“10–16 Ogos. ‘Namun Aku Akan Membela Perkaraku di Hadapan-Nya’: Ayub 1–3; 12–14; 19; 21–24; 38–40; 42,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Perjanjian Lama 2026 (2026)
“10–16 Ogos. ‘Namun Aku Akan Membela Perkaraku di Hadapan-Nya,’” Ikutlah Aku: Perjanjian Lama 2026
The Judgments of Job [Penghakiman Ayub], oleh Joseph Brickey
10–16 Ogos: “Namun Aku Akan Membela Perkaraku di Hadapan-Nya”
Ayub 1–3; 12–14; 19; 21–24; 38–40; 42
Ia adalah biasa untuk persoalkan mengapa hal buruk berlaku kepada orang baik—atau dalam hal ini, mengapa hal baik berlaku pada orang jahat. Mengapakah Tuhan, yang adil, mengizinkannya? Kitab Ayub meneroka soalan-soalan seperti ini. Ayub adalah salah seorang daripada orang baik yang dilanda banyak hal buruk. Kerana ujian Ayub, kawan-kawannya tertanya-tanya jika dia benar-benar orang yang baik. Ayub pertahankan kesolehannya dan tertanya-tanya jika Tuhan benar-benar adil. Tetapi di sebalik penderitaan dan persoalannya, Ayub mempertahankan integriti dan imannya kepada Yesus Kristus. Dalam kitab Ayub, iman dipersoalkan dan diuji tetapi tidak pernah ditinggalkan sepenuhnya. Itu tidak bermaksud semua soalan telah pun dijawab. Tetapi kitab Ayub mengajarkan bahawa sehingga ia dijawab, soalan boleh wujud bersama dengan iman. Dan tidak kira apa yang berlaku pada masa itu, kita boleh berkata tentang Tuhan kita, “Namun aku akan membela perkaraku di hadapan-Nya” (Ayub 13:15).
Untuk gambaran keseluruhan kitab Ayub, lihat “Ayub” dalam Panduan Tulisan Suci (Gospel Library).
Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja
Ayub 1–3; 12–13
Saya boleh mempercayai Tuhan dalam semua keadaan.
Bab-bab pembukaan Ayub menekankan, dengan cara puitis, peranan Setan sebagai musuh atau penuduh kita; ia tidak menggambarkan interaksi nyata antara Tuhan dan Setan. Semasa anda membaca apa yang Setan katakan tentang Ayub (lihat Ayub 1:9–11; 2:4–5), anda boleh bertanya kepada diri sendiri, “Mengapa saya kekal setia kepada Tuhan?” Mengapakah ia adalah berbahaya untuk mematuhi Tuhan hanya demi sebab yang Setan cadangkan?
Apakah yang anda kagum tentang tindak balas Ayub terhadap ujiannya? (lihat Ayub 1:20–22; 2:9–10).
Kawan-kawan Ayub mencadangkan bahawa Tuhan telah menghukumnya (lihat Ayub 4–5; 8; 11) Apakah masalah yang anda lihat dengan idea ini? Baca jawapan Ayub dalam bab 12–13. Apakah yang Ayub tahu tentang Tuhan yang membolehkan dia terus percaya? Apakah yang anda ketahui tentang Tuhan yang membantu anda menghadapi cabaran?
Ayub 19
Yesus Kristus ialah Penebus saya.
Kadang-kadang kita belajar kebenaran yang paling penting semasa waktu kita yang paling sukar. Renungkan ujian Ayub yang digambarkan dalam Ayub 19:1–22 dan kebenaran yang dia nyatakan dalam ayat 23–27. Bagaimana anda tahu bahawa Penebus anda hidup? Apakah perbezaan yang pengetahuan ini buat dalam hidup anda?
Pertimbangkan menyanyi bersama satu lagu rohani tentang Juruselamat, seperti “Dia Hidup Sang Penebusku” (Nyanyian Rohani, no.53). Apakah kata-kata daripada lagu rohani ini yang menyatakan perasaan anda tentang-Nya?
