“25–31 Mei. ‘Tuhan Mengutus Seorang [Pembebas]: Hakim-Hakim 2–4; 6–8; 13–16,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Perjanjian Lama 2026 (2026)
“25–31 Mei. ‘Tuhan Mengutus Seorang [Pembebas],’” Ikutlah Aku: Perjanjian Lama 2026
“I Will Surely Go with Thee”—Deborah the Prophetess [“Saya Akan Pergi Bersama-sama Kamu”—Debora Nabi Perempuan], oleh Des Leavitt
25–31 Mei: “Tuhan Mengutus Seorang [Pembebas]”
Hakim-Hakim 2–4; 6–8; 13–16
Kita semua tahu bagaimana rasanya berdosa, rasa bersalah, dan kemudian bertaubat dan bertekad untuk mengubah cara kita. Tetapi terlalu kerap kita terlupa keazaman kita sebelumnya, dan, apabila godaan datang, kita melakukan dosa yang sama. Pola ini kerap muncul dalam kitab Hakim-hakim. Dipengaruhi oleh kepercayaan dan amalan pemujaan orang Kanaan—yang seharusnya mereka usir dari negeri itu—orang Israel melanggar perjanjian mereka dengan Tuhan dan berpaling dari menyembah-Nya. Akibatnya, mereka kehilangan perlindungan-Nya dan jatuh ke dalam penawanan. Namun setiap kali ini terjadi, Tuhan memberi umat perjanjian-Nya peluang untuk bertaubat dan mengutus seorang pembebas, seorang pemimpin tentera yang dipanggil “hakim.” Tidak semua hakim dalam kitab Hakim-hakim itu soleh, tetapi beberapa daripadanya menjalankan iman yang besar dalam membebaskan anak-anak Israel dan memulihkan Israel ke dalam hubungan perjanjian mereka dengan Tuhan. Cerita-cerita ini mengingatkan kita bahawa tidak kira apa pun yang membuat kita menjauh daripada Yesus Kristus, Dia ialah Penebus Israel dan selalu bersedia membebaskan kita dan mengalu-alukan kita semasa kita kembali kepada-Nya.
Untuk gambaran keseluruhan kitab Hakim-hakim, lihat “Kitab Hakim-hakim” dalam Panduan Tulisan Suci.
Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja
Hakim-Hakim 2:1–19; 3:5–12
Tuhan mengampuni saya sekerap saya bertaubat.
Kitab Hakim-hakim boleh menjadi amaran dan galakan. Cari amaran dan galakan ini semasa anda membaca Hakim-Hakim 2:1–19; 3:5–12. Bagaimanakah amaran dan galakan itu terpakai kepada anda?
Contohnya, jika Hakim-Hakim 2:19 adalah tentang anda dan godaan anda dan bukannya tentang orang Israel kuno, apakah yang ia katakan? Jika Hakim-Hakim 3:9 adalah tentang apa yang telah Tuhan lakukan untuk membebaskan anda, apakah yang ia katakan?
Pertimbangkan untuk membaca soalan dan jawapan pada halaman 9 dari Untuk Kekuatan Remaja: Panduan untuk Membuat Pilihan. Bagaimanakah anda merasakan ini terpakai kepada pengalaman orang Israel dalam kitab Hakim-hakim? Apakah yang ini ajarkan kita tentang Yesus Kristus?
Hakim-Hakim 4:1–15
Saya boleh mengilhami orang lain untuk beriman kepada Tuhan.
Kadang-kadang iman seseorang boleh mengilhami iman ramai orang yang lain. Dalam Hakim-Hakim 4, orang itu ialah Debora. Baca tentangnya dalam Hakim-Hakim 4:1–15, dan perhatikan pengaruhnya terhadap orang-orang di sekelilingnya. Berikut ialah beberapa soalan untuk membantu anda mempertimbangkan bagaimana pengalamannya boleh diterapkan dalam hidup anda:
-
Bagaimanakah anda menggambarkan keadaan orang Israel pada masa itu? (lihat ayat 1–3). Apakah persamaan yang anda lihat dengan keadaan hari ini—dalam individu dan masyarakat?
-
Apakah kata-kata atau tindakan Debora yang menunjukkan dia beriman terhadap Tuhan? Bagaimanakah imannya mempengaruhi orang lain? Apakah lagi yang anda kagum tentang dia?
