Ikutlah Aku
16–22 Mac. “Tuhan Mengubah Kejahatan Itu Menjadi Kebaikan”: Kejadian 42–50


“16–22 Mac. ‘Tuhan Mengubah Kejahatan Itu Menjadi Kebaikan’: Kejadian 42–50,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Perjanjian Lama 2026 (2026)

“16–22 Mac. ‘Tuhan Mengubah Kejahatan Itu Menjadi Kebaikan’,” Ikutlah Aku: 2026

Yusuf mengampuni saudara-saudaranya

Forgiveness [Pengampunan], oleh Megan Rieker

16–22 Mac: “Tuhan Mengubah Kejahatan Itu Menjadi Kebaikan”

Kejadian 42–50

Kira-kira 22 tahun sejak saudara-saudara Yusuf menjualnya ke dalam perhambaan. Yusuf telah mengalami banyak percubaan, termasuk tuduhan palsu dan dipenjarakan. Ketika dia akhirnya melihat saudara-saudaranya lagi, Yusuf adalah pentadbir seluruh Mesir, kedua berkuasa selepas firaun. Dia dengan mudah boleh membalas dendam terhadap saudara-saudaranya, dan mempertimbangkan apa yang mereka telah lakukan kepada Yusuf, itu boleh difahami. Namun Yusuf mengampuni mereka. Bukan hanya itu, dia juga membantu mereka melihat tujuan ilahi dalam penderitaannya. “Tuhan mengubah kejahatan itu menjadi kebaikan” (Kejadian 50:20), dia memberitahu mereka, kerana ia membolehkan dia menyelamatkan semua “sanak saudaranya” (Kejadian 47:12) dari kebuluran.

Dalam banyak cara, Yusuf seperti Yesus Kristus. Walaupun dosa-dosa kita menyebabkan Yesus amat menderita, Dia menawarkan pengampunan, membebaskan kita semua dari nasib yang jauh lebih buruk daripada kebuluran. Sama ada kita perlu menerima pengampunan atau menghulurkannya—ada masanya kita harus melakukan kedua-duanya—teladan Yusuf mengarahkan kita kepada Juruselamat, sumber penyembuhan dan pendamaian yang sebenarnya.

ikon pengkajian

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Kejadian 45:5–7; 47:12

“Tuhan telah menghantar aku ke sini lebih dahulu daripada kamu untuk menyelamatkan kamu.”

Pernahkah anda melihat kemiripan antara kehidupan Yusuf dan misi korban tebusan Yesus Kristus? Untuk melihat beberapa contoh kemiripan ini, cuba bandingkan:

  • Kejadian 37:3 dengan Matius 3:17.

  • Kejadian 37:26–28 dengan Matius 26:14–16.

  • Kejadian 45:5–7 dengan Lukas 4:18.

  • Kejadian 47:12 dengan Yohanes 6:35.

Apakah tanggapan anda tentang Juruselamat dan misi-Nya semasa anda membaca ayat-ayat ini?

Kejadian 45; 50:15–21

ikon seminari
Pengampunan membawa penyembuhan.

Membaca tentang Yusuf mengampuni saudara-saudaranya atas hal-hal buruk yang mereka telah lakukan boleh mendorong anda untuk fikirkan seseorang yang anda sedang bergelut untuk mengampuni. Soalan-soalan berikut boleh membantu semasa anda berusaha untuk menerapkan asas ini:

  • Mengapakah sukar bagi Yusuf untuk mengampuni saudara-saudaranya? (untuk menyemak apa yang mereka lakukan kepadanya, lihat Kejadian 37). Apakah pengalaman atau sikap yang mungkin telah memberi Yusuf kekuatan untuk mengampuni? (lihat, contohnya, Kejadian 45:1–15 atau 50:15–21).

  • Apakah berkat yang datang dari Yusuf mengampuni saudara-saudaranya? Contohnya, bandingkan hubungan keluarga Yakub pada permulaan cerita (lihat, contohnya, Kejadian 37:3–11) dengan hubungan mereka pada akhirnya (lihat Kejadian 45:9–15; 50:15–21). Bagaimanakah situasi mungkin berakhir secara berbeza jika Yusuf tidak bersedia untuk mengampuni?

