Ikutlah Aku
23 Februari–1 Mac. “Adakah Sesuatu yang Terlalu Sukar bagi Tuhan?”: Kejadian 18–23


“23 Februari–1 Mac. ‘Adakah Sesuatu yang Terlalu Sukar bagi Tuhan?’: Kejadian 18–23,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Perjanjian Lama 2026 (2026)

“23 Februari–1 Mac. ‘Adakah Sesuatu yang Terlalu Sukar bagi Tuhan?’,” Ikutlah Aku: 2026

Sara mendukung bayi Ishak

Sarah and Isaac [Sara dan Ishak], oleh Scott Snow

23 Februari–1 Mac: “Adakah Sesuatu yang Terlalu Sukar bagi Tuhan?”

Kejadian 18–23

Kehidupan Abraham dan Sara, yang dipenuhi dengan peristiwa yang memilukan dan menyentuh hati, adalah bukti kebenaran yang Abraham pelajari dalam satu penglihatan—bahawa kita berada di bumi untuk diuji, “untuk melihat adakah [kita] akan melakukan segala hal apa pun yang Tuhan Raja [kita] akan perintahkan” (Abraham 3:25). Adakah Abraham dan Sara buktikan beriman? Adakah mereka akan terus beriman dalam janji Tuhan tentang keturunan yang besar, bahkan ketika mereka masih belum mempunyai anak di usia tua mereka? Dan setelah Ishak dilahirkan, adakah iman mereka akan bertahan dalam perkara yang tidak diduga—satu perintah untuk mengorbankan anak lelaki yang melaluinya Tuhan telah berjanji untuk memenuhi perjanjian itu?

Abraham dan Sara mempercayai Tuhan, dan Dia mempercayai mereka (lihat Kejadian 15:6; Roma 4:3). Dalam Kejadian 18–23, kita temui cerita-cerita dari kehidupan Abraham, Sara, dan yang lain yang dapat mendorong kita untuk memikirkan kerelaan kita sendiri untuk mempercayai janji-janji Tuhan, untuk meninggalkan kejahatan dan tidak pernah menoleh ke belakang, dan mempercayai Tuhan tanpa mengira pengorbanan yang diperlukan. Untuk menguji kita, Tuhan juga memperbaiki kita.

ikon pengkajian

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Kejadian 18:9–14; 21:1–7

Tuhan memenuhi janji-janji-Nya dalam waktu-Nya sendiri.

Tuhan telah membuat janji-janji agung kepada yang beriman, tetapi kadang kala keadaan hidup kita dapat menyebabkan kita bertanya bagaimana janji-janji itu dapat dipenuhi. Abraham dan Sara mungkin pernah berasa seperti itu. Apakah yang anda pelajari dari pengalaman mereka? Mulakan kajian anda dengan mengkaji semula apa yang Tuhan telah janjikan dalam Kejadian 17:4, 15–22 boleh membantu. Bagaimanakah reaksi Abraham dan Sara? (lihat Terjemahan Joseph Smith, Kejadian 17:23 [dalam Kejadian 17:17, nota kaki b]; Kejadian 18:9–12). Bagaimanakah Tuhan bertindak balas untuk membantu mereka lebih percaya kepada janji-janji-Nya? (lihat Kejadian 18:14).

Apakah yang anda temui dalam ayat-ayat ini yang membina iman anda? Apakah pengalaman lain—dalam kehidupan anda atau orang lain—yang telah memperkuatkan iman anda bahawa Tuhan akan memenuhi janji-janji-Nya dalam masa dan cara-Nya sendiri? Anda juga boleh merenungkan bagaimana anda boleh menyokong iman anda apabila berkat yang dijanjikan tidak diterima dalam kehidupan ini. Apakah nasihat yang anda temui dalam Ibrani 11:8–13 dan pesanan Presiden Russell M. Nelson: “Kristus Sudah Bangkit; Iman kepada-Nya Akan Mengalihkan Bukit”? (Liahona, Mei 2021, 101–4).

Lihat juga Ajaran dan Perjanjian 88:68.

Kejadian 19:12–29

Tuhan memerintahkan saya untuk lari dari kejahatan dan tidak menoleh ke belakang.

Apakah pelajaran yang anda pelajari tentang lari dari kejahatan ketika anda membaca tentang Lot dan keluarganya? Contohnya, apakah yang anda kagum tentang apa yang malaikat katakan dan lakukan untuk membantu Lot dan keluarganya selamatkan diri dari kemusnahan? (lihat Kejadian 19:12–17). Bagaimanakah Tuhan membantu anda dan keluarga anda lari atau mencari perlindungan dari pengaruh jahat di dunia? Fikirkan tentang situasi di mana anda mungkin tergoda untuk “[menoleh]” ke belakang (ayat 26) apabila anda sepatutnya melihat ke hadapan dengan iman kepada Juruselamat. Apakah yang Lukas 9:62 tambahkan kepada pemahaman anda tentang konsep ini?

