“27 April–3 Mei. ‘Ditahbiskan untuk Tuhan: Keluaran 35–40; Imamat 1; 4; 16; 19,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Perjanjian Lama 2026 (2026)
“27 April–3 Mei. ‘Ditahbiskan untuk Tuhan,’” Ikutlah Aku: Perjanjian Lama 2026
Bait Suci Rio de Janeiro Brazil
27 April–3 Mei: “Ditahbiskan untuk Tuhan”
Keluaran 35–40; Imamat 1; 4; 16; 19
Meninggalkan Mesir—meskipun penting—ia tidak memenuhi sepenuhnya tujuan Tuhan untuk anak-anak Israel. Bahkan kehidupan yang selesa di negeri yang dijanjikan bukanlah objektif utama Tuhan untuk mereka. Ini hanyalah langkah menuju apa yang benar-benar Tuhan mahukan bagi umat-Nya: “Kamu harus suci kerana Aku Tuhan, Tuhan kamu suci” (Imamat 19:2). Bagaimanakah Tuhan merancang untuk menjadikan umat-Nya kudus setelah mereka hidup dalam penawanan selama beberapa generasi? Dia memerintahkan mereka untuk membuat satu tempat yang ditahbiskan di padang gurun—sebuah khemah ibadat. Dia memberi mereka perjanjian dan hukum untuk membimbing tindakan mereka dan mengubah hati mereka. Lalu Dia memerintahkan mereka untuk membuat korban bintang untuk mengajar mereka tentang penebusan bagi dosa-dosa mereka. Semua ini bertujuan untuk mengarahkan fikiran, hati, dan hidup mereka kepada Juruselamat. Dia adalah jalan sejati menuju kekudusan, untuk orang Israel dan untuk kita. Kita semua telah berada dalam penawanan dosa, dan kita semua dijemput untuk meninggalkan dosa dan mengikuti Yesus Kristus, yang telah berjanji, “Aku mampu untuk menjadikanmu kudus” (Ajaran dan Perjanjian 60:7).
Untuk gambaran keseluruhan kitab Imamat, lihat “Imamat” dalam Panduan Tulisan Suci.
Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja
Keluaran 35–40; Imamat 19
Tuhan mahu saya menjadi kudus.
Keluaran 35–40 menjelaskan usaha orang Israel membina khemah ibadat, di mana tatacara kudus akan membantu mereka menjadi umat kudus. Semasa anda membaca bab-bab ini, carilah hal-hal yang Tuhan minta umat-Nya untuk letakkan di dalam khemah ibadat. Apakah yang mungkin item-item ini wakili? Apakah yang ia cadangkan tentang peningkatan dalam kekudusan? Terutamanya pertimbangkan bagaimana item-item ini mengubah pandangan anda terhadap Juruselamat. Jadual seperti ini mungkin dapat membantu anda:
|
Apakah objek yang anda temui? |
Apakah yang ia lambangkan? |
|---|---|
Apakah objek yang anda temui? Tabut Perjanjian (Keluaran 37:1–9; 40:20–21) | Apakah yang ia lambangkan? (Lihat Keluaran 25:20–22; Panduan Tulisan Suci, “Tabut Perjanjian”) |
Apakah objek yang anda temui? Mazbah kemayan (Keluaran 40:26–27; lihat juga Keluaran 30:1, 6–8) | Apakah yang ia lambangkan? (Lihat Wahyu 8:3–4) |
Apakah objek yang anda temui? Kaki pelita (Keluaran 37:17–24) | Apakah yang ia lambangkan? (Lihat Matius 5:14–16; Yohanes 8:12) |
Apakah objek yang anda temui? Mazbah korban (Keluaran 38:1–7; lihat juga Keluaran 27:1; 29:10–14) | Apakah yang ia lambangkan? (Lihat Panduan Tulisan Suci, “Korban”) |
Apakah objek yang anda temui? Besen air (Keluaran 30:17–21) | Apakah yang ia lambangkan? (Lihat 2 Tawarikh 4:6; Yesaya 1:16; Yeremia 33:8) |
Sudah tentunya, dengan hanya berada di tempat kudus tidak menjadikan kita kudus. Imamat 19 menggambarkan hukum dan perintah yang Tuhan berikan untuk membantu orang Israel meningkat dalam kekudusan. Apakah yang anda temui dalam perintah-perintah ini yang dapat membantu anda mencari kekudusan daripada Tuhan? Apakah yang anda terilham untuk lakukan bagi menjalankan asas-asas ini dengan lebih sepenuhnya?
