“16–22 Februari. ‘Untuk Menjadi seorang Pengikut [Besar] Kebenaran’: Kejadian 12–17; Abraham 1–2,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Perjanjian Lama 2026 (2026)
“16–22 Februari. ‘Untuk Menjadi seorang Pengikut [Besar] Kebenaran’,” Ikutlah Aku: 2026
Melchizedek Blesses Abram [Melkisedek Memberkati Abram], oleh Walter Rane (perincian)
16–22 Februari: “Untuk Menjadi seorang Pengikut [Besar] Kebenaran”
Kejadian 12–17; Abraham 1–2
Kerana perjanjian yang Tuhan buat dengannya, Abraham dipanggil “bapa kepada yang setia” (Ajaran dan Perjanjian 138:41) dan “sahabat Tuhan” (Yakobus 2:23). Berjuta-juta orang hari ini menghormatinya sebagai nenek moyang mereka, dan yang lain telah diterima menjadi keluarganya melalui penukaran hati kepada injil Yesus Kristus. Namun Abraham sendiri berasal daripada keluarga yang bermasalah—ayahnya, yang telah meninggalkan penyembahan Tuhan yang sejati, cuba mengorbankan Abraham kepada tuhan-tuhan palsu. Meski begitu, hasrat Abraham adalah “untuk menjadi seorang pengikut [besar] kebenaran” (Abraham 1:2), dan laporan hidupnya menunjukkan Tuhan menghormati hasratnya. Kehidupan Abraham adalah kesaksian bahawa tidak kira apa pun sejarah keluarga seseorang, masa depan dapat dipenuhi dengan harapan.
Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja
Tuhan akan memberkati saya kerana iman dan hasrat soleh saya.
“Kita semua dipengaruhi oleh keluarga kita [dan] budaya kita,” Elder Neil L. Andersen mengajar, “namun saya percaya ada tempat di dalam diri kita yang kita kawal dan cipta secara unik dan individu. … Akhirnya, hasrat dalaman kita dihidupkan dan ia dilihat dalam pilihan dan tindakan kita” (“Educate Your Desires, Elder Andersen Counsels,” ChurchofJesusChrist.org). Pertimbangkan bagaimana Abraham 1:1–19 menunjukkan apa yang Elder Andersen ajarkan. Soalan-soalan seperti ini boleh membantu:
-
Apakah yang Abraham hasratkan? Bagaimanakah hasratnya terbukti dalam tindakannya? Bagaimanakah Tuhan menyokong hasratnya?
-
Apakah hasrat anda? Bagaimanakah ia terbukti dalam tindakan anda? Bagaimanakah Tuhan menyokong anda?
-
Apakah pesanan yang ada dalam ayat-ayat ini bagi orang yang ahli keluarganya tidak menghasratkan kesolehan?
Salah satu hasrat terbesar Abraham dan Sara—untuk mempunyai seorang anak—tidak dipenuhi selama bertahun-tahun (lihat Kejadian 15:1–6). Apakah yang anda pelajari daripada Ibrani 11:8–13 tentang bagaimana Abraham dan Sara menghadapi cabaran ini? Bagaimanakah Juruselamat membantu anda “menyambut” janji-janji-Nya, walaupun ia “dari jauh”?
Lihat juga “Deliverance of Abraham” (video), Gospel Library.
Deliverance of Abraham
Kejadian 12:1–3; 13:15–16; 15:1–6; 17:1–8, 15–22; Abraham 2:6–11
Tuhan ingin saya membuat dan mentaati perjanjian dengan-Nya.
Mengapakah penting bagi anda untuk tahu tentang perjanjian yang Tuhan buat dengan Abraham? Kerana Tuhan mahu membuat perjanjian yang sama dengan anda. Dia berjanji perjanjian ini akan berterusan dalam anak cucu Abraham, atau “keturunan,” dan bahawa “sebanyak mana yang menerima Injil ini akan … dianggap keturunanmu” (lihat Abraham 2:10–11). Dalam erti kata lain, perjanjian itu berterusan dalam anda—apabila anda dibaptiskan dan lebih lengkap apabila anda membuat perjanjian di bait suci (lihat Galatia 3:26–29; Ajaran dan Perjanjian 132:30–32).