-
Apakah maksud Debora dalam ayat 14: “Tuhan telah memberi kamu kemenangan?” Bagaimanakah Tuhan “pergi di hadapan” anda? (lihat Ajaran dan Perjanjian 84:87–88).
Renungkan bagaimana iman anda kepada Yesus Kristus boleh memberkati orang lain seperti iman Debora memberkati Barak dan orang Israel lain. Untuk membantu anda fikirkan ini, anda boleh mengkaji pesanan Elder Neil L. Andersen “Kita Berbicara Berkenaan Kristus” (Liahona, Nov. 2020, 88–91). Cari pesanan untuk (1) sebab untuk bercakap dengan lebih terbuka tentang Juruselamat dan (2) cara untuk melakukannya.
Kemudian anda boleh membuat senarai hal-hal yang anda tahu tentang Yesus Kristus—daripada tulisan suci, kata-kata nabi hidup, dan daripada pengalaman peribadi anda. Siapa yang perlu tahu ini? Bagaimanakah anda akan berkongsinya?
Lihat juga Matius 5:14–16; 1 Petrus 3:15; “Tiap Sentuhan Kebaikan,” Nyanyian Rohani, no. 133.
Jemput perkongsian. Jika anda seorang pengajar—di rumah atau di gereja—”beri para pelajar peluang untuk berkongsi dengan satu sama lain apa yang mereka pelajari tentang Juruselamat dan injil-Nya. Melakukan ini akan membantu mereka menghayati kebenaran yang diajar kepada mereka dan menyatakannya” (Mengajar dengan Cara Juruselamat, 26). Contohnya, apabila mempelajari Hakim-Hakim 4 bersama, anda boleh memberi setiap pelajar sesuatu yang khusus untuk dicari dalam bab itu dan kemudian menjemput mereka untuk saling berkongsi apa yang mereka temui.
Hakim-Hakim 6–8
Tuhan boleh lakukan mukjizat ketika saya percaya pada cara-Nya.
Semasa anda membaca Hakim-Hakim 6–8, catat contoh-contoh di mana Tuhan meminta Gideon untuk mempercayai sesuatu yang kelihatan tidak mungkin. Pernahkah Dia meminta sesuatu yang serupa dari anda?
Apakah yang anda rasa Tuhan cuba ajarkan kepada anda dengan laporan ini? Bagaimanakah anda telah melihat Tuhan melakukan pekerjaan-Nya dalam cara yang tidak mungkin?
Hakim-Hakim 13–16
Tuhan menguatkan saya semasa saya setia kepada perjanjian saya.
Simson kehilangan kekuatan jasmani dan rohaninya kerana dia melanggar perjanjiannya dengan Tuhan, termasuk perjanjian khusus untuk orang Nazir (untuk maklumat tentang orang Nazir, lihat Bilangan 6:1–6; Hakim-Hakim 13:7). Semasa anda membaca tentang Simson dalam Hakim-Hakim 13–16, perhatikan ayat-ayat yang menunjukkan bahawa Tuhan bersama Simson, serta ayat-ayat yang menunjukkan Simson tidak komited sepenuhnya kepada Tuhan.
Anda juga boleh merenungkan perjanjian yang telah anda buat dengan Tuhan. Bagaimanakah perjanjian-perjanjian ini telah membawa kuasa-Nya ke dalam hidup anda? Apakah yang anda pelajari daripada cerita Simson yang mengilhami anda untuk kekal setia terhadap perjanjian anda dengan Tuhan?
Sister Ann M. Dibb ajarkan: “Simson lahir dengan potensi besar. Ibunya dijanjikan, ‘Dia akan mula membebaskan umat Israel daripada kekuasaan orang Filistin’ [Hakim-Hakim 13:5]. Tetapi semasa Simson membesar, dia lebih pentingkan godaan dunia daripada arahan Tuhan. Dia buat pilihan-pilihan ‘yang [dia] suka’ [Hakim-Hakim 14:3] dan bukan kerana pilihan-pilihan itu benar. Berulang kali, tulisan suci gunakan frasa ‘kemudian Simson [pergi]’ [Hakim-Hakim 14:7] semasa menceritakan perjalanan, tindakan, dan pilihan Simson. Daripada bangun dan memenuhi potensi hebatnya, sebaliknya Simson diatasi oleh dunia, kehilangan kuasa yang Tuhan berikan, dan mati awal dengan tragis” (“Arise and Shine Forth,” Liahona, Mei 2012, 118).
