“Soalan Lazim,” EnglishConnect untuk Pengajar (2023)
“Soalan Lazim,” EnglishConnect untuk Pengajar
Soalan Lazim
Berikut adalah beberapa soalan umum tentang EnglishConnect. Soalan lazim tambahan untuk pelajar, pengajar, dan pemimpin boleh didapati di englishconnect.org/help.
Adakah saya perlu pengalaman mengajar untuk menjadi pengajar EnglishConnect?
Bagaimanakah saya mengajar pelajar jika saya tidak bercakap bahasa mereka?
Bolehkah kita bercakap bahasa ibunda semasa kumpulan perbualan?
Bagaimanakah saya mengajar kumpulan berbilang bahasa?
Bagaimanakah saya membantu pelajar-pelajar berlatih bahasa Inggeris setiap hari?
Bagaimanakah saya menganjurkan kumpulan EnglishConnect?
Berapa lamanya pertemuan kumpulan EnglishConnect?
Berapa kerap kumpulan saya harus bertemu?
Bolehkah saya mengajar lebih daripada satu pengajaran dalam satu pertemuan kumpulan?
Bagaimanakah saya tahu tahap EnglishConnect mana seorang pelajar harus sertai?
Bagaimanakah saya membantu seorang pelajar yang menyertai sebuah kumpulan yang sedang berlangsung?
Bagaimanakah jika seorang pelajar terlepas pertemuan kumpulan atau berhenti hadir?
Bagaimanakah saya menyokong para pelajar yang belajar pada kadar yang lebih pantas?
Bagaimanakah saya menyokong para pelajar yang mempunyai kebolehan berbahasa Inggeris yang berbeza?
Apakah yang saya perlu lakukan apabila seorang pelajar tanya soalan tentang tatabahasa?
Adakah saya harus membetulkan sebutan?
Bagaimanakah saya mendaftar dan menguruskan kumpulan EnglishConnect saya?
Bagaimanakah para pelajar menerima sijil EnglishConnect?
Adakah saya perlu pengalaman mengajar untuk menjadi pengajar EnglishConnect?
Anda tidak perlukan pengalaman mengajar untuk menjadi pengajar EnglishConnect. Mungkin anda belum pernah mengajar bahasa Inggeris dan rasa tidak pasti bagaimana untuk bermula. Tidak apa. Pengajaran EnglishConnect direka bentuk dengan teliti menggunakan asas-asas pengajaran bahasa dan asas-asas rohani untuk membantu anda berjaya. Anda tidak perlu menjadi pakar. Anda tidak perlu tahu jawapan kepada setiap soalan. Peranan anda ialah untuk memimpin perkembangan bahasa dengan memberikan peluang untuk latihan. Anda tidak perlu mengajar tatabahasa atau memahami semua hal tentang bahasa Inggeris. Sebaliknya, berfokus pada mencipta persekitaran di mana para pelajar rasa selesa bercakap bahasa Inggeris dan belajar dari kesilapan mereka.
Bagaimanakah saya mengajar pelajar jika saya tidak bercakap bahasa mereka?
Mengajar bahasa Inggeris dengan menggunakan hanya bahasa Inggeris sangat biasa di seluruh dunia. Sebenarnya, ini boleh menjadi berkat kerana ia meningkatkan jumlah bahasa Inggeris yang para pelajar dengar dan gunakan. Ingat untuk bercakap dalam bahasa Inggeris mudah. Gunakan visual, isyarat tangan, dan bahasa badan untuk membantu para pelajar memahami kosa kata dan pola baru. Anda boleh menunjukkan foto, melukis gambar, atau melakonkannya. Anda boleh mengarahkan para pelajar kepada sumber-sumber terjemahan dalam EnglishConnect 1 untuk Pelajar-pelajar atau EnglishConnect 2 untuk Pelajar-pelajar, atau anda boleh gunakan kamus dalam talian. Ini juga akan mengajar para pelajar bagaimana untuk menggunakan sumber-sumber yang ada untuk mencari jawapan. Elakkan penjelasan panjang lebar. Sebaliknya, tunjukkan para pelajar apa yang harus dilakukan dengan menunjukkan.
