“31 Ogos–6 September. ‘Pujilah Tuhan, Hai Semua Makhluk yang Hidup’”: Mazmur 102–103; 110; 116–119; 127–128; 135–139; 146–150,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Perjanjian Lama 2026 (2026)
“31 Ogos–6 September. ‘Pujilah Tuhan, Hai Semua Makhluk yang Hidup,’” Ikutlah Aku: Perjanjian Lama 2026
Reverential Return [Penghormatan Kembali], oleh Kelsy dan Jesse Lightweave
31 Ogos–6 September: “Pujilah Tuhan, Hai Semua Makhluk yang Hidup”
Mazmur 102–103; 110; 116–119; 127–128; 135–139; 146–150
Nama Yahudi tradisional untuk kitab Mazmur adalah Tehillim, perkataan Ibrani yang bermaksud “memuji.” Ia berkaitan dengan seruan halleluya (bermaksud “memuji Yehovah” atau “memuji Tuhan”). Jika anda harus memilih satu perkataan untuk menyimpulkan pesanan utama Mazmur, pujian adalah satu pilihan yang baik. Sebahagian mazmur mengandungi jemputan langsung untuk “pujilah Tuhan” (lihat terutamanya Mazmur 146–50), dan kesemuanya dapat mengilhami perasaan penyembahan dan pujian. Mazmur menjemput kita untuk mengakui kuasa Tuhan, belas kasihan-Nya, dan hal-hal hebat yang Dia telah lakukan. Kita tidak akan dapat membalas-Nya untuk semua ini, tetapi kita dapat memuji-Nya. Pujian itu berbeza untuk setiap orang—ia mungkin melibatkan nyanyian, berdoa, atau bersaksi. Ini sering membawa kepada komitmen yang lebih mendalam kepada Tuhan dan untuk mengikuti ajaran-ajaran-Nya. Apapun maksud “puji Tuhan” dalam hidup anda, anda dapat menemui ilham untuk melakukannya semasa anda membaca dan merenungkan Mazmur.
Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja
Mazmur 102–3; 116
Tuhan dapat menghiburkan saya dalam penderitaan saya.
Perhatikan bagaimana Mazmur 102:1–11 menggambarkan perasaan kerisauan dan terasing yang sering berlaku ketika cabaran. Mungkin anda atau orang lain yang anda kenali pernah mengalami perasaan sedemikian. Semasa anda membaca Mazmur 102:12–28; 103; 116, cari frasa yang memberi anda keyakinan untuk “bersyukur kepada [Tuhan]” dalam ujian anda (Mazmur 116:13). Anda boleh menanda, menghafal, atau berkongsi dengan orang lain frasa yang memberi anda harapan kepada-Nya.
Lihat juga Yesaya 25:8; Ibrani 2:17–18; Alma 7:11–13; Camille N. Johnson, “Yesus Kristus Ialah Kelegaan,” Liahona, Mei 2023, 81–83; “Di Mana Kiranya Damai Sejahtera?” (Nyanyian Rohani, no. 46).
Carl Heinrich Bloch (1834-1890), Christ Healing the Sick at Bethesda [Kristus Menyembuhkan yang Sakit di Betesda], 1883, minyak pada kanvas, 100 3/4 x 125 1/2 inci. Muzium Seni Brigham Young University, dibeli dengan dana yang disediakan oleh Jack R. dan Mary Lois Wheatley, 2001.
Mazmur 110; 118
Yesus Kristus menggenapi nubuat-nubuat daripada Mazmur.
Mazmur mengandungi ayat-ayat yang menunjukkan kepada kehidupan dan pelayanan Yesus Kristus. Berikut adalah beberapa contoh:
-
Mazmur 110:1–4 (lihat Matius 22:41–45; Ibrani 5:4–10; 6:20)
-
Mazmur 118:22 (lihat Matius 21:42; Kisah Rasul-Rasul 4:10–11; 1 Petrus 2:7)
-
Mazmur 118:25–26 (lihat Matius 21:9)
Apakah yang ayat-ayat ini ajarkan anda tentang Yesus Kristus? Mengapa ia penting untuk tahu ini tentang Dia?
