Ikutlah Aku
2–8 Mac. “Membiarkan Tuhan Menang”: Kejadian 24–33


“2–8 Mac. ‘Membiarkan Tuhan Menang’,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Perjanjian Lama 2026 (2026)

“2–8 Mac. ‘Membiarkan Tuhan Menang’,” Ikutlah Aku: 2026

Esau menjual hak anak sulungnya kepada Yakub demi semangkuk bubur kacang merah

Esau Sells His Birthright [Esau Menjual Hak Anak Sulungnya], oleh Glen S. Hopkinson (perincian)

2–8 Mac: “Membiarkan Tuhan Menang”

Kejadian 24–33

Bagaimanakah anda menjamin mendapat berkat daripada Tuhan? Anda mungkin berkata laporan Yakub, cucu Abraham dan Sara, adalah cerita seorang lelaki yang tahu jawapan kepada soalan itu. Dalam budaya di mana anak sulung menerima berkat hak anak sulung, Yakub adalah kedua dilahirkan, menyusuli abang kembarnya, Esau. Nama “Yakub” bermaksud “pengganti”—seorang yang menggantikan orang lain. Yakub hidup sepadan dengan nama itu dengan mencuba, lebih daripada sekali, untuk menggantikan Esau sebagai pewaris berkat hak anak sulung kerana Esau tidak layak menerimanya (lihat Kejadian 25:30–34; 26:34–35; 27:36). Hasilnya adalah perselisihan dalam keluarga, dan Yakub terpaksa lari ke padang gurun untuk selamatkan nyawanya.

Bertahun-tahun kemudian, Tuhan memerintahkan Yakub untuk pulang ke rumah. Dalam perjalanan, Yakub, dengan rendah hati, sekali lagi mencari berkat daripada Tuhan. Tulisan suci menggambarkan masa ini sebagai “pergelutan” untuk Yakub, dan dia mengisytiharkan dia tidak akan berputus asa “kecuali tuan memberkati saya” (Kejadian 32:26). Kemudian datanglah pengajaran—dan berkat. Tuhan menukar nama Yakub kepada Israel—bermaksud, antara lain, “membiarkan Tuhan menang.” Israel belajar bahawa untuk menerima berkat Tuhan yang paling berharga, berkat perjanjian-Nya, tidak semestinya perlu menggantikan orang lain. Berkat-Nya tidak dibeli atau dirampas atau dimenangi. Dia memberikannya dengan bebas kepada semua yang hidup sesuai dengan nama Israel—yang membiarkan Tuhan menang dalam hidup mereka.

ikon pengkajian

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Kejadian 24

Perkahwinan perjanjian adalah penting untuk rancangan abadi Tuhan.

Semasa membaca Kejadian 24, tanya diri anda mengapa Abraham menganggap perkahwinan anaknya Ishak begitu penting. Mengapakah perkahwinan itu penting bagi Tuhan?

Apakah kualiti yang anda temui dalam diri Ribka yang akan menyumbang kepada perkahwinan dan keluarga yang kukuh? (lihat khususnya ayat 15–28, 57–61).

Lihat juga Topics and Questions, “Marriage,” Gospel Library.

Kejadian 25:29–34

Saya boleh menghargai hal-hal abadi berbanding hal-hal duniawi.

Dalam budaya Ishak dan Ribka, anak sulung menerima hak anak sulung, yang bermaksud warisan yang lebih besar, serta tanggungjawab yang lebih besar untuk menjaga keluarga. Semasa anda membaca Kejadian 25:29–34, renungkan mengapa Esau rela melepaskan hak anak sulung sebagai pertukaran dengan makanan. Apakah pelajaran yang anda temui untuk diri anda dalam laporan ini? Membuat dua senarai boleh membantu: (1) berkat abadi yang Tuhan ingin berikan kepada anda dan (2) hal-hal duniawi yang mungkin mengalihkan perhatian anda. Kemudian anda boleh membaca ayat itu, menggantikan “hak anak sulung” dengan sesuatu dari senarai pertama dan “bubur kacang merah” dengan sesuatu dari yang kedua. Bagaimanakah anda akan fokus kepada Juruselamat dan berkat abadi injil-Nya?