Ingatlah bahawa anda belajar bersama. Kerap jemput para pelajar untuk berpaling kepada Tuhan untuk sokongan. Sebagai pengajar mereka, anda boleh menjadi contoh iman dan usaha. Bercakap bahasa Inggeris dengan para pelajar ialah tindakan iman. Tuhan akan memberkati anda dan para pelajar apabila anda bertindak dalam iman untuk bercakap bahasa Inggeris.
Bolehkah kita bercakap bahasa ibunda semasa kumpulan perbualan?
Anda akan membantu para pelajar paling banyak apabila anda berfokus pada bercakap bahasa Inggeris sepanjang kumpulan perbualan. Anda boleh melakukan ini dengan menunjukkan contoh. Lakukan yang terbaik untuk bercakap hanya bahasa Inggeris. Gunakan perkataan yang mudah dan ayat-ayat pendek. Cakap perlahan-lahan dan ulangi frasa kerap kali. Tulis perkataan dan frasa penting di papan tulis. Anda juga boleh menggunakan visual, melukis gambar, atau melakonkannya. Elakkan penjelasan panjang lebar dan penterjemahan semua yang anda katakan. Jika anda mesti gunakan bahasa ibunda, minta izin dulu dan gunakan sedikit mungkin bahasa ibunda dan kemudian kembali ke bahasa Inggeris. Galakkan para pelajar untuk bercakap bahasa Inggeris sebanyak mungkin dan jangan takut membuat kesilapan. Bantu mereka mengalami kejayaan, dan puji setiap usaha. Jika para pelajar perlu lebih banyak bantuan, arahkan mereka kepada buku panduan pelajar, di mana mereka dapat mencari bahan dalam bahasa ibunda mereka. Apabila anda berfokus pada membantu pelajar melalui perbuatan, anda akan kurang memerlukan menggunakan bahasa ibunda.
Bagaimanakah saya mengajar kumpulan berbilang bahasa?
Mengajar kumpulan berbilang bahasa ialah peluang yang sungguh baik untuk menggalakkan bercakap bahasa Inggeris kerana bahasa Inggeris ialah bahasa biasa kumpulan. Sebagai pengajar, gunakan versi bahasa Inggeris buku panduan pelajar. Bantu para pelajar menggunakan buku panduan pelajar dalam bahasa ibunda mereka, jika ada, supaya mereka boleh bermanfaat dari terjemahan. Jika boleh, tempatkan para pelajar ke dalam kumpulan kecil untuk membincangkan asas pembelajaran dalam bahasa ibunda mereka, tetapi pastikan tiada siapa yang dikecualikan. Jika hanya ada seorang penutur bahasa tertentu dalam kumpulan, arahkan kumpulan itu untuk membincangkan asas pembelajaran dalam bahasa Inggeris mudah supaya semua orang disertakan.
Bagaimanakah saya membantu pelajar-pelajar berlatih bahasa Inggeris setiap hari?
Untuk belajar bahasa Inggeris, para pelajar perlu mengembangkan tabiat berlatih setiap hari. Galakkan para pelajar untuk mendirikan tabiat ini dengan mencari cara mudah untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam aktiviti-aktiviti harian mereka (lihat bahagian “Latihan Harian”). Sebagai contoh, para pelajar boleh pilih untuk menonton rancangan atau mendengar muzik dalam bahasa Inggeris. Anda boleh menggalakkan para pelajar untuk menggunakan senarai idea untuk memperbaiki kajian harian yang didapati selepas “Personal Study Tracker” dalam pengenalan buku panduan pelajar. Gunakan senarai ini untuk mengilhami para pelajar untuk mencari cara kreatif dan bermakna untuk berlatih setiap hari.