Mazmur 119
Firman Tuhan akan membantu saya kekal pada jalan-Nya.
Mazmur 119 mengandungi banyak frasa yang membandingkan kehidupan kita kepada perjalanan pulang kepada Bapa Syurgawi. Semasa anda membaca, cari perkataan seperti “berjalan,” “jalan,” “cara,” “kaki,” dan “tersesat.” Renungkan perjalanan hidup anda sendiri—di mana anda pernah berada, di mana anda berada sekarang, dan ke mana anda sedang menuju. Apakah yang anda pelajari dari mazmur ini tentang perjalanan pulang anda? Apa yang telah anda pelajari dengan memerhatikan perjalanan orang lain? Menurut mazmur, apakah yang Tuhan telah sediakan untuk membantu anda kekal pada jalan-Nya?
Fikirkan tentang masa apabila mengikuti laluan atau peta membantu anda tiba ke suatu tempat dengan jayanya. Apakah yang pengalaman itu ajarkan anda tentang mengikuti jalan Tuhan?
Dalam banyak tulisan suci lain, Tuhan dan nabi-nabi-Nya bercakap tentang satu jalan. Berikut adalah beberapa contoh: Pertimbangkan untuk mencari ayat-ayat ini dan tulis atau kongsi dengan orang lain apa yang anda pelajari.
|
Tulisan suci |
Apa yang saya pelajari tentang jalan kepada Tuhan |
|---|---|
Tulisan suci Amsal 4:11–19 | |
Tulisan suci Matius 7:13–14 | |
Tulisan suci | |
Tulisan suci | |
Tulisan suci | |
Tulisan suci |
Bagaimanakah kebenaran ini boleh membantu anda kekal di jalan Tuhan?
Apakah pandangan tambahan yang boleh anda pelajari daripada nasihat Presiden Russell M. Nelson?
“Jika perjalanan kita dalam hidup ini adalah untuk berjaya, kita perlu ikut arahan ilahi. Tuhan berfirman, ‘Lihatlah kepada-Ku dalam setiap pemikiran; janganlah ragu, janganlah takut’ [Ajaran dan Perjanjian 6:36]. Ini tertulis dalam Mazmur, ‘Firman-Mu itu pelita yang memimpin aku, dan cahaya yang menerangi jalanku’ [Mazmur 119:105]. …
“Dalam perjalanan hidup anda, anda menemui banyak halangan dan buat kesilapan. Bimbingan tulisan suci menolong anda untuk mengenali kesilapan dan buat pembetulan yang diperlukan. Anda berhenti menuju ke arah yang salah. Anda mengkaji peta rohani dengan berhati-hati. Kemudian anda teruskan dengan pertaubatan dan pengembalian diperlukan untuk berjalan pada ‘lorong sempit dan kecil ini yang menuntun kepada kehidupan abadi’ [2 Nefi 31:18]” (“Living by Scriptural Guidance,” Ensign, Nov. 2000, 17).
Lihat juga Dieter F. Uchtdorf, “Anak yang Sesat dan Jalan Pulang,” Liahona, Nov. 2023, 86–88.
Mazmur 134–36
Tuhan lebih berkuasa dari sebarang patung pujaan.
Perhatikan mengapa, menurut Mazmur 135:15–18, ia adalah bodoh untuk percaya pada tuhan-tuhan palsu. Apakah yang mungkin anda tergoda untuk mempercayai yang serupa dengan pujaan palsu? Anda boleh senaraikan hal-hal yang Tuhan dapat lakukan, seperti yang pemazmur lakukan dalam Mazmur 134–36. Apakah hal-hal berkuasa yang Dia telah lakukan untuk anda?
Mazmur 139
Tuhan tahu hati saya.
Apa yang anda temui dalam Mazmur 139 yang membantu anda memahami bahawa Tuhan menyedari anda—fikiran dan tindakan, kekuatan dan kelemahan anda? Bagaimanakah kebenaran ini mempengaruhi kehidupan dan pilihan-pilihan anda?
Mazmur 146–50
“Pujilah Tuhan.”
