Ikutlah Aku
24–30 Ogos. “Aku Akan Menceritakan Apa Yang Telah Dilakukan-Nya untuk Aku” : Mazmur 49–51; 61–66; 69–72; 77–78; 85–86


“24–30 Ogos. ‘Aku Akan Menceritakan Apa Yang Telah Dilakukan-Nya untuk Aku’: Mazmur 49–51; 61–66; 69–72; 77–78; 85–86,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Perjanjian Lama 2026 (2026)

“24–30 Ogos. ‘Aku Akan Menceritakan Apa Yang Telah Dilakukan-Nya untuk Aku,’” Ikutlah Aku: Perjanjian Lama 2026

Yesus memegang pelita pada waktu malam

Saving That Which Was Lost [Menyelamat Orang yang Sesat], oleh Michael Malm

24–30 Ogos: “Aku Akan Menceritakan Apa yang Telah Dilakukan-Nya untuk Aku”

Mazmur 49–51; 61–66; 69–72; 77–78; 85–86

Para penulis Mazmur berkongsi perasaan yang sangat peribadi dalam puisi mereka. Mereka menulis tentang perasaan berputus asa, ketakutan, dan penyesalan. Ada kalanya, mereka bahkan merasa ditinggalkan oleh Tuhan, dan beberapa mazmur membawa nada kekecewaan atau putus asa. Jika anda pernah berasa seperti ini, membaca Mazmur dapat membantu anda mengetahui bahawa anda tidak bersendirian. Tetapi anda akan juga temui mazmur yang dapat mengalakkan anda ketika anda mengalami perasaan seperti itu, kerana para pemazmur juga memuji Tuhan atas kebaikan-Nya, mengagumi kuasa-Nya, dan bersukacita dalam belas kasihan-Nya. Mereka tahu bahawa kita telah dibebani oleh kejahatan dan dosa tetapi Tuhan “baik dan suka mengampuni” (Mazmur 86:5). Mereka memahami bahawa beriman kepada Tuhan tidak bermaksud bahawa anda tidak akan pernah bergelut dengan kegelisahan, dosa, atau ketakutan. Ini bermaksud anda tahu kepada siapa anda harus berpaling ketika anda berasa sedemikian.

ikon pengkajian

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Mazmur 49; 62:5–12

Penebusan hanya datang melalui Yesus Kristus.

Mazmur 49 mempunyai pesanan untuk “baik orang biasa mahupun orang terkemuka, baik orang miskin mahupun orang kaya” (ayat 2). Menurut anda apakah pesanan ini? Apakah yang anda rasa Mazmur 62:5–12 tambahkan kepada pesanan itu?

Membaca mazmur boleh mengilhami anda untuk merenungkan cara-cara kita digoda untuk mempercayai sesuatu selain daripada penebusan Tuhan (lihat Mazmur 49:6–7). Bagaimanakah kehidupan anda dipengaruhi oleh kesaksian anda bahawa “Tuhan akan melepaskan [anda] daripada kuasa maut”? (Mazmur 49:16).

Mazmur 51; 85–86

ikon seminari
Kerana belas kasihan Juruselamat, saya boleh diampuni.

Raja Daud menulis Mazmur 51 selepas dia menyedari keperluan mendesaknya untuk pengampunan—sesuatu yang kita semua perlukan. Ayat manakah yang menggambarkan perasaan yang anda alami? Apakah yang anda temui dalam mazmur ini yang memberi anda harapan untuk pengampunan?

Anda juga boleh menyelidiki Mazmur 51 untuk petunjuk tentang apa maksud bertaubat. Senaraikan apa yang anda temui. Lihat jika anda boleh menambah ke senarai dengan menyelidiki pesanan Presiden Russell M. Nelson “kita Boleh Melakukan Lebih Baik dan Menjadi Lebih Baik” (Liahona, Mei 2019, 67–69).

Bagaimanakah anda menggambarkan perasaan menerima pengampunan melalui Kristus? Jika anda perlukan bantuan untuk menggambarkan perasaan anda, anda boleh lihat dalam Mazmur 51:1–2, 7–12; 85:2–9. Sesetengah orang suka melukis atau mencari gambar untuk mengungkapkan perasaan mereka; anda boleh mencubanya. Anda juga boleh menyanyi atau mendengar lagu rohani tentang Juruselamat, seperti “Ku Berdiri Kagum” (Nyanyian Rohani, no. 82).

