Ikutlah Aku
4–10 Mei. “Janganlah Berontak Terhadap Tuhan, Dan Janganlah Takut”: Bilangan 11–14; 20–24; 27


“4–10 Mei. ‘Janganlah Berontak Terhadap Tuhan, Dan Janganlah Takut: Bilangan 11–14; 20–24; 27,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Perjanjian Lama 2026 (2026)

“4–10 Mei. ‘Janganlah Berontak Terhadap Tuhan, Dan Janganlah Takut,’” Ikutlah Aku: Perjanjian Lama 2026

gambar Wadi Rum

Gurun berhampiran Semenanjung Sinai

4–10 Mei: “Janganlah Berontak Terhadap Tuhan, Dan Janganlah Takut”

Bilangan 11–14; 20–24; 27

Walaupun berjalan kaki, ia tidak memerlukan 40 tahun perjalanan dari padang belantara Sinai ke negeri yang dijanjikan di Kanaan. Tetapi itulah masa yang anak-anak Israel perlukan—bukan untuk menempuh jarak geografi tetapi untuk menempuh jarak rohani: jarak di antara siapa mereka dan siapa mereka boleh menjadi sebagai umat perjanjian Tuhan.

Kitab Bilangan menggambarkan beberapa hal yang berlaku selama 40 tahun itu, termasuklah pelajaran yang anak-anak Israel perlu pelajari sebelum memasuki negeri yang dijanjikan. Mereka belajar tentang setia kepada hamba-hamba Tuhan (lihat Bilangan 12). Mereka belajar tentang mempercayai kuasa Tuhan, bahkan ketika masa depan kelihatan seperti tiada harapan (lihat Bilangan 13–14). Dan mereka belajar bahawa menjadi kurang beriman membawa kepada bahaya rohani, tetapi mereka boleh bertaubat dan memandang kepada Juruselamat untuk penyembuhan (lihat Bilangan 21:4–9).

Kita semua seperti orang Israel dalam beberapa cara. Kita tahu bagaimana rasanya berada di padang belantara rohani, dan pelajaran yang mereka pelajari dapat membantu kita mempersiapkan diri untuk memasuki negeri kita yang dijanjikan: kehidupan abadi bersama Bapa Syurgawi kita.

Untuk gambaran keseluruhan kitab Bilangan, lihat “Bilangan” dalam Panduan Tulisan Suci.

ikon pengkajian

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Bilangan 11:11–17, 24–29; 12

Wahyu tersedia untuk semua orang, tetapi Tuhan membimbing Gereja-Nya melalui nabi-Nya.

Dalam Bilangan 11:11–17, 24–29, perhatikan masalah yang Musa hadapi dan penyelesaian yang Tuhan cadangkan. Apakah maksud Musa ketika dia berkata dia berharap “agar Tuhan memberikan Roh-Nya kepada semua umat-Nya”? (ayat 29). Semasa anda merenungkan soalan ini, carilah jawapan yang mungkin dalam pesanan Presiden Russell M. Nelson “Wahyu untuk Gereja, Wahyu untuk Kehidupan Kita” (Liahona, Mei 2018, 93–96).

Mengatakan kita semua boleh menerima wahyu tidak bermaksud kita semua dapat memimpin umat Tuhan seperti Musa lakukan. Peristiwa dalam Bilangan 12 menjelaskan ini. Apakah amaran yang anda temui dalam bab ini? Apakah yang anda rasa Tuhan mahu anda fahami tentang wahyu peribadi dan mengikuti nabi-Nya?

Lihat juga 1 Nefi 10:17; Ajaran dan Perjanjian 28:1–7; Dallin H. Oaks, “Two Lines of Communication,” Liahona, Nov. 2010, 83–86.

Berfokus pada apa yang terpenting. Sesetengah orang rasa terbeban dengan cadangan pembacaan mingguan dalam Ikutlah Aku. Semasa anda menyemak garis panduan, ikutlah Roh. Pertimbangkan keperluan anda sendiri dan keperluan orang yang anda ajar. Memahami dan menerapkan sepenuhnya satu asas dalam seminggu boleh menjadi lebih membantu daripada membaca beberapa bab hanya secara dangkal.

Bilangan 12:3

“Musa seorang yang rendah hati.”

