membaktikan Monumen Rock Creek Hollow dan memberi penghormatan kepada Orang Suci setia yang meninggal dunia dari perjalanan merentasi Rocky Ridge (lihat Julie Dockstader Heaps, “Trail of Handcart Pioneers Sanctified by Sacrifice,” Church News, 30 Julai, 1994, 8–9, 11). Presiden Robert Scott Lorimer mengiringi Presiden Hinckley di pembaktian itu. Sebagai presiden Pancang Riverton Wyoming, dia memainkan peranan penting dalam mengenal pasti dan menyelia tindakan sejarah dan rohani bagi mereka yang mengalami tragedi itu.

  17. Lihat jurnal kumpulan berpindah James G. Willie, 7 Nov., 1856, Church History Library, Salt Lake City.

  18. John Jaques, “Some Reminiscences,” Salt Lake Daily Herald, 15Disember, 1878, 1.

  19. Saints, 2:237. Datuk saya, Crozier, anak lelaki David Patten, mengajar saya pelajaran penting. Dia menekankan bahawa David mengikuti nabi, dan kita harus mengikut nasihat nabi pada zaman kita.

  20. John Linford, dalam Golden C. Linford, Linford Family Heritage (1995), 214; lihat juga Val Parrish, “President’s Message,” Pioneer, jilid 71, no. 3 (Fall 2024), 1.

  21. James E. Faust, in “Faith in Every Footstep: The Epic Pioneer Journey” (persembahan video di persidangan umum, 6 Apr., 1997), Ensign, Mei 1997, 63.

  22. Mosia 15:8.

  23. Mosia 15:9; lihat juga Alma 34:16.

  24. Lihat Alma 22:12–15.

  25. Preach My Gospel: A Guide to Sharing the Gospel of Jesus Christ (2023), 56.

  26. Gordon B. Hinckley, “The Wondrous and True Story of Christmas,” Liahona, Dis. 2000, 4.

  27. Presiden Thomas S. Monson mengajar dan menghayati asas penyelamatan (lihat Teachings of Presidents of the Church: Thomas S. Monson [2020], 67–76).

  28. Russell M. Nelson, “Tuhan Yesus Kristus Akan Datang Lagi,” Liahona, Nov. 2024, 121.