Lihat juga Henry B. Eyring, “Kekudusan dan Rancangan Kegembiraan,” Liahona, Nov. 2019, 100–103; “The Tabernacle” (video), Gospel Library.
The Tabernacle
Menggunakan muzik kudus. Muzik mempunyai kuasa yang besar untuk menjemput pengaruh Roh dan membina iman kepada Yesus Kristus. Pesanan-pesanan dalam lagu rohani sering memperkukuhkan ajaran dalam tulisan suci. Sebagai contoh, menyanyikan lagu rohani seperti “Ya Tuhan, Tambahkan” (Nyanyian Rohani, no. 48) boleh memperkukuhkan pesanan yang diajar dalam Imamat 19. Ia juga boleh membantu anda berfikir tentang maksud untuk menjadi lebih kudus seperti Juruselamat dan merenungkan bagaimana Dia membantu anda meningkatkan kekudusan.
Keluaran 35:4–35; 36:1–7
Tuhan meminta saya untuk membuat persembahan saya dengan hati yang rela.
Pada tahun setelah meninggalkan Mesir, hubungan anak-anak Israel dengan Yehovah digambarkan sebagai tidak konsisten. Namun, semasa anda membaca Keluaran 35:4–35 dan 36:1–7, perhatikan bagaimana orang Israel bertindak balas terhadap perintah untuk membina khemah ibadat. Apakah yang anda pelajari daripada orang Israel yang dapat membantu anda melayani Tuhan dengan lebih baik?
Dia mungkin tidak meminta anda logam, kain, atau kayu berharga untuk khemah ibadat. Apakah yang telah Tuhan berikan kepada anda, dan apa yang Dia minta anda tawarkan? Bilakah “hati anda tergerak untuk melakukan pekerjaan”?
Lihat juga Topics and Questions, “Sacrifice,” Gospel Library.
Anak-anak Israel memberikan persembahan untuk khemah ibadat dengan hati yang rela (Keluaran 35:5). Ilustrasi oleh Corbert Gauthier, © Lifeway Collection/dilesenkan dari goodsalt.com
Keluaran 40:12–14
Tatacara bait suci diberikan pada zaman kuno.
Keluaran 40:12–14 merujuk kepada tatacara kuno yang juga diberikan pada zaman kita di rumah Tuhan. Berikut ialah beberapa ayat tambahan yang boleh membantu anda belajar tentang bagaimana tatacara-tatacara ini bersaksi tentang Yesus Kristus:
-
Mencuci: Mazmur 51:2; Yehezkiel 36:25–27
-
Memakai pakaian suci: Yesaya 61:10; Matius 22:11–14; Wahyu 19:7–8
-
Penyapuan minyak: Lukas 4:18–19; Kisah Rasul-Rasul 10:38
Imamat 1:1–9; 4; 16
Oleh kerana pengorbanan Yesus Kristus, saya boleh diampuni.
Sebilangan besar kitab Imamat mungkin aneh bagi kita—korban binatang, upacara yang melibatkan darah dan air, dan hukum yang mengatur butiran kecil kehidupan. Tetapi upacara dan hukum-hukum ini bertujuan untuk mengajar asas-asas yang biasa—pertaubatan, kekudusan, dan Korban Tebusan Juruselamat. Untuk menemui asas-asas ini semasa anda membaca Imamat 1:1–9; 4; 16, pertimbangkan soalan seperti ini:
-
Apakah perkataan atau frasa yang saya temui yang mengingatkan saya tentang Yesus Kristus dan korban tebusan-Nya?
-
Apakah yang saya pelajari dari pengorbanan ini tentang pengorbanan Juruselamat?