Untuk bertaubat, kita perlukan beriman bahawa Yesus Kristus bukan sahaja boleh membersihkan kita tetapi Dia akan buat demikian. Apakah yang anda temui dalam Mazmur 86:5, 13, 15 yang membantu anda tahu bahawa Juruselamat mampu dan bersedia untuk mengampuni?

Lihat juga Alma 36; Peter F. Meurs, “Dia Boleh Menyembuhkan Saya!,” Liahona, Mei 2023, 39–41.

Mazmur 51:13–15; 66:5–20; 71:15–24

Kesaksian saya tentang Yesus Kristus boleh membantu orang lain datang kepada-Nya.

Renungkan bagaimana anda memperoleh kesaksian anda tentang Yesus Kristus dan kuasa penebusan-Nya. Kemudian, semasa anda mengkaji Mazmur 51:13–15; 66:5-20; 71:15–24, fikirkan bagaimana anda dapat menjemput orang lain untuk “marilah dan lihatlah apa yang telah dilakukan Tuhan”(Mazmur 66:5). Jika anda “menceritakan apa yang telah dlakukan [Tuhan] untuk [anda]” (Mazmur 66:16), apakah yang akan anda ceritakan?

Apakah maksudnya untuk anda “sepanjang hari mengisahkan kesolehan [Tuhan]”? (Mazmur 71:24).

Lihat juga Alma 26.

seorang pemuda berkongsi tulisan suci dengan orang lain

“Marilah dan dengarlah, … Aku akan menceritakan apa yang telah dilakukan [Tuhan] untuk aku” (Mazmur 66:16).

Mazmur 63; 69; 77–78

Tuhan akan membantu saya pada saat saya memerlukan.

Beberapa mazmur menggambarkan bagaimana rasanya berasa jauh daripada Tuhan dan sangat memerlukan bantuan-Nya (lihat Mazmur 63:1, 8; 69:1–8, 18–21; 77:1–9). Dalam Mazmur 63; 69; 77–78, apakah yang anda temui yang memberi para penulis mazmur jaminan?

Ketika anda merasa tertekan, bagaimanakah ia membantu anda untuk “mengingat perbuatan [Tuhan]” dan “keajaiban yang [Tuhan] lakukan pada zaman dahulu”? (Mazmur 77:11). Beberapa keajaiban tersebut digambarkan dalam Mazmur 78. Semasa anda membaca tentangnya, renungkan apa yang membantu anda “berharap kepada Tuhan” (ayat 7).

Untuk lebih lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan Untuk Kekuatan Remaja.

ikon bahagian kanak-kanak

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Oleh kerana hari Ahad ini adalah hari Ahad kelima, pengajar Sekolah Primer digalakkan untuk menggunakan aktiviti pembelajaran dalam “Lampiran B: Menyediakan Kanak-Kanak untuk Seumur Hidup di Jalan Perjanjian Tuhan.”

Mazmur 51; 86:5, 13, 15,

Apabila saya membuat pilihan yang salah, Yesus Kristus boleh membantu saya berubah.

  • Untuk membantu anak-anak anda menemui kebenaran tentang pertaubatan dalam Mazmur 51, anda boleh melukis hati yang besar. Kemudian anda boleh membantu anak-anak anda menulis di dalam bentuk hati hal-hal buruk yang Setan goda kita untuk lakukan. Bagaimana kita singkirkan hal-hal ini dari hati kita? Minta anak-anak anda untuk mencari perkataan “hati” dalam Mazmur 51:10, 17. Bercakap tentang apa yang ayat-ayat ini ajarkan tentang pertaubatan. Biarkan anak-anak anda memadam kata-kata di dalam hati dan tulis perkataan baharu yang menggambarkan cara Yesus boleh mengubah kita apabila kita bertaubat.

  • Anda boleh membantu anak-anak anda belajar maksud “hati yang remuk dan sesal” (Mazmur 51:19). Mereka boleh bergilir-gilir memecahkan sesuatu yang mempunyai kulit keras, seperti telur atau kacang. Anda boleh membantu mereka membandingkan cangkerang dengan hal-hal yang menghalang kita daripada merasakan kasih Bapa Syurgawi. Bagaimanakah kita dapat membuka hati kita kepada-Nya?