Semasa pertemuan kumpulan, jemput para pelajar untuk mengkaji dan berlatih bahasa Inggeris setiap hari dan mengikuti usaha mereka. Anda boleh minta beberapa pelajar untuk kongsi hal-hal tertentu yang mereka lakukan untuk latihan harian. Anda mungkin mempertimbangkan mencipta ruang maya, seperti chat kumpulan, untuk para pelajar dalam kumpulan. Berunding dengan pemimpin-pemimpin anda untuk mencari cara sesuai untuk membantu kumpulan kekal berhubung sepanjang minggu melalui mesej kumpulan atau cara lain. Anda boleh menyokong para pelajar semasa mereka bekerja untuk mencapai matlamat mereka, tetapi ingat, mereka akhirnya bertanggungjawab atas pembelajaran mereka sendiri.
Bagaimanakah saya menganjurkan kumpulan EnglishConnect?
Berunding dengan kepimpinan Gereja tempatan untuk membuat keputusan tentang menganjurkan dan menjalankan kumpulan EnglishConnect. Idealnya, dua pengajar dewasa ditugaskan kepada setiap kumpulan. Pertimbangkan keperluan para pelajar dan kapasiti tempatan ketika anda membuat pilihan tentang lokasi, jadual, dan rentak.
Berapa lamanya pertemuan kumpulan EnglishConnect?
Pengajaran EnglishConnect boleh mengambil masa 60 hingga 90 minit. Ikuti julat masa yang diberikan untuk setiap aktiviti. Jangan keluarkan apa-apa aktiviti; gunakan masa minimum yang dicadangkan untuk pertemuan kumpulan yang pendek dan gunakan masa yang lebih lama yang dicadangkan jika ada masa.
Nota: Berunding dengan mereka yang mengawasi program dan pertimbangkan keperluan para pelajar dan kapasiti tempatan ketika anda membuat keputusan-keputusan ini.
Berapa kerap kumpulan saya harus bertemu?
Umumnya, kumpulan-kumpulan bertemu sekali seminggu. Jika diingini, kumpulan-kumpulan boleh bertemu dengan lebih kerap. Untuk pertemuan kumpulan menjadi paling berkesan, para pelajar perlu mempunyai masa yang cukup di antara pertemuan untuk menamatkan bahagian “Personal Study”.
EnglishConnect 1 dan 2 masing-masing mengandungi 25 pengajaran. Jika kumpulan bertemu sekali seminggu, ia akan mengambil enam bulan untuk melengkapkan satu tahap. Jika kumpulan bertemu dua kali seminggu, ia akan mengambil tiga bulan. Jika diingini, anda boleh pecahkan program ke dalam bahagian yang lebih kecil, atau modul. Sebagai contoh, anda boleh pilih untuk memulakan sebuah kumpulan yang akan bertemu selama tiga bulan sekali seminggu untuk melengkapkan unit 1 hingga 3. Menggunakan cara ini boleh bantu para pelajar kekal bertekad.
Nota: Apabila menjadualkan pertemuan kumpulan yang tidak bermula dengan unit 1, pertimbangkan memulakan jadual pengajaran kumpulan anda dengan pengajaran 1. Ini akan membantu mengarahkan para pelajar bagaimana untuk menggunakan buku panduan. Berunding dengan mereka yang mengawasi program dan pertimbangkan keperluan para pelajar dan kapasiti tempatan ketika anda membuat keputusan-keputusan ini.
Bolehkah saya mengajar lebih daripada satu pengajaran dalam satu pertemuan kumpulan?
Jika diingini, kumpulan boleh melengkapkan lebih daripada satu pengajaran semasa satu pertemuan kumpulan. Untuk pertemuan kumpulan menjadi paling berkesan, para pelajar perlu mempunyai masa yang cukup sebelum pertemuan kumpulan untuk menamatkan bahagian “Personal Study” untuk setiap pengajaran.
Lihat “Berapa kerap kumpulan saya harus bertemu?” untuk maklumat lanjut tentang jadual dan rentak pengajaran.
