“Apakah Peranan Pengajar?” EnglishConnect untuk Pengajar (2023)
“Apakah Peranan Pengajar?” EnglishConnect untuk Pengajar
Apakah Peranan Pengajar?
Peranan anda sebagai pengajar EnglishConnect ialah untuk membantu para pelajar mengembangkan kemahiran perbualan bahasa Inggeris dalam persekitaran iman, persahabatan, dan perkembangan. Roh ialah pengajar yang sebenar. Anda boleh membantu para pelajar rasa Roh, rasa tergolong, dan rasa yakin bahawa dengan bantuan Bapa Syurgawi mereka dapat belajar bahasa Inggeris. Anda akan membantu para pelajar apabila anda berfokus pada yang berikut:
Memupuk Iman
Galakkan para pelajar untuk mencari dan mengenali bantuan Tuhan dalam belajar bahasa Inggeris. Galakkan mereka untuk menggunakan asas-asas pembelajaran “melalui pembelajaran dan juga melalui iman” (Ajaran dan Perjanjian 88:118). Bantu pelajar kenal pasti kasih, kuasa, dan belas kasihan Tuhan dalam kehidupan mereka. Jemput mereka untuk berkongsi pengalaman mereka yang membina iman. Kongsi pengalaman anda tentang menerima bantuan Tuhan. (Lihat bahagian “Bantu Pelajar Datang kepada Yesus Kristus” dari Mengajar dengan Cara Juruselamat [2022].)
Memupuk Persahabatan
Jemput Roh dengan membantu para pelajar mengasihi dan menyokong satu sama lain. Bantu mereka merasakan kasih Tuhan. Cipta persekitaran yang mengalu-alukan di mana semua pelajar rasa tergolong. Kenali para pelajar dan membantu mereka mengenali satu sama lain. Bantu mereka membina keyakinan ketika mereka berlatih, buat kesilapan, dan meningkat bersama. (Lihat bahagian “Mengasihi Mereka yang Anda Ajar” dari Mengajar dengan Cara Juruselamat [2022].)
Memupuk Perkembangan
Bantu para pelajar bertindak dalam iman untuk berlatih bahasa Inggeris dan meningkat. Sesetengah pelajar mungkin kekurangan keyakinan dalam kebolehan mereka untuk belajar bahasa Inggeris. Anda boleh bantu. Apabila anda bercakap bahasa Inggeris kepada mereka, anda menunjukkan iman anda bahawa Tuhan boleh bantu mereka belajar. Galakkan para pelajar untuk bercakap bahasa Inggeris. Puji usaha mereka. Bantu pelajar ingat mengapa mereka sedang belajar bahasa Inggeris. Galakkan mereka untuk menetapkan matlamat dan berlatih bahasa Inggeris setiap hari. (Lihat bahagian “Jemput Pembelajaran Tekun” dari Mengajar dengan Cara Juruselamat [2022].)
Peranan Saya
-
Saya memupuk iman dengan membantu para pelajar mencari dan mengenali bantuan Tuhan dalam pembelajaran bahasa Inggeris.
-
Saya memupuk persahabatan dan menjemput Roh dengan membantu para pelajar mengasihi dan menyokong satu sama lain.
-
Saya memupuk perkembangan dengan membantu para pelajar bertindak dalam iman untuk berlatih bahasa Inggeris dan meningkat.