  • Pertimbangkan untuk menulis nama seseorang yang mungkin memerlukan pengampunan anda—sama ada mereka telah meminta pengampunan atau tidak. Apakah yang boleh anda lakukan untuk menjemput kuasa penyembuhan Juruselamat ke dalam situasi itu? Jika pengampunan kelihatan terlalu sukar, pertimbangkan untuk menyemak nasihat Elder Gerrit W. Gong dalam enam perenggan terakhir pesanannya “Kebahagiaan dan Selamanya” (Liahona, Nov. 2022, 85). Apakah yang anda temui yang memberi anda harapan bahawa anda boleh mengampuni?

Lihat juga Ajaran dan Perjanjian 64:9–11.

8:24

Forgiveness: My Burden Was Made Light

Kejadian 49

Yakub memberikan berkat kenabian kepada keluarganya.

Berkat Yakub kepada keturunannya mengandungi gambaran yang jelas, tetapi tidak mudah difahami. Syukurlah, injil yang dipulihkan membantu kita. Apabila anda membaca berkat kepada Yusuf dalam Kejadian 49:22–26, baca juga ayat-ayat berikut, dan lihat pandangan yang diberikan: 1 Nefi 15:12; 2 Nefi 3:4–5; Yakub 2:25; Ajaran dan Perjanjian 50:44.

Semasa anda membaca tentang berkat Yehuda dalam Kejadian 49:8–12, ingatlah bahawa Yesus Kristus adalah keturunan Yehuda. Apakah yang anda temui dalam ayat-ayat ini yang mengingatkan anda tentang Juruselamat? (lihat juga Wahyu 5:5–6, 9; 1 Nefi 15:14–15; Ajaran dan Perjanjian 45:59; 133:46–50).

Membaca berkat-berkat ini mungkin mengilhami anda untuk menyemak berkat bapa bangsa anda—atau, jika anda tidak memilikinya, untuk menerimanya. Apakah perkataan dan frasa dalam berkat anda yang memalingkan fikiran anda kepada Yesus Kristus?

Lihat juga Randall K. Bennett, “Berkat Bapa Bangsa Anda—Arahan yang Diilhami daripada Bapa Syurgawi,” Liahona, Mei 2023, 42–44.

Kejadian 50:19–21

Tuhan boleh membantu saya mencari makna dalam percubaan saya.

Meski ia mungkin kurang jelas semasa dia melalui percubaannya itu, Yusuf akhirnya dapat melihat semula kesusahannya di Mesir dan melihat bahawa “Tuhan mengubah kejahatan itu menjadi kebaikan” (Kejadian 50:20). Jika anda boleh kunjungi Yusuf ketika dia berada di lubang atau di penjara, bagaimanakah anda akan menghiburkannya? Bagaimanakah Kejadian 50:19–21 boleh membantu anda pada masa percubaan anda?

Lihat juga Ajaran dan Perjanjian 122; “Teguhlah Landasan,” Nyanyian Rohani, no. 28.

Yusuf dari Mesir mempunyai penglihatan tentang Joseph Smith menerima kepingan-kepingan emas daripada malaikat Moroni

Joseph Smith among the Prophets [Joseph Smith Dikalangan Nabi-Nabi], oleh Paul Mann (terperinci)

Kejadian 50:24–25

“Seorang pelihat akan Tuhan bangkitkan.”

Semasa anda membaca Kejadian 50:24–25 dan Terjemahan Joseph Smith, Kejadian 50:24–38 (dalam Bantuan Pengkajian), renungkan mengapa penting bagi Yusuf untuk tahu tentang Musa dan Joseph Smith berabad-abad sebelumnya. Bagaimanakah Joseph Smith menggenapi nubuat Yusuf tentang dia? (lihat Ajaran dan Perjanjian 1:17–23; 20:7–12; 39:11; 135:3).

Untuk lebih lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan Untuk Kekuatan Remaja.

ikon 01 bahagian kanak-kanak

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Kejadian 42:21–44; 45:4–15

Saya boleh menunjukkan kasih dan pengampunan kepada keluarga saya.

