Buat pilihan yang terilham
Dalam Untuk Kekuatan Remaja, anda akan menemukan ajaran-ajaran Yesus Kristus dan para nabi-Nya. Dengan mengambil kebenaran-kebenaran tersebut sebagai panduan, anda boleh membuat pilihan terilham, yang akan memberkati anda sekarang dan sepanjang keabadian.
Anda anak roh Tuhan yang dikasihi. Rancangan kebahagiaan hebat-Nya membolehkan anda berkembang secara rohani dan mengembangkan potensi ilahi anda. Dia mengutuskan Yesus Kristus untuk menjadi Juruselamat anda.
Bapa Syurgawi anda yakin terhadap anda. Dia telah memberi anda berkat yang besar, termasuk kegenapan injil dan tatacara kudus serta perjanjian yang mengikat anda kepada-Nya di samping membawa kuasa-Nya ke dalam hidup anda. Dengan perjanjian-perjanjian ini datanglah kebahagiaan tambahan dan tanggungjawab. Dia tahu anda boleh membawa perbezaan di dunia dan itu memerlukan, dalam banyak situasi, sifat yang berbeza daripada dunia. Carilah bimbingan Bapa Syurgawi ketika anda membuat pilihan. Dia akan memberkati anda dengan memberikan ilham melalui Roh Kudus.
Yesus Kristus ialah jalan menuju ke arah kebahagiaan abadi. Apabila anda menggunakan kebebasan anda untuk memilih mengikuti Yesus Kristus, anda berada pada jalan yang mendorong kepada kegembiraan abadi. Jadikanlah Yesus Kristus standard anda, landasan anda yang kukuh. Bina kehidupan anda berdasarkan ajaran-Nya, dan nilaikan pilihan anda mengikut ajaran ini. Perjanjian yang anda buat semasa pembaptisan, semasa sakramen dan di bait suci merupakan bongkah binaan landasan kukuh anda sebagai pengikut Kristus. Anda masih akan menghadapi kesusahan serta godaan, tetapi Bapa Syurgawi dan Juruselamat akan membantu anda melalui semuanya.
Tujuan Untuk Kekuatan Remaja bukan untuk memberi anda jawapan “ya” atau “tidak” tentang setiap pilihan yang mungkin anda hadapi. Sebaliknya, Tuhan menjemput anda untuk hidup dengan cara yang lebih tinggi dan kudus—kehidupan yang berfokus pada kebenaran abadi dan berkat-berkat yang Tuhan janjikan. Inilah jalan-Nya. Panduan ini akan mengajar anda tentang cara-Nya. Ia menjelaskan kebenaran yang telah diwahyukan oleh-Nya. Jadikan kebenaran ini panduan anda untuk membuat pilihan—pilihan yang besar, seperti membuat perjanjian di bait suci dan melayani misi, serta membuat pilihan harian, seperti cara melayani orang lain atau cara meluangkan masa anda.
Walaupun orang lain boleh membantu anda, perkembangan rohani anda adalah peribadi. Itu tanggungjawab anda. Cuba sedaya upaya untuk bertambah baik setiap hari, mematuhi perintah Tuhan dan menghormati perjanjian anda, serta membantu orang lain agar lebih mendekati Juruselamat.
Lihat Mosia 4:29–30 (jalan untuk berdosa tidak terkira banyaknya, jadi kita mesti berhati-hati); Helaman 5:12 (bina landasanmu terhadap Kristus); Ajaran dan Perjanjian 45:57 (jadikan Roh Kudus sebagai panduanmu); 25:13 (berpegang teguh pada perjanjianmu).
Bagaimana panduan ini disusunkan
Setiap topik mempunyai tiga bahagian:
-
Kebenaran abadi, atau ajaran injil Yesus Kristus yang dipulihkan
-
Jemputan untuk bertindak atas kebenaran itu
-
Berkat dijanjikan yang Tuhan tawarkan kepada mereka yang hidup menurut ajaran-ajaran-Nya