Ikutlah Aku
3–9 Ogos. “Untuk Saat-saat seperti Inilah Kamu Sudah Dipilih”: Ester


“3–9 Ogos. ‘Untuk Saat-saat seperti Inilah Kamu Sudah Dipilih’: Ester,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Perjanjian Lama 2026 (2026)

“3–9 Ogos. ‘Untuk Saat-saat seperti Inilah Kamu Sudah Dipilih,’” Ikutlah Aku: Perjanjian Lama 2026

Ester melutut di hadapan raja

Queen Esther Saves Jehovah’s People [Permaisuri Ester Menyelamatkan Umat Yehovah], oleh Sam Lawlor

3–9 Ogos: “Untuk Saat-saat seperti Inilah Kamu Sudah Dipilih”

Ester

Banyak peristiwa dalam kitab Ester mungkin kelihatan seperti nasib baik atau kebetulan. Bagaimana lagi anda boleh menjelaskan bagaimana seorang gadis yatim piatu Yahudi menjadi permaisuri Persia pada waktu yang tepat untuk menyelamatkan bangsanya dari dibunuh? Apakah kebarangkaliannya sepupu Ester, Mordekhai kebetulan terdengar rancangan untuk membunuh raja? Adakah ini kebetulan, atau itu sebahagian dari rancangan ilahi? Elder Ronald A. Rasband mengatakan: “Apa yang dilihat sebagai satu kebetulan, sebenarnya diawasi oleh Bapa di Syurga. … Tuhan berada di dalam butiran kecil hidup kita” (“Dengan Rancangan Ilahi,” Liahona, Nov. 2017, 56). Kita mungkin tidak sering menyedari pengaruh Tuhan dalam “butiran kecil” ini. Namun kita pelajari dari pengalaman Ester bahawa Tuhan dapat membimbing jalan kita dan menyediakan kita “untuk saat-saat” (Ester 4:14) di mana kita dapat menjadi alat dalam tangan-Nya untuk memenuhi tujuan-Nya.

Untuk gambaran keseluruhan kitab Ester, lihat “Ester” dalam Panduan Tulisan Suci.

ikon pengkajian

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Ester

ikon seminari
Tuhan letakkan saya dalam situasi di mana saya boleh memberkati orang lain.

Presiden Dieter F. Uchtdorf mengajar bahawa setiap kita “berdiri di tempat yang unik dan mempunyai tugas penting yang hanya [kita] boleh laksanakan. … Tuhan memberi anda tanggungjawab anda atas sebab tertentu. Mungkin ada orang dan hati yang hanya anda boleh jangkau dan sentuh. Mungkin tiada orang lain boleh melakukannya dalam cara yang sama” (“Lift Where You Stand,” Liahona, Nov. 2008, 56).

Semasa anda membaca cerita Ester, renungkan bagaimana kenyataan ini berguna kepadanya. Carilah cara Tuhan membolehkan Ester menyelamatkan orang Yahudi, (lihat, contohnya, Ester 2:21–23; 3:10–14; 4:14–16). Kemudian renungkan bagaimana Dia telah memberi anda peluang untuk memberkati orang lain. Apakah keadaan atau hubungan yang telah Dia pimpin anda untuk berada untuk “saat-saat seperti inilah”? (Ester 4:14). Jika anda mempunyai berkat bapa bangsa, pertimbangkan untuk membacanya untuk ketahui lebih tentang pekerjaan yang Tuhan ada untuk anda. Apa yang boleh anda lakukan untuk mencapai pekerjaan ini?

Lihat juga “For Such a Time as This” (video), ChurchofJesusChrist.org.