  • Anak-anak anda mungkin seronok untuk melakonkan semula cerita Yusuf bersatu semula dengan keluarganya (lihat Kejadian 42–44). Atau mereka boleh gunakan “Yusuf dan Kebuluran” (dalam Cerita-cerita Perjanjian Lama, 57–60) atau gambar dalam garis panduan ini untuk saling mengajarkan cerita itu. Berikut adalah beberapa soalan yang boleh membantu anak-anak anda belajar daripada cerita itu:

    • Apakah yang Yusuf lakukan untuk menunjukkan kasih kepada keluarganya? (lihat Kejadian 45:4–15).

    • Bagi anda, mengapakah Yusuf mengampuni saudara-saudaranya?

    • Pada pendapat anda, apakah perasaan saudara-saudara Yusuf apabila mereka tahu Yusuf telah mengampuni mereka? Siapakah dalam hidup anda yang perlu diampuni? Bagaimanakah anda boleh menunjukkan kasih dan pengampunan?

    2:26

    Joseph and the Famine

Semasa anda bersedia untuk mengajar, tanya, “Apakah yang anak-anak saya akan lakukan untuk belajar?” Contohnya, dalam aktiviti ini anak-anak anda berlakon atau menceritakan semula. Melakukan ini akan membantu mereka mengingati apa yang berlaku dan asas-asas injil yang terkandung dalam cerita itu.

  • Anda atau anak-anak anda mungkin ingin berkongsi pengalaman apabila mereka mengampuni seseorang atau apabila seseorang mengampuni mereka. Anda kemudian boleh nyanyikan lagu seperti “Saling Mengasihi” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 74) atau “Bapa Kumohon PertolonganMu” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 52).

Kejadian 48:8–9

Tuhan membantu saya melalui berkat imamat.

  • Anda dan anak-anak anda boleh melihat gambar Yakub memberkati anak-anaknya di akhir garis panduan ini dan bincangkan apa yang sedang berlaku (lihat Kejadian 48:8–9). Jika perlu, jelaskan bahawa Yakub, bapa Yusuf, mahu memberikan berkat imamat kepada keluarganya. Mungkin anda boleh saling berkongsi apa-apa pengalaman anda telah menerima bantuan daripada Tuhan melalui berkat imamat. Apakah beberapa sebab kita mungkin meminta berkat imamat?

gadis muda sedang menerima berkat

Kejadian 45:5–11

Bapa Syurgawi mengutus Yesus Kristus untuk menyelamatkan saya.

  • Bagaimanakah anda boleh membantu anak-anak anda melihat Juruselamat dalam cerita Yusuf menyelamatkan keluarganya daripada kebuluran? Pertimbangkan untuk membuat satu carta dengan dua lajur berlabel Yusuf dan Yesus Kristus. Bantu anak-anak anda menyelidiki pasangan tulisan suci berikut dan isikan carta itu dengan persamaan yang Yusuf dan Yesus ada: Kejadian 37:3 dan Matius 3:17; Kejadian 37:26–28 dan Matius 26:14–16; Kejadian 45:5–7 dan Lukas 4:18; dan Kejadian 47:12 dan Yohanes 6:35.

  • Tanya anak-anak anda apakah maksud untuk menyelamatkan seseorang. Jika mereka ada pengalaman diselamatkan dari bahaya, jemput mereka untuk berkongsi. Bagaimanakah Yusuf menyelamatkan saudara-saudaranya? (lihat Kejadian 42:1–3; 45:5–7). Kemudian anda boleh melihat gambar Juruselamat bersama dan meminta anak-anak anda bercakap tentang bagaimana Yesus menyelamatkan kita.

Untuk lebih lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.

Israel memberi berkat imamat kepada anaknya

Jacob Blessing Joseph (Jacob Blessing His Sons) [Yakub Memberkati Yusuf (Yakub Memberkati Anak-anaknya)], oleh Harry Anderson

Halaman aktiviti Sekolah Primer: Saya boleh mengampuni