Bagaimanakah saya tahu tahap EnglishConnect mana seorang pelajar harus sertai?
EnglishConnect 1 memerlukan celik huruf dalam bahasa ibunda orang itu dan kebolehan untuk membaca abjad bahasa Inggeris dan perkataan mudah bahasa Inggeris. EnglishConnect 2 ialah untuk para pelajar yang boleh mengatakan ayat-ayat mudah dan menjawab soalan-soalan mudah dalam bahasa Inggeris. Untuk memutuskan jika seorang pelajar harus menyertai EnglishConnect 1 atau EnglishConnect 2, anda boleh gunakan temu duga kecekapan lisan dalam lampiran B.
EnglishConnect 3 ialah kursus pertengahan yang membantu para pelajar mengembangkan kemahiran bahasa Inggeris akademik. Untuk menyertai EnglishConnect 3, para pelajar mesti memohon dan mencapai markah kelayakan dalam ujian penempatan. Para pelajar boleh memohon di englishconnect.org/join.
Apakah itu EnglishConnect 3?
EnglishConnect mengandungi pelbagai tahap untuk membantu para peserta maju. EnglishConnect 1 dan 2 membantu para pelajar mengembangkan kemahiran bahasa Inggeris asas. EnglishConnect 3 ialah kursus pertengahan yang membantu para pelajar mengembangkan kemahiran bahasa Inggeris akademik. Ia membantu para pelajar bersedia untuk BYU–Pathway Worldwide. (Belajar lebih tentang BYU–Pathway Worldwide di byupathway.org.)
EnglishConnect 3 ialah kursus dalam talian dan kos rendah dengan pertemuan perbualan yang diadakan secara maya atau di sebuah bangunan gereja tempatan. EnglishConnect 3 termasuk sumber-sumber pembelajaran dalam talian dengan maklum balas individu dalam pendengaran, percakapan, pembacaan, dan penulisan. Para pelajar boleh maju dalam kursus mengikut kadar mereka sendiri. Para pelajar boleh mengulangi EnglishConnect 3 seberapa banyak yang mereka ingin untuk mencapai matlamat mereka. Melengkapkan EnglishConnect 3 membiarkan para pelajar untuk melangkau penilaian bahasa Inggeris apabila memohon kepada BYU–Pathway Worldwide.
Untuk bersedia untuk EnglishConnect 3, para pelajar harus melengkapkan EnglishConnect 1 dan 2—termasuk aktiviti-aktiviti buku kerja, khususnya aktiviti membaca dan menulis. Galakkan para pelajar EnglishConnect 2 untuk memohon kepada EnglishConnect 3 di englishconnect.org/join.
EnglishConnect 3 ditawarkan melalui BYU–Pathway Worldwide dengan kerjasama dengan para pemimpin tempatan dan misionari pelayanan Gereja. Para pemimpin yang berminat boleh bekerjasama dengan para pengurus kebajikan dan keberdikarian di kawasan mereka untuk memberikan EnglishConnect 3 di lokasi mereka.
Bagaimanakah saya membantu seorang pelajar yang menyertai sebuah kumpulan yang sedang berlangsung?
Pengajaran-pengajaran direka bentuk supaya para pelajar baru boleh menyertai kumpulan EnglishConnect pada bila-bila masa. Jika para pelajar ingin menyertai setelah kumpulan sudah bermula, alu-alukan mereka, memberikan mereka EnglishConnect 1 untuk Pelajar atau EnglishConnect 2 untuk Pelajar (atau tunjukkan mereka bagaimana untuk mengakses buku panduan di Gospel Library), dan bantu mereka mengambil bahagian. Anda atau seorang pelajar lain boleh bantu pelajar-pelajar baru berintegrasi dengan kumpulan dengan menunjukkan mereka bagaimana bersedia untuk pengajaran seterusnya. Juga, para pelajar boleh pilih untuk mengulangi tahap jika mereka perlu lebih banyak latihan.
Bagaimanakah jika seorang pelajar terlepas pertemuan kumpulan atau berhenti hadir?
