“Bagaimanakah Saya Memimpin Kumpulan Perbualan?” EnglishConnect untuk Pengajar (2023)
“Bagaimanakah Saya Memimpin Kumpulan Perbualan?” EnglishConnect untuk Pengajar
Bagaimanakah Saya Memimpin Kumpulan Perbualan?
Anda akan menggunakan EnglishConnect 1 untuk Pelajar atau EnglishConnect 2 untuk Pelajar untuk memimpin kumpulan. Setiap pengajaran mengikut pola yang sama:
Menyambut: Mengalu-alukan para pelajar dengan mesra dan memperkenalkan peserta-peserta baharu. Tetapkan jangkaan bahawa anda akan bercakap bahasa Inggeris dan jemput semua orang untuk menggunakan bahasa Inggeris sebanyak mungkin. Perkenalkan tajuk pengajaran dengan ringkas.
Doa: Jemput seorang pelajar untuk berdoa bersuara. Cuba memilih seorang pelajar yang rasa selesa berdoa dalam bahasa Inggeris. Anda boleh menjemput orang itu untuk bersedia sebelumnya dengan mengkaji “Berdoa Dalam Bahasa Inggeris” dalam lampiran buku panduan pelajar.
Asas-asas Pembelajaran: Baca dan bincangkan asas pembelajaran yang ada di bahagian “Personal Study” (Kajian Peribadi) dalam buku panduan pelajar. Matlamat asas pembelajaran ialah untuk menjemput Roh ketika anda berkongsi dan belajar bersama “melalui pembelajaran dan juga melalui iman” (Ajaran dan Perjanjian 88:118).
Contohi bagaimana untuk membincangkan asas dengan berkongsi bagaimana anda akan menjawab salah satu soalan perbincangan. Gunakan perkataan dan frasa yang mudah.
Jemput para pelajar untuk berkongsi fikiran dan pengalaman mereka dengan satu sama lain. Para pelajar boleh berbincang dalam bahasa ibunda mereka. Jika mereka rasa selesa, para pelajar boleh pilih untuk menggunakan perkataan atau frasa dalam bahasa Inggeris apabila mereka berbincang.
Aktiviti 1: Pimpin para pelajar melalui aktiviti-aktiviti dalam bahagian “Conversation Group” (Kumpulan Perbualan) dalam buku panduan pelajar. Setiap aktiviti menyediakan para pelajar untuk aktiviti seterusnya. Aktiviti-aktiviti membantu para pelajar maju dari latihan pengulangan ke penciptaan perbualan mereka sendiri.
Dalam Aktiviti 1, bantu para pelajar kaji semula kosa kata dan pola di bahagian “Kajian Peribadi” buku panduan pelajar. Matlamatnya ialah untuk menyediakan para pelajar untuk aktiviti 2 dan 3 dengan membantu mereka faham beberapa perkataan penting dan mengatakan pola.
Aktiviti 2: Dalam aktiviti 2, para pelajar menggunakan kosa kata dan pola untuk berlatih bertanya dan menjawab soalan dengan seorang rakan menggunakan maklumat yang diberikan. Matlamatnya ialah untuk para pelajar mencipta sebanyak mungkin ayat dalam bahasa Inggeris.
Galakkan para pelajar untuk tukar rakan untuk meningkatkan peluang. Ketika anda berinteraksi dengan para pelajar, cuba cari mereka yang perlu sokongan tambahan. Menjadi menggalakkan dan bersemangat.
Aktiviti 3: Dalam aktiviti 3, para pelajar mempunyai kesempatan untuk menggunakan kosa kata dan pola untuk mengadakan perbualan lengkap dalam senario kehidupan sebenar. Matlamatnya ialah untuk para pelajar mengadakan perbualan yang bermakna dalam bahasa Inggeris.