Atas sebab itu, anda mungkin ingin mengkaji Abraham 2:6–11 dan membuat senarai apa yang, sebenarnya, Tuhan janjikan kepada Abraham dan Sara (lihat juga Kejadian 12:1–3; 13:15–16; 15:1–6; 17:1–8, 15–22). Bagaimanakah berkat-berkat ini berkaitan dengan anda?
Sebahagian janji-janji ini mempunyai persamaan abadi. Bagaimanakah janji-janji seperti tanah warisan atau keturunan yang besar digenapi secara abadi? (lihat Ajaran dan Perjanjian 131:1–4; 132:20–24, 28–32).
Selain menjanjikan berkat-berkat, Tuhan memberitahu Abraham untuk “menjadi berkat” (Kejadian 12:2; penekanan ditambah). Menurut anda apakah maksud itu? Bagaimanakah anda akan menjadi berkat? (lihat Abraham 2:11).
Untuk mengajar tentang perjanjian, Elder Dale G. Renlund bercakap tentang ombak pasang surut di Sungai Amazon, dan Presiden Emily Belle Freeman bercakap tentang berjalan di jalan berbatu dengan buku lali yang patah (lihat “Mengakses Kuasa Tuhan melalui Perjanjian,” Liahona, Mei 2023, 35–37; “Berjalan dalam Hubungan Perjanjian dengan Kristus,” Liahona, Nov. 2023, 76–79). Cari satu atau kedua-dua pesanan ini untuk ayat yang membantu menjawab soalan “Mengapa Tuhan mahu saya membuat perjanjian dengan-Nya?”
Jemput orang untuk saling mengajar. Jika anda mengajar keluarga anda atau kelas Gereja tentang perjanjian, pertimbangkan untuk memberi setiap orang sebahagian daripada pesanan Elder Renlund atau Presiden Freeman untuk dikaji. Kemudian mereka boleh berkongsi dengan ahli keluarga atau kelas yang lain apa yang mereka pelajari. Ini membolehkan mereka bersaksi dan belajar daripada satu sama lain, dan itu menjemput Roh. (Lihat Mengajar dengan Cara Juruselamat, 26.)
Lihat juga Topics and Questions, “Abrahamic Covenant,” Gospel Library; “Fikiran untuk Direnungkan: Perjanjian,” dalam sumber ini.
The Abrahamic Covenant [Perjanjian Abraham], oleh Dilleen Marsh (perincian)
Kejadian 14:18–19; Terjemahan Joseph Smith, Kejadian 14:25–40
“Melkisedek merupakan seorang lelaki yang beriman.”
Bayangkan anda memperkenalkan Melkisedek kepada seseorang yang tidak mengenalinya. Apakah yang akan anda katakan? Cari idea-idea dalam Terjemahan Joseph Smith, Kejadian 14:26–27, 33–38 (dalam Bantuan Pengkajian); Alma 13:13–19; Ajaran dan Perjanjian 107:1–4. Apakah sifat-sifat seperti Kristus yang anda temui dalam penerangan tentang Melkisedek ini? Bagaimanakah pengkajian anda tentang kehidupan Melkisedek mempengaruhi cara anda melihat Imamat Melkisedek?
Kejadian 14:18–24; Terjemahan Joseph Smith, Kejadian 14:36–40
Abraham membayar persepuluhan.
Apakah yang anda pelajari tentang sikap Abraham terhadap kekayaan daripada Kejadian 14:18–24 dan Terjemahan Joseph Smith, Kejadian 14:36–40 (dalam Bantuan Pengkajian)? Contohnya, perhatikan tindak balasnya kepada raja Sodom dalam Kejadian 14:23. Bagaimanakah mematuhi hukum persepuluhan telah mempengaruhi pandangan anda tentang wang?
