Pembelajaran Inggeris
Bagaimanakah Saya Boleh Meningkatkan Pengajaran Saya?


“Bagaimanakah Saya Boleh Meningkatkan Pengajaran Saya?” EnglishConnect untuk Pengajar (2023)

“Bagaimanakah Saya Boleh Meningkatkan Pengajaran Saya?” EnglishConnect untuk Pengajar

sekumpulan orang berlatih

Bagaimanakah Saya Boleh Meningkatkan Pengajaran Saya?

Sama seperti pelajar akan meningkat dari semasa ke semasa, anda juga akan bertambah keyakinan dan meningkat dari semasa ke semasa. Tuhan akan menyokong anda semasa anda melayani dan membantu pelajar-pelajar dalam kumpulan anda. Dia akan mengajar anda “baris demi baris, ajaran demi ajaran” (2 Nefi 28:30). Percaya bahawa Bapa Syurgawi akan membantu anda semasa anda mencari Roh dan berusaha untuk meningkat.

Strategi Pengajaran Bahasa

Berikut adalah beberapa strategi untuk mengajar bahasa Inggeris. Tidak seperti kelas-kelas bahasa yang tertumpu pada arahan tatabahasa, latihan kosa kata, atau latihan sebutan, kumpulan perbualan EnglishConnect memfokuskan kepada membantu para pelajar menggunakan bahasa dalam cara bermakna. Apabila anda menggunakan strategi-strategi ini, anda akan dapat membantu para pelajar dengan lebih baik.

Bercakap Bahasa Inggeris

Bercakap bahasa Inggeris membantu para pelajar maju dan merupakan cara penting untuk mencari kurnia bahasa. Lakukan yang terbaik untuk bercakap hanya bahasa Inggeris sahaja dan menjemput para pelajar untuk berbuat demikian. Gunakan kosa kata yang mudah dan ayat-ayat pendek. Cakap perlahan-lahan dan ulangi kata dan frasa mengikut keperluan. Setelah anda tanya soalan, beri para pelajar cukup masa untuk berfikir dan bertindak balas. Gunakan perkataan dan pola yang para pelajar sedang berlatih. Ketika anda memimpin aktiviti-aktiviti, anda boleh merujuk para pelajar kepada arahan aktiviti terjemahan yang diberikan dalam buku panduan pelajar EnglishConnect.

2:11

Menunjukkan Aktiviti

Menunjukkan para pelajar apa yang harus dilakukan kerap kali lebih membantu daripada memberitahu mereka apa yang harus dilakukan. Gunakan perbualan contoh di permulaan setiap aktiviti untuk lihat apa yang para pelajar akan lakukan ketika mereka berlatih. Anda boleh memainkan kedua-dua peranan dalam perbualan, atau anda boleh minta para pelajar untuk membantu anda menunjukkan.

Galakkan Perbualan

Para pelajar akan mendapat keyakinan dan belajar dengan lebih cepat semasa mereka berlatih menggunakan bahasa. Jangan risau untuk membetulkan setiap kesilapan; bantu para pelajar melibatkan diri dalam perbualan. Uruskan masa anda supaya kebanyakan masa kumpulan diluangkan dalam perbualan rakan.

2:16

Menyokong Pengulangan

Latihan berulang-ulang membina keyakinan dan kefasihan. Galakkan para pelajar untuk tukar rakan dan berlatih lagi. Tukar rakan memberi para pelajar lebih banyak kesempatan untuk dengar dan mengatakan hal-hal baru. Apabila para pelajar menggunakan apa yang mereka tahu dengan orang berbeza, ia membantu mereka menguatkan apa yang mereka belajar. Ia juga meningkatkan keyakinan dan menggalakkan persahabatan.

Memperkasakan Pelajar

Para pelajar perlu rasa kasih dan galakan anda. Bantu para pelajar mengatasi ketakutan dengan merayakan setiap usaha untuk bercakap bahasa Inggeris. Perhatikan dan libatkan diri dengan setiap kumpulan dan dengar ketika para pelajar berlatih dengan satu sama lain. Sering memuji mereka. Berlatih bersama mereka dan membantu mereka mengalami kejayaan. Tunjukkan semua cara yang mereka sedang belajar dan meningkat. Apabila anda mengasihi dan menggalakkan para pelajar, anda mencipta persekitaran iman, persahabatan, dan perkembangan.

Memperbaik sebagai Pengajar Seperti Kristus

Sebagai pengajar EnglishConnect, anda mempunyai kesempatan unik untuk melayani orang lain. Asas-asas pengajaran seperti Kristus terpakai kepada anda. Anda boleh belajar dan menggunakan asas-asas dari sumber Mengajar dengan Cara Juruselamat (2022). Di bawah arahan pemimpin imamat anda, anda boleh menghadiri pertemuan majlis bahagian. Anda juga boleh menilai bagaimana kemajuan anda dan mencari kawasan yang anda boleh meningkatkan dengan menggunakan “Memperbaik sebagai Pengajar Seperti Kristus—Penilaian Peribadi” (Mengajar dengan Cara Juruselamat, 37) Kenali apa yang anda lakukan dengan baik. Cari kawasan yang anda ingin meningkatkan dan membuat rancangan tertentu untuk menggunakan apa yang anda belajar.

Ingatlah, hal terpenting yang anda boleh lakukan ialah mengasihi para pelajar dan berusaha dipimpin oleh Roh semasa anda menggalakkan iman, persahabatan, dan perkembangan.