Semasa anda membaca mazmur pujian terakhir ini, fikirkan sebab-sebab anda harus memuji Tuhan. Mengapakah ia penting untuk memuji-Nya? Apakah beberapa cara anda boleh memuji-Nya?
Untuk lebih lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan Untuk Kekuatan Remaja.
Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak
Mazmur 102:1–2
Tuhan menghiburkan saya dan memberi saya harapan.
-
Anda atau salah seorang anak-anak anda boleh membaca Mazmur 102:1–2, mencari bagaimana Tuhan membantu kita semasa kesukaran kita. Bagaimanakah kita dapat mencari bantuan-Nya? Anda juga boleh saling berkongsi masa apabila anda memerlukan bantuan dan merasakan bahawa Tuhan mendengar doa anda.
Mazmur 119:105
Firman Tuhan seperti cahaya.
-
Anak-anak anda boleh bercakap tentang bagaimana rasanya berada dalam kegelapan. Atau mereka boleh membincangkan hal-hal yang susah untuk dilakukan dalam kegelapan. Anda boleh menjemput mereka melakukan sesuatu dengan mata tertutup, seperti melukis gambar. Apakah yang kita pelajari daripada Mazmur 119:105 tentang cahaya dan firman Tuhan?
-
Cari sesuatu yang Bapa Syurgawi telah diberikan kepada kita untuk membantu kita kekal di jalan-Nya dalam ayat-ayat berikut: Mazmur 119:47–48; 119:105; 1 Nefi 11:25; 2 Nefi 31:20. Apa yang boleh kita lakukan untuk kekal di jalan Tuhan?
-
Anak-anak anda boleh melihat gambar hal-hal yang disebutkan dalam Mazmur 119:105. Mereka boleh meletak gambar itu dalam susunan semasa mereka membaca ayat itu. Anda juga boleh menyanyikan lagu yang berkaitan, seperti “Ajar ‘Ku Jalan Dalam KasihNya” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 70) atau “I Will Walk with Jesus” (Gospel Library).
Mazmur 139:1–3, 23–24
Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus mengenali dan mengasihi saya.
-
Pertimbangkan untuk membuat senarai pendek hal-hal yang anda tahu tentang setiap anak-anak anda. Semasa anda membaca senarai satu demi satu, minta anak-anak meneka siapa yang anda sedang gambarkan. Kemudian, selepas membaca Mazmur 139:1–3 bersama, anda boleh senaraikan hal-hal yang Bapa Syurgawi dan Yesus tahu tentang kita.
-
Tuliskan kata-kata Mazmur 139:23–24 pada sekeping kertas atau papan. Jemput anak-anak anda untuk menggariskan perkataan yang menggambarkan hal-hal yang Tuhan boleh lakukan untuk kita. Mengapakah kita mahu Tuhan melakukan hal-hal ini?
Mazmur 146:1, 5–9
Saya boleh puji Tuhan.
-
Jemput anak-anak anda untuk berkongsi pengalaman ketika seseorang memuji mereka atau memberitahu mereka bahawa mereka melakukan kerja yang baik. Kongsi beberapa hal baik daripada Mazmur 146:6–9 yang telah Tuhan lakukan (bantu anak-anak anda memahami perkataan yang asing). Jemput anak-anak anda untuk bercakap tentang hal lain yang Dia lakukan untuk kita. Bagaimana kita boleh memuji Dia untuk hal-hal itu?
Belajar di rumah; berkongsi dengan orang lain. Presiden Russell M. Nelson telah mengajar bahawa rumah harus menjadi “pusat pembelajaran injil” (“Menjadi Orang Suci Zaman Akhir Yang Baik,” Liahona, Nov. 2018, 13). Apakah yang boleh anda lakukan minggu ini untuk mendalami kajian peribadi atau keluarga anda tentang Mazmur? Selepas kajian anda, pertimbangkan untuk berkongsi dengan orang lain apa yang anda pelajari dan rasakan. Anda boleh melakukan ini dalam perbualan, melalui teks atau media sosial, atau di gereja.
Untuk lebih lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.