-
Bagaimanakah saya seperti orang yang melakukan pengorbanan ini?
Tuhan tidak lagi meminta korban binatang. Tetapi pengorbanan masih merupakan asas penting injil. Untuk mengetahui tentang jenis-jenis pengorbanan yang Tuhan minta, kajilah 3 Nefi 9:19–20; Ajaran dan Perjanjian 64:34. Bagaimanakah anda sedang mempersembahkan pengorbanan seperti ini? Apakah yang Musa 5:7 ajarkan anda tentang bagaimana anda harus melihat pengorbanan anda?
Lihat juga “Fikiran untuk Direnungkan: Khemah Ibadat dan Korban.”
Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak
Keluaran 35:20–29; 36:1
Tuhan telah memberi saya kurnia untuk membantu dalam pekerjaan-Nya.
-
Pada akhir garis panduan ini terdapat gambar khemah ibadat di padang belantara orang Israel. Anda boleh melihatnya bersama anak-anak anda dan tanya mereka apakah bahan yang diperlukan untuk membina khemah ibadat. Kemudian anda boleh membaca bersama Keluaran 35:20–29 untuk mengetahui bagaimana bahan-bahan ini disediakan. Bagaimanakah Tuhan menjemput kita untuk menyumbang dalam pembinaan kerajaan-Nya?
-
Pertimbangkan untuk membaca bersama mereka Keluaran 36:1 untuk mengetahui apa yang Tuhan berikan kepada Bezaleel dan Aholiab untuk membantu membina khemah ibadat. Anda kemudian boleh bercakap dengan anak-anak anda tentang apa yang anda rasa Tuhan telah berikan kepada mereka untuk membantu membina kerajaan-Nya. Bagaimanakah kita dapat gunakan hal-hal ini untuk memberkati orang lain?
Bait suci Roma Italia
Keluaran 40:17–34
Saya dapat rasa hadirat Tuhan di tempat-tempat kudus.
-
Keluaran 40:17–34 menyenaraikan sebahagian hal-hal daripada khemah ibadat orang Israel. Mungkin anda dan anak-anak anda boleh menemuinya dalam ayat-ayat ini dan dalam gambar khemah ibadat di penghujung garis besar ini. Bincangkan bagaimana setiap bahagian khemah ibadat dapat mengajar tentang Juruselamat atau Bapa Syurgawi. Contohnya, tabut kesaksian boleh mengingatkan kita tentang perintah-perintah Tuhan, altar dapat mengingatkan kita tentang pengorbanan Yesus Kristus, dan sebagainya.
-
Apakah tempat-tempat kudus yang kita ada hari ini yang membantu kita berasa lebih dekat dengan Yesus Kristus? Sebagai sebahagian perbualan ini, anda boleh menonton bersama video “Temples” (Gospel Library). Saling berkongsi bagaimana perasaan anda tentang tempat-tempat kudus seperti bait suci.
What Is a Temple?
Imamat 1:1–4
Oleh kerana pengorbanan Yesus Kristus, saya boleh diampuni.
-
Korban binatang yang digambarkan dalam Perjanjian Lama bertujuan untuk mengajar anak-anak Israel tentang pengampunan melalui Yesus Kristus. Pertimbangkan bagaimana membaca tentang pengorbanan ini boleh melakukan hal yang sama untuk anak-anak anda. Anda boleh tunjukkan gambar Yesus Kristus di Getsemani dan di atas salib (lihat Buku Seni Injil, no. 56, 57) semasa anda membaca Imamat 1:1–4 dengan anak-anak. Bantu mereka mencari perkataan atau frasa yang mengingatkan mereka tentang pengorbanan Yesus Kristus.
-
Anda juga boleh membaca bersama 3 Nefi 9:19–20 untuk mengetahui apa yang kita diperintahkan untuk korbankan dan bukannya binatang. Apakah maksud untuk mempersembahkan hati yang hancur dan roh yang menyesal kepada Tuhan? Lihat Panduan Tulisan Suci, “Hati yang Hancur” (Gospel Library) untuk bantuan menjawab soalan ini.
Untuk lebih lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.