Lihat juga Terjemahan Joseph Smith, Kejadian 19:9–15 (dalam Bantuan Pengkajian).

Kejadian 19:26

Apakah kesalahan isteri Lot?

Elder Jeffrey R. Holland mengajar:

“Nampaknya, apa yang salah dengan isteri Lot ialah dia tidak hanya menoreh ke belakang; dalam hati dia mahu balik ke sana. Nampaknya sebelum dia melewati batas kota, dia sudah rindu dengan apa yang Sodom dan Gomora tawarkan kepadanya. …

“Kemungkinan isteri Lot menoleh ke belakang dengan perasaan benci terhadap Tuhan atas apa yang diminta oleh Tuhan agar ditinggalkannya. … Jadi, dia tidak setakat menoleh ke belakang; dia menoleh ke belakang dengan penuh rindu. Pendek kata, keterikatannya terhadap masa lalu melebihi keyakinannya terhadap masa depan. Itu, nampaknya, sekurang-kurangnya sebahagian daripada dosanya.

“… Saya memohon kepada anda agar tidak memikirkan detik-detik yang sudah berlalu dan tidak sia-sia menginginkan detik-detik dahulu, walau seberapa bagusnya masa lalu itu. Masa lalu adalah untuk dipelajari tetapi bukan untuk didiami. Kita menoleh ke belakang untuk menikmati bara dari pengalaman yang menyerikan tetapi bukan abunya. Selain itu, apabila kita telah mempelajari perkara yang perlu kita pelajari dan telah dibawa ke kedudukan terbaik yang telah kita alami, maka kita melihat ke hadapan dan ingat bahawa iman selalu diarahkan kepada masa depan. …

“… Memikirkan kehidupan dahulu, termasuk kesalahan masa lalu, tidak betul juga! Ini bukan injil Yesus Kristus. …

“Kepada semua [orang] dari setiap generasi, saya menekankan, ‘Ingatlah akan apa yang sudah berlaku terhadap isteri Lot’ [Lukas 17:32]. Iman adalah untuk masa depan. Iman membina masa lepas tetapi ia tidak pernah mahu untuk tinggal di sana. Iman mempercayai bahawa Tuhan mempunyai hal-hal hebat bagi setiap kita dan bahawa Kristus benar-benar adalah ‘Imam Agung daripada perkara-perkara baik, yang [akan datang]’ (Ibrani 9:11)” (“The Best Is Yet to Be,” Ensign, Jan. 2010, 24, 26–27).

Abraham melihat ke langit dengan pisau di tangannya dan Ishak berbaring di atas altar

Abraham and Isaac [Abraham dan Ishak], oleh Harold Copping

Kejadian 22:1–19

ikon seminari
Kerelaan Abraham untuk mengorbankan Ishak adalah kemiripan dengan Tuhan dan Putera-Nya.

Walaupun kita tidak tahu semua alasan Tuhan perintahkan Abraham untuk mempersembahkan Ishak sebagai korban; kita tahu itu adalah ujian imannya kepada Tuhan. Kita juga tahu ia adalah “kemiripan dengan Tuhan dan Putera Tunggal-Nya” (Yakub 4:5). Semasa anda membaca Kejadian 22:1–19, anda boleh mencari simbol atau persamaan antara Abraham mempersembahkan Ishak dan Bapa mempersembahkan Putera-Nya, Yesus Kristus. Pertimbangkan untuk menulis apa yang anda temui dalam carta seperti ini:

Abraham dan Ishak

Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus

Abraham dan Ishak

Ishak adalah anak tunggal Abraham dan Sara (Kejadian 22:2; lihat juga Ibrani 11:17)

Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus

Yesus adalah Anak Tunggal Bapa (Yohanes 3:16)

Abraham dan Ishak

Ishak dipersembahkan sebagai ganti anak domba (Kejadian 22:7–9)

Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus

Yesus Kristus ialah Anak Domba Tuhan (Yohanes 1:29)

Apakah simbol atau persamaan dengan korban tebusan Juruselamat yang anda temui paling bermakna? Pertimbangkan untuk nyanyikan atau membaca lirik lagu rohani yang menunjukkan kasih Bapa Syurgawi kepada kita, seperti “Tuhan Mengutus PuteraNya,” Nyanyian Rohani, no. 78. Anda juga boleh mencatat perasaan anda tentang Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus dan pengorbanan Mereka untuk anda.

Jika anda ingin mengkaji lebih lanjut tentang pengorbanan Juruselamat kita, pertimbangkan untuk membaca pesanan Presiden Jeffrey R. Holland “Lihatlah Anak Domba Tuhan” (Liahona, Mei 2019, 44–46). Mengapakah anak domba merupakan simbol Putera Tuhan yang begitu berkuasa? Apakah yang Presiden Holland ajarkan yang meningkatkan ketakziman anda terhadap kurnia Bapa Syurgawi?