Sesetengah orang terkejut mengetahui bahawa Musa, pemimpin perkasa yang berdiri di hadapan Firaun dan melakukan mukjizat yang menakjubkan dengan kuasa Tuhan, juga seorang yang “rendah hati” (Bilangan 12:3). Apakah maksudnya untuk menjadi rendah hati? Pertimbangkan untuk mengkaji penjelasan Elder David A. Bednar dalam “Menjadi Lembut Hati dan Rendah Hati” (Liahona, Mei 2018, 30–33) atau “Rendah Hati, Kerendahan Hati” dalam Panduan Tulisan Suci (Gospel Library).

Apakah yang anda pelajari daripada teladan Musa tentang kerendahan hati dalam Keluaran 18:13–25; Bilangan 11:26–29; Bilangan 12; Ibrani 11:24–27; dan Musa 1:10–11? Anda juga boleh renungkan bagaimana Juruselamat menunjukkan kerendahan hati (lihat Matius 11:29; 27:11–14; Lukas 22:41–42; Yohanes 13:4–5). Apakah yang contoh-contoh ini ajarkan kepada anda?

Bilangan 13–14

Dengan beriman kepada Tuhan, saya boleh memiliki harapan untuk masa depan.

Semasa anda membaca Bilangan 13–14, cuba letakkan diri anda di tempat orang Israel. Mengapakah mereka ingin “balik ke Mesir”? (Bilangan 14:3). Bagaimanakah anda menggambarkan “sikap” lain yang Kaleb miliki? (Bilangan 14:24). Apakah yang anda kagum tentang iman Kaleb dan Yosua, dan bagaimanakah anda dapat terapkan teladan mereka dalam situasi yang anda hadapi?

Musa dan beberapa pengintip orang Israel

Sepuluh pengintip orang Israel takut; Yosua dan Kaleb beriman. Joshua and Caleb: Obedient Spies [Yosua dan Kaleb: Pengintip yang Patuh], oleh Douglas Klauba. © Lifeway Collection/dilesenkan dari goodsalt.com

Bilangan 21:4–9

ikon seminari
Jika saya memandang kepada Yesus Kristus dengan iman, Dia dapat menyembuh saya secara rohani.

Para nabi Kitab Mormon tahu tentang cerita yang terdapat dalam Bilangan 21:4–9 dan memahami kepentingan rohaninya. Baca ajaran mereka tentang cerita ini dalam 1 Nefi 17:40–41; Alma 33:18–22; dan Helaman 8:13–15. Berikut adalah beberapa soalan untuk direnungkan semasa anda melakukannya:

  • Apa yang ular tembaga itu wakili?

  • Apakah yang gigitan ular itu wakili?

  • Orang Israel perlu “memandang ular daripada gangsa itu” (Bilangan 21:9) untuk sembuh. Mengapa sesetengah orang enggan memandang? Adakah sesuatu yang serupa pernah berlaku kepada anda?

  • Apakah yang anda terilham untuk lakukan untuk lebih sepenuhnya “memandang Putera Tuhan dengan iman” dan disembuhkan? (Helaman 8:15).

Membaca petikan ini mungkin mengingatkan anda tentang masa-masa lain dalam tulisan suci apabila orang perlu mengekalkan fokus mereka pada Kristus. Contohnya, bandingkan pesanan Bilangan 21:4–9 dengan Matius 14:25–31 dan 1 Nefi 8:24–28 (lihat juga gambar di akhir garis panduan minggu ini). Apakah yang cenderung menarik kita daripada Kristus? Bagaimanakah Dia memberkati orang yang kekal fokus kepada-Nya?

Lihat juga “Jika ‘Ku Kenangkan Yesus” (Nyanyian Rohani, no. 56).

Bilangan 22–24

Saya boleh mengikuti kehendak Tuhan, bahkan jika orang lain berusaha meyakinkan saya untuk tidak melakukannya.

Ketika Balak, raja Moab, mengetahui bahawa orang Israel sedang mendekati, dia memanggil Bileam, seorang yang dikenal dalam mengucapkan berkat dan kutukan. Balak mahu dia mengutuk orang Israel. Perhatikan bagaimana Balak berusaha meyakinkan Bileam (lihat Bilangan 22:5–7, 15–17), dan fikirkan godaan yang mungkin anda hadapi untuk menentang kehendak Tuhan. Apakah yang anda kagum tentang jawapan Bileam dalam Bilangan 22:18, 38; 23:8, 12, 26; 24:13? Sedihnya, Bileam akhirnya menyerah pada tekanan dan mengkhianati Israel (lihat Bilangan 31:16; Yudas 1:11). Renungkan bagaimana anda dapat kekal setia kepada Tuhan walaupun ada tekanan daripada orang lain.

ikon bahagian kanak-kanak

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Bilangan 11:4–10

Saya dapat bersyukur dengan apa yang Tuhan berikan kepada saya.