Lihat juga Matius 6:19–33; M. Russell Ballard, “Ingatlah Apa Yang Paling Penting,” Liahona, Mei 2023, 105–7.

Yakub di Betel

Jacob at Bethel [Yakub di Betel], oleh James Smetham

Kejadian 28

ikon seminari
Perjanjian-perjanjian rumah Tuhan membawa kuasa Tuhan ke dalam hidup saya.

Semasa tidur di atas bantal batu, Yakub mendapat mimpi yang mengubah hidup. Ia adalah pengalaman yang kudus sehingga Yakub menamakan tempat itu Betel, atau “rumah Tuhan,” mengisytiharkan, “Tuhan ada di sini” (Kejadian 28:16).

Semasa anda membaca Kejadian 28, anda mungkin bertanya kepada diri sendiri apa yang menjadikan pengalaman ini begitu kudus bagi Yakub. Apakah yang dia lalui ketika itu? Bagaimanakah mungkin perasaannya? Anda juga boleh mencari perkataan dan frasa dalam ayat 10–22 yang mengingatkan anda tentang rumah Tuhan. Apakah tanggapan yang anda terima tentang Tuhan, rumah-Nya, dan perjanjian-Nya?

Pada akhir garis panduan ini adalah lukisan yang menggambarkan mimpi Yakub; anda boleh merujuknya semasa anda membaca. Jika anda mencipta gambaran artistik anda sendiri tentang mimpinya, apa yang akan anda lakukan? Apakah kebenaran daripada cerita itu yang akan anda cuba gambarkan?

Lagu rohani “Ku Dekat Pada-Mu, Ya Tuhanku” (Nyanyian Rohani, no. 37) adalah berdasarkan pengalaman Yakub. Apakah hubungan yang anda lihat antara lagu ini dan Kejadian 28:10–22? Bagaimanakah bait suci membantu anda berasa lebih dekat dengan Tuhan? Pertimbangkan untuk mencari jawapan kepada soalan ini dalam pesanan Presiden Russell M. Nelson “Bait Suci dan Landasan Rohani Anda” (Liahona, Nov. 2021, 93–96). Anda juga boleh menyemak perjanjian dan berkat rumah Tuhan dalam Buku Panduan Umum, 27.2 (Gospel Library). Bagaimanakah mentaati perjanjian-perjanjian ini membawa kuasa Tuhan ke dalam hidup anda?

Jadilah kreatif. Terdapat banyak cara untuk belajar daripada tulisan suci selain hanya membacanya. Sesetengah orang mendapati bahawa mereka lebih memahami tulisan suci jika mereka melukis gambar cerita tersebut. Yang lain menemui pandangan rohani dalam muzik kudus yang berkaitan dengan tulisan suci. Jangan hadkan diri anda kepada satu cara pembelajaran; bersikap terbuka untuk mencuba pelbagai pendekatan.

Kejadian 29:31–35; 30:1–24

Tuhan mengingati saya dalam percubaan saya.

Semasa anda membaca Kejadian 29:31–35 dan 30:1–24, cari perkataan yang menggambarkan belas kasihan Tuhan kepada Rahel dan Lea. Renungkan bagaimana Tuhan “melihat kesusahan [anda]” dan “ingat akan” anda (Kejadian 29:32; 30:22).

Kejadian 32–33

Juruselamat boleh menyembuhkan keluarga saya.

Ketika Yakub kembali ke Kanaan, dia “sangat ketakutan dan khuatir” tentang bagaimana abangnya, Esau akan menerimanya (Kejadian 32:7). Semasa anda membaca Kejadian 32–33, renungkan hubungan keluarga anda sendiri—terutamanya yang memerlukan penyembuhan. Mungkin cerita ini dapat mengilhami anda untuk menghubungi seseorang. Soalan-soalan seperti ini dapat membimbing bacaan anda:

  • Bagaimanakah Yakub bersedia untuk bertemu Esau?