Lihat juga Ajaran dan Perjanjian 121:1–12; 122.
Ayub 21–24
“Jika aku diuji, terbukti kemurnian hatiku.”
Dalam Ayub 21–24, anda akan membaca perdebatan antara Ayub dan kawan-kawannya. Di tengah-tengah perdebatan ini terdapat satu soalan yang ramai orang tanya: Mengapa orang soleh kadang-kadang menderita?
Walaupun kita tidak mempunyai semua jawapan, dalam injil Yesus Kristus yang dipulihkan, kita mempunyai beberapa kebenaran yang boleh membantu kita memahami kesukaran dan penderitaan. Di bawah ialah tulisan suci zaman akhir yang mengandungi beberapa kebenaran ini. Apakah yang tulisan suci ini ajarkan kepada anda mengenai Bapa Syurgawi dan rancangan-Nya?
Anda juga boleh membaca ajaran Presiden Spencer W. Kimball tentang kesukaran dalam “Tragedy or Destiny?” (Teachings of Presidents of the Church: Spencer W. Kimball (2011), 11–21).
Berdasarkan apa yang telah anda kaji, bagaimana anda boleh menjawab soalan seperti “Mengapa Tuhan membenarkan orang soleh menderita?”
Calm and Stars [Tenang dan Bintang-bintang], oleh Yongsung Kim. Imej dengan ihsan havenlight.com
Ayub 38–40; 42
Perspektif Tuhan lebih besar dari pandangan saya.
Kecewa dengan tuduhan kawan-kawannya (lihat Ayub 16:1–5; 19:1–3), Ayub berulang kali bertanya kepada Tuhan mengapa dia terpaksa menderita begitu banyak (lihat Ayub 19:6–7; 23:1–9; 31). Tuhan tidak memberi alasan yang jelas dalam kitab Ayub. Tetapi Dia mengajar pesanan penting dalam bab 38–40. Bagaimanakah anda akan meringkaskan pesanan itu? Contohnya, apakah yang anda pelajari daripada soalan Tuhan dalam Ayub 38:1–7, 18–24?
Anda akan perasan bahawa Tuhan bercakap kepada Ayub tentang beberapa ciptaan-Nya dan karya besar yang lain (lihat Ayub 38–39). Anda mungkin melihat beberapa ciptaan tersebut (atau gambarnya). Bagaimanakah hal-hal ini membantu anda berfikir secara berbeza tentang Tuhan? tentang ujian anda? Bagaimanakah ia mengubah perspektif Ayub? (lihat Ayub 42:1–6; lihat juga Musa 1:8–10).
Berikut ialah dua pesanan persidangan umum yang boleh membantu mengubah perspektif kita: Tamara W. Runia, “Melihat Keluarga Tuhan melalui Kanta Keseluruhan” (Liahona, Nov. 2023, 62–69); Russell M. Nelson, “Berfikiran Selestial!” (Liahona, Nov. 2023, 117–20). Dalam mana-mana pesanan, cari sesuatu yang anda ingin ingat apabila ujian anda kelihatan membebankan. Bagaimanakah anda akan mengingatkan diri anda tentang apa yang anda pelajari?
Jadilah kreatif. Pembelajaran tidak semestinya hanya terdiri daripada membaca, berfikir, dan bercakap. Kadang-kadang pembelajaran yang paling diingati datang dalam cara yang aktif secara fizikal. Contohnya, apabila anda membaca tentang bagaimana Tuhan mengubah perspektif Ayub dalam Ayub 38–40, anda boleh berjalan-jalan dan melihat beberapa ciptaan Tuhan, besar dan kecil. Atau anda boleh melihat objek dari perspektif yang berbeza—dari atas, bawah, dekat, jauh, dan sebagainya.