Galakkan para pelajar untuk sering tukar rakan untuk memberikan mereka lebih banyak kesempatan latihan. Pada hujung aktiviti 3, idealnya semua pelajar bercakap bahasa Inggeris tanpa merujuk kepada buku panduan mereka. Kumpulan patut mempunyai semangat dan gerakan ketika para pelajar berinteraksi dan berlatih bersama. Ketika anda melibatkan diri dengan para pelajar, anda mungkin perasan bahawa sesetengah pelajar faham dengan baik dan cemerlang dalam aktiviti ini. Pertimbangkan mencabar pelajar-pelajar tersebut untuk mendalami pembelajaran mereka dengan memasukkan lebih banyak butiran atau melakukan aktiviti yang sama dalam konteks yang berbeza. Contohnya, apabila para pelajar berlatih bertemu seseorang, minta mereka berlatih dalam senario yang berbeza seperti bertemu kawan baru atau bertemu bos baru.
Untuk setiap aktiviti:
-
Tunjukkan bagaimana untuk melakukan aktiviti.
-
Tempatkan para pelajar dalam pasangan atau kumpulan kecil untuk berlatih.
-
Perhatikan setiap kumpulan dan berikan sokongan.
Menilai: Bantu para pelajar menilai kemajuan dan usaha mereka. Bantu mereka rasa berjaya dengan menunjukkan apa yang mereka boleh lakukan untuk bertambah baik. Bantu para pelajar menggunakan “Personal Study Tracker” (Penjejak Kajian Peribadi) untuk menetapkan matlamat untuk latihan harian.
Bertindak dalam Iman untuk Berlatih Bahasa Inggeris Setiap Hari: Baca petikan dengan kuat dengan kumpulan anda. Nyatakan iman anda bahawa Tuhan dapat membantu mereka belajar bahasa Inggeris. Jemput mereka untuk berlatih bahasa Inggeris setiap hari dan bersedia untuk pengajaran seterusnya dengan menamatkan aktiviti-aktiviti “Personal Study” (Kajian Peribadi) .
Doa: Jemput seorang pelajar untuk memberikan doa penutup dalam bahasa Inggeris. Pilih seorang pelajar yang rasa yakin atau seorang yang anda menjemput sebelumnya.
Pengajaran EnglishConnect direka bentuk dengan menggunakan asas-asas terbukti pembelajaran bahasa. Anda akan berjaya apabila anda ikut pengajaran dan mencipta persekitaran iman, persahabatan, dan perkembangan.
Kumpulan Maya
Jika perlu, kumpulan-kumpulan boleh bertemu dalam talian menggunakan platform pertemuan maya. Ingatlah bahawa EnglishConnect paling berjaya apabila semua pelajar berinteraksi dan berlatih perbualan. Pastikan bahawa ada interaksi sepanjang pengalaman. Cara terbaik untuk mengadakan interaksi ialah untuk menempatkan para pelajar secara berpasangan atau kumpulan kecil. Gunakan bilik-bilik lain dan alat-alat lain untuk membantu para pelajar bercakap dengan satu sama lain sebanyak mungkin. Contohnya, daripada satu pelajar bercakap sambil seluruh kumpulan dengar, tempatkan para pelajar ke dalam kumpulan dua atau lebih untuk berbual. Kemudian berkumpul semula untuk aktiviti seterusnya. Galakkan semua orang untuk menggunakan video jika boleh.
Gunakan “Panduan Memimpin Kumpulan Maya” ketika anda bersedia dan memimpin kumpulan maya EnglishConnect.
Kongsi “Panduan Peserta Kumpulan Maya” dengan pelajar-pelajar anda dengan meletakkan pautan dalam chat semasa pertemuan anda. Rujuk kepadanya mengikut keperluan.
Gunakan “Penyampaian Kumpulan Perbualan” EnglishConnect 1 dan 2 yang diluluskan di englishconnect.org/resources/teaching-materials. Anda boleh memaparkan penyampaian itu untuk bantu membimbing para pelajar melalui aktiviti-aktiviti dalam setiap pengajaran.