  • Apakah yang anda tertarik tentang doa Yakub yang terdapat dalam Kejadian 32:9–12?

  • Apakah yang anda pelajari tentang pengampunan daripada contoh Esau?

  • Bagaimanakah Juruselamat dapat membantu kita menyembuhkan hubungan keluarga?

Untuk lebih lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan Untuk Kekuatan Remaja.

ikon 01 bahagian kanak-kanak

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Kejadian 24:10–21

Saya boleh bersikap baik terhadap orang lain.

  • Untuk menyerlahkan teladan kebaikan Ribka yang mengagumkan, anda boleh tunjukkan anak-anak anda gambar di bawah atau halaman aktiviti minggu ini semasa anda meringkaskan cerita dalam Kejadian 24:10–21. Anak-anak anda mungkin seronok melakonkan cerita itu. Ini boleh membawa kepada perbualan tentang tindakan kebaikan yang anda dan anak-anak anda telah lihat.

  • Pertimbangkan untuk nyanyikan lagu tentang kebaikan, seperti “Kebaikan Mulai Dari Aku” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 83). Anak-anak anda boleh mendengarkan perkataan “kebaikan” (atau perkataan yang serupa) dan berdiri ketika mereka mendengarnya. Bagaimanakah kita boleh bersikap baik seperti Ribka?

potret Ribka

Old Testament Heroes [Wira Perjanjian Lama], oleh Dilleen Marsh (perincian)

Kejadian 25:21–34

Hal-hal abadi lebih penting daripada hal-hal duniawi.

  • Pertimbangkan untuk gunakan “Yakub dan Esau” (dalam Cerita-cerita Perjanjian Lama, 38–41) untuk membantu anak-anak anda memahami cerita dalam Kejadian 25:21–34. Mungkin anak-anak anda boleh membayangkan bahawa Esau meminta nasihat mereka sama ada dia harus menukar hak anak sulungnya untuk bubur kacang merah atau tidak. Apakah yang mereka akan katakan kepada dia?

    2:5

    Jacob and Esau

  • Apakah hal-hal yang penting secara abadi bagi anda dan anak-anak anda? Mungkin anak-anak anda boleh mencari gambar atau objek yang mewakili hal-hal ini. Bagaimanakah kita boleh menunjukkan kepada Tuhan bahawa hal-hal ini penting bagi kita?

Kejadian 28:10–22

Perjanjian membantu saya kembali kepada Bapa Syurgawi.

  • Semasa anda membaca Kejadian 28:10–22 bersama, anda boleh gunakan tangga (atau gambar seperti yang terdapat di akhir garis panduan ini) untuk bercakap tentang bagaimana perjanjian kita seperti tangga. Mungkin anak-anak anda boleh berlakon menaiki tangga, dan dengan setiap langkah, bercakap tentang masa-masa ketika kita berjanji untuk mematuhi Tuhan, seperti ketika kita dibaptiskan, mengambil sakramen, atau pergi ke bait suci. Bagaimanakah perjanjian kita mendekatkan kita kepada Tuhan?

Kejadian 32:6–11; 33:1–4

Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus dapat membantu saya mengasihi keluarga saya.

  • Untuk memperkenalkan ayat-ayat ini, anda mungkin menjelaskan bahawa selepas bertahun-tahun berdukacita, Yakub akan bertemu Esau semula. Baca bersama Kejadian 32:6–11. Apakah perasaan Yakub? Apakah yang dia lakukan untuk menerima bantuan? Baca bersama Kejadian 33:1–4 untuk menerokai bagaimana Tuhan menjawab doa Yakub. Jika Yakub dan Esau boleh bercakap dengan kita hari ini, apakah yang mungkin mereka katakan untuk membantu kita ketika terdapat pertikaian dalam keluarga kita?

Untuk lebih lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.

Yakub bermimpi tentang tangga dan malaikat turun dari syurga

Jacob’s Dream [Mimpi Yakub], by J. Ken Spencer

Halaman aktiviti Sekolah Primer: Saya boleh bersikap baik terhadap orang lain