Kadang-kadang para pelajar mempunyai cabaran yang menyukarkan untuk menghadiri kumpulan, dan mereka kerap kali teragak-agak kembali kerana rasa malu atau ketakutan. Mungkin mereka mengandaikan bahawa mereka telah terlepas terlalu banyak dan tidak dapat kejar. Berkomunikasi dan menjemput pelajar-pelajar yang tidak hadir untuk datang ke pengajaran seterusnya tidak mengira berapa yang mereka terlepas. Beri sokongan dan galakan. Beri jaminan kepada mereka bahawa EnglishConnect direka bentuk supaya para pelajar boleh menyertai semula pada bila-bila masa. Para pelajar boleh mula lagi dengan menghadiri kumpulan dan bersedia untuk pengajaran seterusnya. Pertimbangkan menjemput satu atau lebih ahli kumpulan untuk menghubungi pelajar yang tidak hadir dan menyatakan sokongan.
Nota: Jangan kongsi maklumat perhubungan seseorang tanpa kebenaran bertulisnya.
Bagaimanakah saya menyokong para pelajar yang belajar pada kadar yang lebih perlahan daripada yang lain dalam kumpulan?
Sesetengah pelajar perlukan lebih masa untuk faham dan bercakap sesuatu bahasa. Pelajar-pelajar ini akan paling bermanfaat dari menamatkan bahagian “Personal Study” sebelum mengambil bahagian dalam setiap kumpulan perbualan. Jemput mereka untuk berlatih kosa kata dan pola ayat sebelum kumpulan bertemu. Semasa pengajaran, tempatkan pelajar-pelajar ini dengan pelajar lain yang boleh berikan galakan dan sokongan. Galakkan semua pelajar untuk melakukan sebanyak mungkin dan untuk menerima kesilapan sebagai bahagian proses pembelajaran. Anda juga boleh pilih untuk kaji semula dan ulangi aktiviti. Ingatkan semua pelajar bahawa menamatkan bahagian “Personal Study” sebelum mengambil bahagian dalam kumpulan perbualan seterusnya ialah sangat penting kepada kemajuan mereka.
Bagaimanakah saya menyokong para pelajar yang belajar pada kadar yang lebih pantas?
Ketika anda melibatkan diri dengan para pelajar, anda mungkin perasan bahawa sesetengah pelajar faham dengan baik dan boleh menamatkan aktiviti latihan dengan mudah. Pertimbangkan mencabar pelajar-pelajar tersebut untuk mendalami pembelajaran mereka dengan memasukkan lebih banyak butiran atau melakukan aktiviti yang sama dalam konteks yang berbeza. Sebagai contoh, apabila para pelajar berlatih bertemu seseorang, minta mereka berlatih bertemu kawan baharu atau bos baharu. Pelajar-pelajar ini juga boleh menguatkan pengetahuan bahasa Inggeris mereka dengan menyokong para pelajar yang belajar pada kadar yang lebih perlahan. Semua pelajar boleh bermanfaat dari mengajar rakan dan membantu orang lain berlatih kosa kata dan pola dalam bahasa Inggeris.
Bagaimanakah saya menyokong para pelajar yang mempunyai kebolehan berbahasa Inggeris yang berbeza?
Para pelajar dengan pelbagai tahap kebolehan bercakap bahasa Inggeris ialah biasa dan merupakan kesempatan untuk mereka membantu satu sama lain. Membantu satu sama lain boleh menggalakkan persahabatan dan perkembangan. Setiap orang mempunyai sesuatu untuk ditawarkan. Sebagai contoh, sesetengah pelajar mungkin boleh bantu orang lain rasa yakin kerana mereka rela membuat kesilapan. Gandingkan para pelajar dalam cara yang berbeza. Anda boleh gandingkan para pelajar dengan seseorang yang berada di tahap yang sama untuk membantu mereka memanjangkan kebolehan mereka bersama. Atau anda boleh gandingkan para pelajar dengan seseorang yang berada di tahap yang berbeza. Pelajar tahap lebih rendah akan bermanfaat dari maklum balas dan sokongan. Pelajar tahap lebih tinggi akan bermanfaat dari mengajar seorang rakan dan menjelaskan dalam bahasa Inggeris. Ingat, kumpulan dengan pelbagai tahap kebolehan bercakap bahasa Inggeris ialah biasa dan boleh menjadi kesempatan yang sungguh baik untuk para pelajar bermanfaat dari membantu satu sama lain.