  • Anda juga boleh melihat gambar Juruselamat bersama dan tanya anak-anak anda apakah kata-kata yang mereka akan gunakan untuk menggambarkan Dia. Jemput mereka mencari kata-kata yang menggambarkan Dia dalam Mazmur 86:5, 13, 15. Mengapakah ia penting untuk mengetahui hal-hal ini tentang Dia?

Mazmur 61:3–4

Yesus Kristus ialah batu saya.

  • Anak-anak anda boleh melukis gambar simbol-simbol dalam Mazmur 61:3–4. Bagaimanakah Yesus Kristus seperti “batu” yang tinggi (ayat 3), “tempat perlindungan,” dan “pertahanan yang kuat”? (ayat 4).

menara pengawal yang dibina dari batu

“Engkaulah pelindungku, pertahanan yang kuat” (Mazmur 61:4).

Mazmur 66:16; 77:11; 78:6–7

“Aku akan mengingat perbuatan [Tuhan].”

  • Minta anak-anak anda berkongsi beberapa cerita tulisan suci kegemaran mereka (gambar daripada Buku Seni Injil boleh membantu). Apakah yang cerita ini ajarkan kita tentang Tuhan? Anda boleh membaca bersama Mazmur 66:16 dan bergilir menjawab soalan “Apakah yang telah Tuhan lakukan untuk saya”?

  • Semasa anda membaca Mazmur 77:11; 78:6–7 bersama, anda boleh saling berkongsi bagaimana anda cuba “mengingat perbuatan Tuhan” (Mazmur 77:11), termasuk perbuatan-Nya dalam hidup anda. Bagaimanakah sakramen membantu kita “selalu mengingati”? (Moroni 4:3; 5:2).

Mazmur 71:8

Saya boleh memberitahu orang lain tentang Yesus Kristus.

  • Selepas membaca Mazmur 71:8 bersama anak-anak anda, jemput mereka untuk melukis satu mulut yang besar. Minta mereka membantu anda “mengisi” mulut itu dengan gambar atau kata-kata yang mewakili hal-hal yang kita boleh beritahu orang lain tentang Yesus Kristus.

  • Anda boleh mengedarkan satu gambar Yesus Kristus. Orang yang memegang gambar itu boleh beritahu satu hal yang mereka tahu tentang Dia. Bagaimanakah kita dapat membantu orang lain tahu tentang hal-hal ini?

Kanak-kanak ada banyak untuk dikongsi. “Ketika kanak-kanak belajar sesuatu yang baharu, mereka secara semula jadi ingin berkongsi dengan orang lain. Galakkan hasrat ini dengan memberi kanak-kanak peluang untuk mengajar asas-asas injil kepada satu sama lain, ahli keluarga mereka, dan kawan-kawan mereka. Minta mereka untuk berkongsi dengan anda pemikiran, perasaan, dan pengalaman mereka yang berkaitan dengan asas-asas yang anda ajarkan. Anda akan mendapati bahawa mereka mempunyai pemahaman yang mudah, suci, dan berkuasa” (Mengajar dengan Cara Juruselamat, 32).

Mazmur 86:7

Bapa Syurgawi mendengar dan menjawab doa-doa saya.

  • Kebanyakan mazmur adalah seperti doa kepada Tuhan. Semasa anda membaca Mazmur bersama anak-anak anda, anda boleh tunjukkan mereka benda yang boleh kita gunakan untuk berkomunikasi dengan orang yang jauh, seperti telefon atau surat. Kemudian baca Mazmur 86:7. Bagaimanakah kita “berseru” kepada Bapa Syurgawi? Bagaimana Dia menjawab kita?

  • Anda boleh menyanyi bersama lagu tentang doa, seperti “Doa Seorang Anak” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 6; lihat juga Susan H. Porter, “Berdoa, Dia Ada,” Liahona, Mei 2024, 77–79). Saling ceritakan tentang masa ketika Tuhan telah menjawab doa anda.

Untuk lebih lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.

potret Yesus

Come unto Christ [Datanglah kepada Kristus], oleh Casey Childs

Halaman aktiviti Sekolah Primer: Apabila saya membuat pilihan yang salah, Yesus Kristus boleh membantu saya berubah