Lihat juga “Akedah (The Binding)” (video), Gospel Library.

12:57

Akedah (The Binding)

Gunakan visual untuk mengajar. Untuk menambah kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, anda boleh gunakan satu atau lebih gambar dalam garis panduan ini semasa anda mengkaji cerita-cerita dalam Kejadian 18–23. Contohnya, anda dan keluarga atau kelas anda boleh mencatat butiran dalam gambar Abraham dan Ishak. Bincangkan tentang mengapa butiran ini penting untuk cerita tersebut, dan cari butiran ini dalam tulisan suci. Bagaimanakah ia menyerlahkan simbol cerita tentang pengorbanan Putera Tuhan?

Untuk lebih lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan Untuk Kekuatan Remaja.

ikon 01 bahagian kanak-kanak

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Kejadian 17:15–21; 18:14; 21:1–7

Saya boleh mempercayai Tuhan dalam memenuhi janji-janji-Nya.

  • Untuk mempelajari tentang kepercayaan Abraham dan Sara terhadap janji-janji Tuhan, anda dan anak-anak anda boleh bercakap tentang masa apabila mereka terpaksa menunggu sesuatu yang mereka benar-benar mahukan. Anda kemudian boleh melihat gambar Sara dan Ishak pada awal garis panduan ini dan bercakap tentang janji yang Tuhan buat kepadanya dan Abraham (lihat juga “Abraham dan Sara,” dalam Cerita-cerita Perjanjian Lama, 28–31). Bantu anak-anak anda fikirkan hal-hal yang Tuhan janjikan kepada kita jika kita beriman. Galakkan mereka untuk bersabar dan percaya bahawa Tuhan akan memenuhi janji-janji-Nya.

    2:20

    Abraham and Sarah

  • Untuk membantu anak-anak anda mempelajari kebenaran penting dalam Kejadian 18:14, anda boleh menulis setiap perkataan daripada ayat pertama ayat itu pada kepingan kertas yang berasingan. Kemudian campurkan kertas-kertas itu, dan jemput anak-anak anda untuk menyusun perkataan-perkataan ini dalam urutan yang betul. Anda dan anak-anak anda kemudiannya boleh membaca Kejadian 17:15–21; 21:1–7 untuk mencari contoh sesuatu yang Tuhan lakukan yang kelihatan mustahil. Kongsi dengan anak-anak anda iman anda bahawa Tuhan akan memenuhi janji-janji-Nya, walaupun ia kelihatan mustahil atau mengambil masa yang lama.

Kejadian 19:15–26

Saya boleh lari dari kejahatan.

  • Tanya anak-anak anda tentang situasi di mana seseorang mungkin menjemput mereka untuk melakukan sesuatu yang mereka tahu tidak betul. Bagaimanakah kita “lari” dari situasi-situasi ini? Ringkaskan Kejadian 19:15–26 dengan menjelaskan bahawa keluarga Lot tinggal di kota yang sangat jahat, dan malaikat memberi amaran kepada mereka untuk pergi. Semasa anda dan anak-anak anda membaca ayat 15–17, 26 bersama, tanya mereka apa maksudnya bagi kita hari ini untuk “selamatkan diri” dari kejahatan dan “jangan menoleh” ke belakang (ayat 17).

lelaki dan wanita lari dari Sodom dan Gomora

Sodom [Sodom], oleh Julius Schnorr von Carolsfeld

Kejadian 22:1–14

Abraham mematuhi Tuhan.

  • Gunakan gambar Abraham dan Ishak serta gambar Penyaliban (lihat Buku Seni Injil, no. 9, 57) boleh membantu anak-anak anda membandingkan cerita dalam Kejadian 22 dengan pengorbanan Juruselamat (lihat Matius 27:26–37). Apakah yang kita dapat pelajari tentang Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus dari laporan Abraham dan Ishak dan tentang Penyaliban? (Lihat juga “Abraham dan Ishak,” dalam Cerita-cerita Perjanjian Lama, 34–37.)

    2:0

    Abraham and Isaac

  • Bolehkah anda fikirkan permainan mudah mengikut arahan untuk anak-anak anda main? Mungkin arahan itu boleh membawa kepada gambar tersembunyi tentang Juruselamat. Permainan ini boleh mendorong perbualan tentang hal-hal yang Bapa Syurgawi perintahkan kita untuk lakukan supaya kita boleh hidup bersama-Nya dan Yesus Kristus lagi. Pertimbangkan untuk nyanyikan satu lagu tentang perintah, seperti “Patuhi P’rintah” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 68). Halaman aktiviti minggu ini juga boleh membantu.

Untuk lebih lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.

Abraham melihat Ishak membawa muatan kayu

Abraham and Isaac [Abraham dan Ishak], oleh Jeff Ward

Halaman aktiviti Sekolah Primer: Abraham Mematuhi Tuhan