Lihat juga Dallin H. Oaks, “Perjanjian dan Tanggungjawab,” Liahona, Mei 2024, 93–96; Ulisses Soares, “Keyakinan Perjanjian melalui Yesus Kristus,” Liahona, Mei 2024, 17–21.
Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak
Oleh kerana hari Ahad ini adalah hari Ahad kelima, pengajar Sekolah Primer digalakkan untuk gunakan aktiviti pembelajaran dalam “Lampiran B: Menyediakan Kanak-Kanak untuk Seumur Hidup di Jalan Perjanjian Tuhan.”
Hakim-Hakim 3:7–9, 12–15
Yesus Kristus ialah Pembebas saya.
-
Hakim-Hakim 3 menggambarkan pola yang mengajar tentang kuasa Juruselamat untuk membebaskan kita daripada dosa. Untuk membantu anak-anak anda mengenal pasti pola ini, anda boleh menulis frasa ini: “berdosa,” “berseru meminta tolong kepada Tuhan,” dan “mengutus [pembebas].” Kemudian anak-anak anda boleh mencari frasa ini dalam Hakim-Hakim 3:7–9 dan Hakim-Hakim 3:12–15. Apakah yang kita pelajari tentang Tuhan daripada pola ini?
-
Untuk menekankan bahawa Yesus Kristus ialah Pembebas, anda boleh mengumpulkan beberapa gambar orang, termasuk gambar Yesus, dan meletakkannya menghadap ke bawah. Biarkan anak-anak anda bergilir terbalikkan gambar. Apabila mereka menemui gambar Yesus, nyanyikan lagu tentang Dia, seperti “Dia Mengutus Putera-Nya” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 20), dan beritahu anak-anak anda tentang bagaimana Dia telah membebaskan anda.
Hakim-Hakim 4:1–15
Saya boleh mengilhami orang lain untuk beriman kepada Tuhan.
-
Anda boleh gunakan “Nabi Perempuan Debora” dalam Cerita-cerita Perjanjian Lama, 92–95, untuk menceritakan anak-anak anda cerita dalam Hakim-Hakim 4. Saling berkongsi apa yang anda kagumi tentang Debora. Bagaimanakah imannya kepada Tuhan memberkati orang di sekelilingnya? Apakah yang boleh kita lakukan untuk membantu orang lain lebih beriman kepada Yesus Kristus?
2:9Deborah the Prophetess
Hakim-Hakim 7:1–21
Tuhan dapat menggunakan hal-hal kecil untuk melakukan pekerjaan yang besar.
-
Gunakan Hakim-Hakim 7:4–7, halaman aktiviti minggu ini, atau “Tentera-tentera Gideon” dalam Cerita-cerita Perjanjian Lama, 96–99, untuk mengajar anak-anak anda tentang bagaimana Tuhan menjadikan tentera Israel lebih kecil. Mengapakah Tuhan mahu [jumlah] tentera Gideon menjadi sekecil itu? (lihat Hakim-Hakim 7:2).
2:37The Army of Gideon
-
Anak-anak anda boleh melukis gambar pedang, perisai, sangkakala, lampu, dan kendi dan bercakap tentang objek mana yang mereka mahukan dalam pertempuran. Kemudian mereka boleh membaca Hakim-Hakim 7:16 untuk mengetahui apa yang Tuhan perintahkan kepada tentera Gideon untuk digunakan. Semasa anda membaca tentang pertempuran dalam Hakim-Hakim 7:19–21, saling berkongsi apa yang anda pelajari tentang Tuhan daripada cerita ini.
Samson Puts Down the Pillars [Simson Menjatuhkan Tiang-Tiang], oleh James Tissot dan lain-lain
Hakim-Hakim 13:5
Mentaati perjanjian memberi saya kekuatan.
-
Perjanjian Simson dengan Tuhan telah memberi Simson kekuatan jasmani, sama seperti perjanjian kita memberi kita kekuatan rohani. Keluarga anda boleh melakukan beberapa latihan jasmani dan membincangkan bagaimana latihan tersebut boleh membantu menjadikan badan kita kuat. Bagaimanakah mentaati perjanjian kita menjadikan roh kita kuat? (lihat Mosia 18:8–10; Ajaran dan Perjanjian 20:77, 79).
Untuk lebih lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.