  • Tanya anak-anak anda jika mereka ingat beberapa mukjizat yang Tuhan lakukan untuk membantu orang Israel (lihat “Wabak-wabak Mesir” dan “Paskah” dalam Cerita-cerita Perjanjian Lama, 67–74). Kemudian anda boleh meringkaskan Bilangan 11:4–10 untuk mereka, tekankan bahawa orang Israel telah melupakan berkat mereka dan merungut. Apakah berkat-berkat yang kadang-kadang kita lupa?

  • Semasa anda nyanyikan atau mendengar lagu tentang kesyukuran, seperti “Hitung Berkatmu” (Nyanyian Rohani, no. 111), anak-anak anda boleh melukis gambar berkat-berkat yang Tuhan telah berikan kepada mereka.

Bilangan 12

Tuhan mahu saya mengikuti nabi-Nya.

  • Untuk memperkenalkan Bilangan 12, anda boleh memberitahu anak-anak anda bahawa Tuhan tidak gembira dengan Harun dan Miryam, abang dan kakak Musa. Jemput mereka untuk membaca Bilangan 12:1-8 untuk ketahui jawapan. Pertimbangkan untuk gunakan Buku Seni Injil untuk membantu anak-anak anda mencari contoh orang dalam tulisan suci yang menghormati nabi Tuhan dan diberkati. Bagaimanakah kita diberkati ketika kita mengikuti nabi Tuhan?

Bilangan 21:6–9

Saya boleh memandang kepada Yesus Kristus.

  • Anda boleh menggunakan “Musa dan Ular Tembaga” dalam Cerita-cerita Perjanjian Lama, 83–84, untuk membantu anak-anak anda mempelajari apa yang berlaku dalam Bilangan 21:6–9. Bagaimanakah ular tembaga itu seperti Yesus Kristus? (lihat Yohanes 3:14–15). Anak-anak anda mungkin seronok membuat ular daripada kertas dan menulis di atasnya beberapa hal mudah yang mereka boleh lakukan untuk “memandang Putera Tuhan dengan iman” (Helaman 8:15).

    1:2

    Moses and the Brass Serpent

  • Anak-anak yang lebih tua boleh memilih salah satu tulisan suci berikut dan berkongsi apa yang ia tambahkan kepada pemahaman mereka tentang cerita ini: 1 Nefi 17:41; Alma 33:18–20; Helaman 8:13–15; Ajaran dan Perjanjian 6:36.

ular tembaga

Bronze Serpent [Ular Gangsa], oleh Brent Evans

Bilangan 22–24

Saya boleh mengikuti kehendak Tuhan, bahkan jika orang lain berusaha meyakinkan saya untuk tidak melakukannya.

  • Ringkaskan Bilangan 22:1–18 untuk anak-anak anda, tekankan bagaimana Bileam menolak untuk mengutuk umat Tuhan, meskipun Balak, raja Moab, menawarkannya penghormatan dan kekayaan. Kemudian anda boleh bantu anak-anak anda mencari ayat-ayat berikut untuk frasa yang mereka rasa menunjukkan bahawa Bileam mahu mengikuti Tuhan: Bilangan 22:18; 23:26; 24:13. Mungkin anak-anak anda boleh memilih satu frasa yang mereka suka dan tuliskan pada kad untuk membantu mereka ingat untuk mematuhi Tuhan.

Untuk lebih lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.

imej komposit yang menunjukkan Yesus di atas salib, ular tembaga, Yesus membantu Petrus berjalan di atas air, dan penglihatan Lehi

Kiri atas: The Crucifixion of Christ [Penyaliban Kristus]. Kanan atas: Moses and the Brass Serpent [Musa dan Ular Tembaga], oleh Judith Mehr. Kiri bawah: Finisher of Faith [Penamat Iman], oleh Kelsy dan Jesse Lightweave Kanan bawah: Lehi’s Dream [Mimpi Lehi], oleh Jerry Thompson

Halaman aktiviti Sekolah Primer: Saya boleh memandang kepada Yesus Kristus