Kejadian 16
Tuhan mendengar saya.
Semasa anda membaca Kejadian 16, anda mungkin terfikir tentang masa apabila anda rasa anda diperlakukan secara tidak adil, seperti Hagar. Perhatikan bahawa “Ismael” bermaksud “Tuhan mendengar.” Bagaimanakah Tuhan telah menunjukkan anda bahawa Dia telah mendengar anda?
Lihat juga “Doa Peribadi,” Nyanyian Rohani, no. 50.
Untuk lebih lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan Untuk Kekuatan Remaja.
Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak
Yesus Kristus akan memimpin saya dengan tangan-Nya.
-
Apabila anda dan anak-anak anda membaca Abraham 1:18 dan 2:8, anda boleh menjemput mereka untuk mendengar bahagian tubuh yang disebut dalam kedua-dua ayat tersebut. Mungkin anda boleh bermain permainan di mana seorang anak menutup mata mereka dan anda memimpin anda itu ke suatu tempat dengan tangan. Kemudian anda boleh bercakap tentang bagaimana rasanya apabila Yesus Kristus memimpin kita dengan tangan atau melindungi kita.
Kejadian 13:5–12
Saya boleh menjadi pendamai.
-
Anak-anak anda mungkin suka melakonkan cerita daripada Kejadian 13:5–12, berpura-pura menjadi Abraham, Lot, dan penggembala. Bagaimanakah kita boleh mengikuti teladan Abraham sebagai pendamai dengan keluarga atau rakan-rakan kita? Cuba lakon peranan jawapan mereka.
Lot’s Choice [Pilihan Lot], oleh William Fredericks © Providence Collection/dilesenkan dari goodsalt.com
Kejadian 13:16; Kejadian 15:1–6; 17:1–8; Abraham 2:9–11
Tuhan mahu saya membuat perjanjian dengan-Nya.
-
Pertimbangkan untuk menunjukkan anak-anak anda bekas pasir, bintang-bintang di langit malam, atau gambar di akhir garis panduan ini. Ini boleh membantu mereka memahami janji-janji Tuhan dalam Kejadian 13:16; 15:1–6. Bercakap tentang bagaimana anda telah belajar untuk mempercayai janji-janji Tuhan, walaupun ia kelihatan mustahil.
-
Untuk mengajar anak-anak anda tentang perjanjian, minta mereka memberitahu anda tentang masa apabila mereka berjanji atau seseorang berjanji kepada mereka. Jika ia membantu, kongsi beberapa contoh anda sendiri—termasuk perjanjian yang telah anda buat dengan Tuhan semasa pembaptisan atau di bait suci. Bagaimanakah perjanjian anda mempengaruhi hubungan anda dengan Tuhan? Pilih beberapa frasa dari Kejadian 15:1–6; 17:1–8; Abraham 2:9–11 untuk berkongsi beberapa berkat yang Tuhan janjikan kepada Abraham dan Sara.
-
Untuk membantu anak-anak anda bersedia untuk membuat perjanjian dengan Tuhan apabila mereka dibaptis, anda boleh gunakan beberapa idea aktiviti yang dicadangkan dalam lampiran A atau lampiran B.
Abraham 1:12–17; Kejadian 16:7–11
Tuhan mendengar saya.
-
Ketika hidup Abraham dalam bahaya, dia berdoa kepada Tuhan. Ketika Hagar bersendirian di padang belantara, dia tahu bahawa Tuhan mendengarnya. Pertimbangkan untuk berkongsi dua cerita ini dengan anak-anak anda: “Abraham dan Sara” dan “Hagar” dalam Cerita-cerita Perjanjian Lama, 28–31, 32–33. Apakah yang kita pelajari tentang Tuhan dalam cerita-cerita ini? Kemudian anda boleh saling berkongsi pengalaman ketika anda merasakan Tuhan mendengar anda. Lagu seperti “Doa Seorang Anak” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 6) boleh mengukuhkan asas ini.
Abraham and Sarah
Hagar
Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.