Apakah yang saya perlu lakukan apabila seorang pelajar tanya soalan tentang tatabahasa?
Daripada memberikan arahan tatabahasa panjang lebar atau meluangkan masa yang lama bercakap tentang peraturan, arahkan para pelajar kembali ke pola. Para pelajar akan mengelakkan banyak kesilapan dengan mengikuti pola. Ia lebih berkesan untuk belajar melalui berlatih bahasa daripada bercakap tentang bahasa. Sebarang penjelasan tentang tatabahasa harus mudah, ringkas, dan boleh diambil tindakan. Jika anda mengajar sesuatu asas, berikan ayat-ayat contoh dan jemput para pelajar untuk berlatih menggunakan asas itu. Para pelajar paling bermanfaat dari mendengar dan berlatih bahasa Inggeris.
Adakah saya harus membetulkan sebutan?
Jangan habiskan banyak masa membetulkan sebutan. Ingatkan para pelajar bahawa untuk difahami ialah lebih penting daripada sebutan sempurna. Galakkan para pelajar untuk berlatih sebutan semasa kajian peribadi mereka supaya mereka dapat berlatih mengikut kadar mereka sendiri. Ingat bahawa jika para pelajar terlalu bimbang tentang sebutan mereka, mereka mungkin teragak-agak berlatih perbualan. Galakkan para pelajar untuk menggunakan modul-modul sebutan dalam talian di englishconnect.org/learner/resources.
Bagaimanakah saya mendaftar dan menguruskan kumpulan EnglishConnect saya?
Gunakan alat QuickReg (quickreg.englishconnect.org) untuk mendaftar dan menguruskan kumpulan EnglishConnect anda. QuickReg ialah alat pendaftaran kumpulan yang disediakan oleh Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Anda boleh gunakan QuickReg untuk:
-
Cipta kumpulan: Pilih hari, masa, dan lokasi kumpulan anda.
-
Uruskan kumpulan: Lihat maklumat peserta dan kemas kini maklumat kumpulan.
-
Jemput orang untuk mengambil bahagian: Kumpulan anda akan disenaraikan dalam talian di englishconnect.org/join. Anda boleh berkongsi link untuk menjemput orang untuk mendaftar untuk kumpulan anda.
-
Berikan sijil: Pada hujung kumpulan anda, anda boleh mengakses dan mencetak sijil.
Bagaimanakah para pelajar menerima sijil EnglishConnect?
EnglishConnect 1 dan 2: Pada hujung kumpulan anda, para pelajar boleh menerima sijil penyertaan. Para pemimpin, pakar, atau pengajar boleh berikan sijil. Beberapa negara mungkin tidak diluluskan untuk berikan sijil EnglishConnect. Sila menyemak keperluan undang-undang tempatan sebelum memberikan sijil (lihat englishconnect.org/leader/approved-locations).
Nota: Untuk mengakses dan memberikan sijil, kumpulan anda mesti didaftar dalam alat QuickReg di quickreg.englishconnect.org. (Lihat “Bagaimanakah saya mendaftar dan menguruskan kumpulan EnglishConnect saya?” dalam bahagian Soalan Lazim ini.)
EnglishConnect 3: Para pelajar boleh mencapai sijil pelengkapan apabila mereka melengkapkan tahap-tahap yang diperlukan dalam kursus. Melengkapkan EnglishConnect 3 membenarkan para pelajar untuk melangkau penilaian bahasa Inggeris apabila memohon kepada BYU–Pathway Worldwide.