13:44

For Such a Time as This

Kita belajar lebih banyak dengan melakukan daripada mendengar. Elder David A. Bednar menasihati pengajar: “Niat kita tidak seharusnya menjadi ‘Apa yang saya beritahu mereka?’ Sebaliknya, soalan-soalan untuk tanya diri kita adalah ‘Apakah yang saya boleh jemput mereka untuk lakukan? Apakah soalan berilham yang saya boleh tanya, jika mereka sudi untuk menjawab, akan mula menjemput Roh Kudus ke dalam kehidupan mereka?’” (dalam Mengajar dengan Cara Juruselamat, 25). Jika anda mengajar keluarga anda atau kelas tentang Ester, apakah yang boleh anda minta mereka lakukan yang akan membantu mereka belajar?

Mordekhai melihat Haman menunggang kuda di jalan

“Haman sangat marah apabila dia mengetahui bahawa Mordekhai tidak mahu bersujud kepadanya” (Ester 3:5).

Ester 3; 5:9–147

Keangkuhan dan kemarahan boleh membawa kepada kejatuhan.

Dalam kitab Ester, kita belajar dari kesetiaan Ester dan Mordekhai, tapi kita juga belajar dari keangkuhan dan kemarahan Haman. Semasa anda membaca Ester 3; 5:9–14, perhatikan perasaan, kata-kata, dan tindakan Haman. Apakah yang ia ajarkan tentang Haman dan niatnya? Apakah kesan-kesan yang dia hadapi? (lihat Ester 7). Membaca tentang Haman boleh mendorong anda untuk menilai niat perasaan dan tindakan anda. Adakah anda terilham untuk melakukan sebarang perubahan? Bagaimanakah anda boleh berpaling kepada Bapa Syurgawi untuk bantuan?

Lihat juga Amsal 16:32; Alma 5:28.

Ester 3–4; 5:2–3; 8:11–12

Puasa menunjukkan bahawa saya percaya dan bergantung kepada Tuhan.

Perhatikan mengapa Ester dan orang Yahudi yang lain memutuskan untuk berpuasa (lihat Ester 3:13; 4:1–3, 10–17). Bagaimanakah berpuasa memberkati mereka? (lihat Ester 5:2–3; 8:11–12). Mengapakah Tuhan meminta kita untuk berpuasa? Pertimbangkan bagaimana anda boleh menjadikan puasa sebagai berkat yang lebih besar dalam hidup anda.

Lihat juga Yesaya 58:6–12.; “Fasting: Young Single Adult Ward, Amanda” (video), ChurchofJesusChrist.org.

2:41

Fasting: Young Single Adult Ward, Amanda

Ester 3:1–11; 4:10–17; 5:1–4; 9:17–19

Melakukan hal yang benar sering memerlukan keberanian yang besar.

Ketika Mordekhai dan Ester memperjuangkan kepercayaan dan orang-orang mereka, mereka merisikokan nyawa mereka. Pilihan kita mungkin mempunyai akibat yang kurang teruk, tetapi melakukan hal yang benar masih memerlukan keberanian. Apakah yang anda pelajari dari Ester 3:1–4; 4:10–17 tentang memiliki keberanian untuk melakukan hal yang benar? Perhatikan perbezaan kesan-kesan yang Mordekhai dan Ester alami selepas menunjukkan keberanian (lihat Ester 3:5–11; 5:1–4). Apakah yang Ester dan Mordekai perlu tahu tentang Tuhan untuk membuat pilihan yang mereka buat?

Fikirkan situasi di mana anda memerlukan keberanian untuk memperjuangkan apa yang benar. Apakah yang anda pelajari daripada Ester dan Mordekai yang boleh membantu anda mencari keberanian dalam Tuhan?

Keberanian Ester membawa kepada hari kegembiraan (lihat Ester 9:17–19). Bagaimanakah keberanian seperti Kristus memberi anda hari kegembiraan?

Lihat juga “Courage,” “Dare to Stand Alone” (videos), Gospel Library; “Teguh pada Iman,” Nyanyian Rohani, no. 121.

3:19

Courage

4:20

Dare to Stand Alone

Untuk lebih lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan Untuk Kekuatan Remaja.

ikon bahagian kanak-kanak

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Ester 2:5–7

Saya boleh melayani keluarga saya.