Untuk lebih lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan Untuk Kekuatan Remaja.
Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak
Ayub 1–2; 12; 19
Iman kepada Yesus Kristus akan membantu saya semasa masa sukar.
-
Galakkan anak-anak anda untuk memberitahu anda apa yang mereka tahu tentang Ayub. Jika mereka perlukan bantuan, anda boleh arahkan mereka kepada Ayub 1:1, 13–22; 2:7–10 atau kepada “Ayub” (dalam Cerita-cerita Perjanjian Lama, 145–47). Bagaimanakah Ayub bertindak balas terhadap cabaran? (lihat Ayub 1:21; 2:10).
1:55Job
-
Ayub setia dalam cabarannya kerana apa yang dia tahu tentang Tuhan. Mungkin anda dan anak-anak anda boleh melihat gambar Yesus Kristus berinteraksi dengan orang lain (seperti yang di bawah atau gambar dalam Buku Seni Injil). Bercakap tentang apa yang anda tahu tentang Dia dan perwatakan Dia. Berikut ialah beberapa ayat yang menunjukkan apa yang Ayub tahu tentang Tuhan: Ayub 12:10, 13, 16; 19:25–27. Mengapakah ia berharga untuk mengetahui hal-hal ini tentang Dia?
He Healed Them All [Dia Menyembuhkan Semua Orang Sakit], oleh Michael Malm
Ayub 14:14
Kerana Yesus Kristus, saya akan hidup semula selepas saya mati.
-
Ayub bertanya satu soalan penting dalam Ayub 14:14. Mungkin anda dan anak-anak anda boleh bergilir berkongsi bagaimana anda akan menjawab Ayub. Anda boleh mencari idea dalam Alma 11:42–44, dalam video “In a Coming Day” (Gospel Library), atau dalam lagu tentang Kebangkitan, seperti “Benarkah Tuhan T’lah Bangkit?” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 45).
#BECAUSEofHIM: An Easter Message of Hope and Triumph
Ayub 16:1-5; 22:5
Kawan baik saling menaikkan semangat dan menggalakkan satu sama lain.
-
Ketika Ayub sedang bersedih, kawan-kawannya mengatakan bahawa Tuhan telah menghukumnya kerana dia telah berdosa (lihat Ayub 22:5). Jika kita adalah kawan Ayub, bagaimana kita akan cuba membantunya? Bagaimanakah kata-kata kita dapat membantu orang lain ketika mereka sedang bersedih? (lihat Ayub 16:5). Pertimbangkan untuk tunjukkan satu atau lebih gambar dalam garis panduan ini semasa anda membincangkan soalan-soalan ini.
-
Pertimbangkan untuk meminta anak-anak anda senaraikan sifat-sifat seorang kawan yang baik dan menamakan seorang kawan yang mempunyai sifat-sifat tersebut. Kemudian anda boleh melihat gambar Yesus Kristus. Bagaimanakah Yesus adalah seorang kawan yang baik kepada kita? Anda boleh fikirkan seseorang yang mengalami masa yang sukar. Rancang bagaimana anda akan menjadi kawan seperti Kristus kepada mereka.
Ayub 19:23–27
Yesus Kristus ialah Penebus saya.
-
Selepas membaca Ayub 19:23–27, anda dan anak-anak anda boleh bercakap tentang bagaimana anda tahu bahawa Penebus kita hidup. Anda boleh bekerjasama untuk menulis kesaksian anda (atau lukisan tentang Juruselamat) dalam sebuah buku (lihat ayat 23).
-
Anda juga boleh menyanyi sebuah lagu yang bersaksi tentang Yesus Kristus, seperti “Dia Hidup Sang Penebusku” (Nyanyian Rohani, no. 53). Kongsi frasa daripada lagu rohani yang menguatkan iman anda kepada-Nya. Mengapakah ia penting untuk mengetahui bahawa Yesus Kristus hidup?
Untuk lebih lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.