  • Anda mungkin terilham untuk menggunakan Ester 2:7 untuk mengajar anak-anak anda tentang membantu ahli keluarga yang memerlukan, seperti yang Mordekai lakukan untuk Ester. Anda boleh membaca ayat itu bersama atau ringkaskannya dengan kata-kata anda sendiri. Kemudian anda dan anak-anak anda boleh fikirkan ahli keluarga yang mungkin memerlukan bantuan anda. Buat rancangan untuk membantu mereka.

Ester 3:1–11; 4:10–17

Tuhan boleh membantu saya menjadi berani.

  • Teladan Ester dan Mordekhai boleh membantu anak-anak anda memahami bahawa keberanian bermaksud melakukan apa yang benar walaupun anda takut. Pertimbangkan untuk menulis frasa Mordekhai berani apabila dia … dan Ester berani apabila dia … . Semasa anda mempelajari cerita Ester bersama, anak-anak anda boleh mencadangkan cara untuk melengkapkan ayat-ayat itu. Anda boleh membaca Ester 3:1–11; 4:10–17 atau “Permaisuri Ester” (dalam Cerita-cerita Perjanjian Lama, 166–70) atau lihat gambar-gambar dalam garis panduan ini. Kemudian tulis Saya akan berani dengan … , dan jemput anak-anak untuk senaraikan hal-hal yang Bapa Syurgawi mahu mereka lakukan yang memerlukan keberanian. Lagu tentang keberanian, seperti “Kebenaran” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 80), boleh membantu.

    2:45

    Queen Esther

  • Anda juga boleh pelajari tentang masa-masa ketika Yesus Kristus berani— contohnya, ketika Dia menderita kerana dosa-dosa kita di Getsemani dan di atas kayu salib (lihat Matius 26:36–39; 27:33–35). Minta anak-anak anda berkongsi masa ketika mereka berani, dan berkongsi pengalaman anda sendiri juga.

Ester 4:1–3, 10–17

Puasa membawa berkat Tuhan.

  • Membaca Ester 4:1–3, 10–17 boleh membantu anda mengajar anak-anak anda tentang puasa. Mengapa Ester dan orang Yahudi berpuasa? Beritahu anak-anak anda mengapa anda berpuasa. Anda juga boleh tanya mereka bagaimana mereka akan menjelaskan puasa kepada kawan yang tidak pernah melakukannya sebelum ini. Bagaimanakah kita boleh membantu kawan-kawan kita memahami berkat yang datang daripada berpuasa?

  • Galakkan anak-anak anda untuk fikirkan sesuatu yang mereka mungkin perlukan bantuan Tuhan. Cadangkan mereka menjadikan ia sebahagian dari puasa mereka semasa hari Ahad puasa berikutnya.

Permaisuri Ester berdiri di sebelah raja

Kerana Ester berani, dia dapat menyelamatkan umat Tuhan.

Ester 4:14

Saya boleh menjadi alat di tangan Tuhan.

  • Bantu anak-anak anda fahami apabila Ester takut, Mordekhai menggalakkannya dengan menjelaskan bahawa Tuhan telah membantunya menjadi permaisuri “untuk saat-saat seperti inilah” (Ester 4:14). Apa yang Mordekhai maksudkan dengan ini? Saling berbincang tentang bagaimana Ester adalah alat bagi Tuhan. Bagaimanakah kita boleh dapat menjadi alat Tuhan?

  • Bagaimanakah anda boleh membantu anak-anak anda memahami apa itu alat? Mungkin anda boleh menjemput seseorang untuk memainkan lagu pada alat muzik atau tunjukkan gambar seseorang menggunakan alat. Anda kemudian boleh bercakap tentang apa maksudnya menjadi alat di tangan Tuhan.

Untuk lebih lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.

Permaisuri Ester

Queen Esther [Permaisuri Ester], oleh Minerva K. Teichert, © William dan Betty Stokes

Halaman aktiviti Sekolah Primer: Tuhan boleh membantu saya menjadi berani